Belajar Al-Quran Dengan Mudah Melalui Aplikasi Think Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran. - Riwayat Muslim, 798

Amat besar ganjarannya kalau kita luangkan masa untuk membaca apatah lagi memahami dengan lebih mendalam tentang Al-Quran. Ini, saya kongsikan dengan korang tentang Aplikasi 'Think Quran' - Sebuah aplikasi yang cepat, menyeronokkan dan mudah untuk mempelajari bahasa Al-Quran.

Kalau korang mencari dimana nak belajar membaca dan mengaji al-Quran dengan mudah dan murah, korang boleh cuba tengok aplikasi Think Quran.

Belajar Al-Quran di Aplikasi Think Quran

Belajar Al-Quran Dengan Mudah di Aplikasi "Think Quran" - Fall in love with the Quran

Aplikasi "Think Quran" telah dilancarkan di Think Quran Festival yang telah berlangsung pada 16-18 Jun 2023 bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Banyak pameran dan aktiviti menarik telah diadakan khas untuk pengunjung yang datang ke Think Quran Festival.

Think Quran, merupakan sebuah platform yang dibangunkan oleh Think Osem Sdn Bhd yang diasaskan oleh Dato Abdul Radzeen. Syarikat ini mengkhusus dalam mencipta teknologi pendidikan yang inovatif, dengan tumpuan khusus pada bahasa Arab Al-Quran.

Aplikasi yang sesuai digunakan untuk semua golongan umur termasuklah golongan kanak-kanak, dewasa, warga emas, juga mereka yang bekerja ataupun tidak, semua umat Islam boleh cuba pakai Aplikasi Think Quran untuk belajar bahasa Al-Quran dengan pantas.

Melalui aplikasi Think Quran, korang dapat:

✅ Belajar 80% ayat dalam Al-Quran dengan hanya 15 minit setiap hari,
✅ Belajar menjadi seorang Muslim yang lebih baik,
✅ Dapat belajar mempelajari bahasa Al-Quran dengan pantas,
✅ Lihat progress kemajuan kenduri.

#thinkquranfest #fallinlovewiththequran

Dari kiri: Datuk Paduka Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ustaz Abdul Manap Bin Lakariba, Timbalan Mufti Sabah, Dato' Abdul Radzeen bin Abdul Rahman, CEO Think Quran.


Sejak melancarkan "Think Quran" versi  beta pada Ogos 2022, aplikasi ini telah menarik minat seramai lebih daripada 300 ribu pengguna dari seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura yang telah memuat turun dan menggunakan aplikasi ini untuk belajar bahasa Al-Quran dengan mudah.

Syarikat pemilik aplikasi ini, Think Osem Sdn Bhd juga telah mendapat pengiktirafan atas kerja inovatifnya oleh pelbagai pihak, termasuklah daripada Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dan telah memperakui dari segi penyelidikan, inovasi dan teknologinya.

Majlis pelancaran Aplikasi Think Quran telah dirasmikan oleh Timbalan Mufti Sabah, Datuk Ustaz Abdul Manap Bin Lakariba yang disaksikan oleh Profesor Dr Muhaya, CEO Think Quran, Dato' Abdul Radzeen bin Abdul Rahman, pemilik Galeri Aura Islam Iskandar Puteri, Dato' Anuar Bin Hassan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Paduka Nadzim Johan serta tetamu yang hadir memeriahkan majlis.


Think Quran Festival yang berlangsung pada 16-18 Jun 2023 di The Curve membawakan:

✨ Pameran Artifak Rasullullah SAW dan Para Sahabat RA,
✨ Pameran NFT Cryptokhat,
✨ Cabaran teka maksud perkataan Al-Quran,
✨ Pertandingan mewarna dan social media,
✨ Persembahan gamelan dan ghazal Islamik,
✨ Persembahan nasyid dan sesi perkongsian,
✨ dan banyak lagi.

Pameran Artifak di Think Quran Festival 2023

Pameran Artifak di Think Quran Festival 2023

Pameran NFT Cryptokhat di Think Quran Festival 2023

Majlis berbesar hati kerana dapat peluang untuk mendengar bacaan tilawah Al-Quran oleh Juara Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022, Puan Sofizah Mousin yang dibantu oleh Pencetus Ummah (PU) Muhsin untuk tarjemahan.

Meremang bulu roma apabila dapat dengar bacaan tilawah ni. Mudahnya membaca Al-Quran dengan bantuan daripada Aplikasi Think Quran selepas ni. Sehari dapat luangkan masa 15 minit pun jadilah untuk belajar mengaji al-Quran.

Majlis turut diserikan dengan sesi kata-kata semangat daripada Profesor Dr Muhaya dan persembahan khas dari kumpulan nasyid tanah air, Hijjaz yang memperdengarkan beberapa buah lagu popular mereka termasuklah Rasulullah, Fatamorgana dan banyak lagi.

Dari kiri: PU Muhsin dan Puan Sofizah Mousin, Juara Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022

Profesor Dr Muhaya di Majlis Pelancaran Aplikasi Think Quran

Hijjaz di Majlis Pelancaran Aplikasi Think Quran

#thinkquranfest #fallinlovewiththequran

Download aplikasi 'Think Quran' sekarang di telefon pintar korang atau terus layari laman sesawang [thinkquran.com] sekarang untuk Belajar Al-Quran Dengan Mudah di Aplikasi Think Quran.

Aplikasi Think Quran
Website: thinkquran.com
Instagram: www.instagram.com/thinkq_official
Facebook: www.facebook.com/profile.php?id=100092559739605
TikTok: www.tiktok.com/@thinkquranofficial



Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS