Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Pada 20 Julai 2023 yang lepas, tercatatlah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8. Terasa kejap je masa berlalu, tetiba dah 8 tahun kahwin. Tahun ni, kami buat yang simple saja sebab memang tengah saving duit untuk masuk ke rumah baru.
So bila lepas fikir, "idea sambut ulang tahun perkahwinan", makanya kami fikir kalau buat staycation di Kuala Lumpur pun best juga. Kalini kami plan Trip 2H1M ke Hotel Armada Petaling Jaya. Staycation kalini santai, lebih chill dan banyak makan-makan gitu.
Trip 2H1M ke Hotel Armada Petaling Jaya sempena ada promo pakej penginapan di Hotel Armada PJ. Blogpost kalini akan cover tentang bilik penginapan di Hotel Armada PJ, Pakej Set Hot Pot, Buffet Makan Malam dan Buffet Hi-Tea di Hotel Armada PJ.
Sengaja kami pergi masa weekend untuk rasa semua promosi yang ada di Hotel Armada Petaling Jaya.
Sebelum tu, kami dah book awal-awal untuk stay kat sini selama satu malam. Jadinya, sesampai je kami di Hotel Armada Petaling Jaya, terus check-in dan dapat terus kunci bilik. Proses check in memang kejap aje sebab tak ramai sangat orang.
Hotel Armada Petaling Jaya bertaraf 4 bintang dengan total 257 bilik semuanya. Ada 5 pilihan jenis bilik: Deluxe rooms, Grand Deluxe rooms, Family rooms, Premier rooms dan Suites.
Kami book bilik Deluxe King Hotel Armada Petaling Jaya yang ada satu katil king. Cukup besar untuk kami yang datang memang untuk rileks dan luangkan masa bersama kat sini. Kalau book memang setiap bilik siap dengan buffet sarapan untuk 2 orang.
Antara kemudahan yang ada didalam bilik termasuklah: Tandas, shower dan toiletries, peti ais, televisyen, sofa, meja kerja, telefon bilik, pengering rambut, seterika dan semestinya kemudahan akses Wi-Fi yang laju. So kalau ada kerja yang urgent pun boleh buat kat sini.
Ini merupakan kali pertama kami menginap di Hotel Armada Petaling Jaya. Bila tengah cari idea untuk dekorasi rumah baru kami, memang tertarik dengan dekorasi bilik di Hotel Armada ni. Headboard katil dia yang cantik menampakkan bilik tu exclusive.
Sekarang ni, Hotel Armada Petaling Jaya ada promosi untuk bulan Ogos dan September 2023:
⭐ Merdeka Deals:Promo bulan kemerdekaan dengan kadar eksklusif RM166+ untuk penginapan 2H1M di bilik deluxe. Tambah buffet sarapan pagi untuk dua orang pada harga RM66+ Tempoh penginapan yang sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 - Hanya 10 bilik sehari.⭐ Jom Undi Special:Penginapan 2H1M dengan harga RM198+ bersama sarapan untuk dua orang dari 11 hingga 13 Ogos 2023. Tunjukkan jari anda selepas mengundi dan terima diskaun eksklusif 30% di Restoran Utara untuk hidangan hi-tea atau bufet makan malam.⭐ Unwind & Recharge:Segarkan badan dengan penggunaan harian dari 10:00 AM hingga 2:00 PM. Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar).
Boleh terus contact Hotel Armada Petaling Jaya di talian: 03 7954 6888 atau email ke: armada@armada.com.my untuk buat tempahan.
View dari Bilik 1304 - Deluxe King Hotel Armada Petaling Jaya |
Hotel 4 bintang memang terkenal dengan kemudahan fasiliti yang mereka tawarkan. Di Hotel Armada Petaling Jaya, korang boleh enjoy kemudahan fasiliti seperti gimnasium, bilik mesyuarat, Restoran Utara - menyajikan makanan sepanjang hari dan The Merchant Bar - Bar, dengan permainan dan kemudahan bilik karaoke.
