Elfira Loy Duta Cetaphil Bright Healthy Radiance

Hai dan Assalamualaikum korang,

Saya berkesempatan untuk menyaksikan majlis pelancaran 2 produk baru dalam rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance yang telah berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid. Acara pameran Cetaphil Bright Healthy Radiance telah diadakan dengan kerjasama Watsons.

Acara pameran ini akan berlangsung dari 14-18 Jun 2023. Menariknya, orang awam yang datang, juga berpeluang untuk mencapatkan sampel Cetaphil Bright Healthy Radiance secara percuma selain dapat diskaun dan promosi eksklusif daripada Watson.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Power of 7
Orange Atrium, Sunway Pyramid. 
14-18 Jun 2023 (10am-10pm)

Cetaphil Bright Healthy Radiance

Jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia, Cetaphil telah memperkenalkan 2 produk tambahan didalam rangkaian Bright Healthy Radiance, iaitu:

🌸  Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum,
🌸  Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser.

Cetaphil Bright Healthy Radiance menggunakan teknologi GentleBright yang juga boleh membantu mencerahkan kulit dan memperbaiki yang terbukti berkesan didalam tempoh 14 hari sahaja.



Generasi Baharu Teknologi GentleBright -  Cetaphil Bright Healthy Radiance mengandungi bahan campuran yang akan mencerahkan dan menenangkan kulit iaitu Niacinamide dan Dafodil Laut Putih.

Bahan ini mengandungi sifat pencerahan, antiradang dan bertindak sebagai agen neuroaktif yang mampu membantu mengurangkan masalah bintik hitan, pigmentasi dan tona kulit tidak sekata. Selain itu,  Teknologi GentleBright turut dirumus menggunakan Peptida Lanjutan dan Antioksidan C.

Rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance

Elfira Loy, Duta Cepathil

Kalau korang ada masa dan nak cuba sendiri produk Cetaphil Bright Healthy Radiance, korang boleh terus ke pameran Cetaphil x Watsons yang berlangsung di Sunway Pyramid sehigga 18 Jun 2023.

Mudah je cara nak dapatkan sampel Cetaphil Bright Healthy Radiance Secara percuma, hanya lengkapkan 7 cabaran -  mudah je nak lengkapkan, dan dapatkan cop untuk tebus sampel Cetaphil Bright Healthy Radiance secara percuma!





2 produk terbaru didalam Cetaphil Bright Healthy Radiance (BHR):

🌸 Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum

Mengandungi Advanced Peptide dan Antioksidan C dengan 7x Kuasa yang khas untuk kulit yang sensitif, termasuk membantu mengurangkan bintik hitam, menyekatakan tona warna kulit, mengurangkan garis halus dan banyak lagi.

Serum Bright Healthy Radiance Perfecting terbukti secara klinikal dengan cara bertindak dan focus kepada pelbagai masalah kulit terutamanya masalah pigmentasi yang disebabkan oleh matahari, jerawat dan perubahan hormon.

Serum ini boleh meningkatkan keserian dan kecerahan kulit sekurang-kurangnya 42%, mengurangkan garis halus sebanyak 29% dan menghasilkan tona kulit sekata sehingga 20% selepas 12 minggu penggunaan.

🌸 Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser

Merupakan pembersih muka 3-dalam-1 yang boleh exfoliate, mengurangkan pencemaran, dan membantu mencerahkan wajah supaya nampak sihat dan berseri. Mengandungi Vitamin E bersama dengan Jojoba Beads membuang sel kulit mati dan membuka pori-pori yang tersumbat.

Pembersih ini juga membantu menghapuskan sehingga 79% partikel bahan cemar dan terbukti secara klinikal dapat menghaluskan tekstur kulit untuk penampilan kulit yang mulus dan berseri di samping memelihara kulit sensitif. 

Produk lain didalam rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance:

1. Brightness Reveal Creamy Cleanser, Brightness Refresh Toner,
2. Brightening Day Protection Cream SPF15,
3. Brightening Night Comfort Cream.


Review Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum

Texture Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum

Review Cetaphil Bright Healthy Radiance:

 Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum

→ Suka dengan texture yang light, tidak melekit dan mudah meresap.

→ Serum tiada bau, yang sesuai dengan semua jenis kulit termasuklah kulit jenis sensitif.

→ Kandungan antioksidant yang tinggi yang boleh membantu menserikan wajah.


⭐ Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser

→ Ada Jajoba Beads, jadi boleh pakai untuk exfoliate muka.

→ Walaupun jenis skrub, tapi boleh pakai untuk setiap hari.

→ Suka dengan kandungan yang tiada paraben, tiada pewangi dan bukan daripada sumber haiwan.

→ Texture yang pekat, sesuai buat face mask untuk bantu hidrasikan muka.

Review Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser

Texture Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser

Cetaphil The Power of 7 Concourse

Jangan lupa untuk kunjungi Pameran “The Power of 7 Concourse” yang berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid pada 148 Jun - 18 Jun 2023 dan cuba 7 aktiviti untuk dapatkan sampel Cetaphil Bright Healthy Radiance secara percuma!

Untuk maklumat lanjut: 
Website: cetaphilbhrpowerofseven.com

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

10 Comments

yaya_flanella said…
Cutenya Cetaphil baharu warna light pink! Mesti best dan pastinya sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif kan. Rasa nak try la range ni nanti
Dixon Thum said…
Banyak juga review positif tentang produk keluaran jenama Cetaphil. Produk terbaharu ni pasti tidak terkecuali.
Sunshine Kelly said…
Currently I m using their new serum and the facial cleanser, really love the serum fluid texture.
AlongMurni said…
AM pun suka texture serum yang tidak melekit dan mudah meresap dalam kulit. sangat selesa dan mudah dipakai..
Haiqal Rawlins said…
Bagi seorang yang memiliki kulit sensitif, memang Cetaphil nie membantu untuk kulit Rawlins healing. Tahniah Elfira.
Aerill Hassan said…
Bestnya dapat bergambar dengan Elfira Loy! Jenama cetaphil memang terbaik! :)
仙妮 said…
Ohh wowo... I'm already a Cetaphil userfor it's cleanser & body lotion. Thanks for this new product range, gonna check out to try when my supply is finished then. Cheers SiennyLovesDrawing
Ruby said…
Cetaphil ni bagus untuk sekeluarga. Produk yang akak invest bertahun-tahun sebab keserasian dengan kulit sekeluarga. Bright Healthy Radiance ni pun best. Cleanser, Serum dan sunscreen dia memang terbaik. Kena rajin amalkan. Baru lawa macam El. Hanya concealer je tau. Skin goal memang nak less pakai mekap kan.
Ruby said…
Cetaphil ni bagus untuk sekeluarga. Produk yang akak invest bertahun-tahun sebab keserasian dengan kulit sekeluarga. Bright Healthy Radiance ni pun best. Cleanser, Serum dan sunscreen dia memang terbaik. Kena rajin amalkan. Baru lawa macam El. Hanya concealer je tau. Skin goal memang nak less pakai mekap kan.
Tini Alif said…
Akak sendiri sedang menggunakan serum dan pencuci muka terkini dari Cetaphil. Serum ini tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit, membuatkan kulit akak terasa lembut dan lembap lebih lama. Pencuci mukanya juga lembut dan tidak mengeringkan kulit. Memang puas hati bethol lah citer dia!

FOLLOWERS