Sebab datang dengan geng, kami sempat gunakan Bilik Karaoke yang boleh memuatkan seramai 20 orang pada satu-satu masa. Korang boleh tempah atau walk in ke The Merchant Bar yang terletak di Tingkat 1, Hotel Armada Petaling Jaya.
Di Hotel Armada Petaling Jaya, ada Restoran Utara, yang menghidangkan makanan daripada sarapan, hi-tea, lunch sehinggalah ke makan malam untuk pengunjung yang datang disini. Senang kata, Restoran Utara ni memang buka sentiasa kalau korang nak cari makan kat sini.
Bagi kami yang kuat makan ni, kalau ada restoran yang sentiasa ada pabila kami nak makan macam ni la best sebab boleh turun makan je kalau lapar. Harga bufet yang ditawarkan pun berpatutan dengan variety menu yang dihidangkan.
Review Buffet Sarapan di Hotel Armada Petaling Jaya:
Kalau korang tempah untuk menginap disini, selalunya akan sekali dengan pakej breakfast buffet pada setiap hari bermula jam 7am- 10.30am. Tapi in case korang book dan tak ada dengan sarapan, korang boleh add on Buffet Sarapan dengan harga RM58+ untuk Dewasa dan RM29+ untuk kanak-kanak.
Makan Tengah Hari Hot Pot Set di Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya
Kami saja nak rasa Hot Pot Set yang korang boleh dapatkan setiap Isnin-Jumaat bermula dari jam 5pm keatas. Tapi kalau korang datang pada hari lain dan teringin nak rasa set hot pot ni, korang boleh je buat request untuk makan.
Harga Hot Pot Set di Restoran Utara, Hotel Armada PJ:
✅ RM36+ - Vegetarian,
✅ RM40+ - Chicken Slice,
✅ RM58+ - Beef Slice,
✅ RM68+ - Seafood.
4 jenis sup untuk korang pilih:
👉 Mala soup,
👉 Tom Yam,
👉 Chicken Soup,
👉 Chicken Soup,
👉 Vegetarian Soup.
Makan Malam di Saturday Seafood Buffet Dinner Hotel Armada Petaling Jaya
Kalau datang ke sini masa hari minggu best sebab setiap hari Sabtu ada 'Saturday Seafood Buffet Dinner' bermula dari jam 6.30pm-10.00pm dengan menu istimewa, makanan laut yang segar seperti fresh seafood on ice, termasuklah udang, kerang, clams, dan tiram/ oysters.
Selain daripada menu makanan laut yang segar, mereka turut menghidangkan menu fusion termasuklah BBQ, menu tempatan, seleksi makanan Jepun dan banyak lagi. Menu masakan Melayu yang korang kena cuba yang khas sepanjang bulan Ogos adalah: Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Assam Pedas Oxtail.
Harga Saturday Seafood Buffet Dinner di Restoran Utara, Hotel Armada PJ:
✅ RM118+ - Dewasa
✅ RM82+ - Warga emas
✅ RM59+ - Kanak-kanak
Promosi khas Saturday Seafood Buffet Dinner:
⭐ Promo 5+1 untuk Saturday Seafood Buffet Dinner untuk Dewasa & Warga Emas untuk mereka yang walk-in.⭐ 2 orang kanak-kanak di bawah 12 tahun, yang datang dengan keluargam boleh makan secara percuma!⭐ Tetamu bilik hotel layak mendapat diskaun sebanyak 30% untuk sepanjang bulan Ogos dan September.
Makan Tengah Hari di Sunday Hi-Tea Buffet Hotel Armada Petaling Jaya
Sunday Hi-Tea Buffet ada pada setiap hari Ahad bermula dari jam 12.00pm-3.30pm. Sesuai dengan masa dia, sebenarnya buffet Hi-Tea ini gabungan Hi-Tea dan Lunch sekali. Sebab itulah menu dia semua fancy dan banyak.
Selain daripada seleksi makanan tempatan dan antarabangsa, korang juga boleh cuba seleksi pencuci mulut seperti kuih-muih, kek dan pastries yang dihidangkan pada buffet Sunday Hi-Tea ini.
Harga Sunday Hi-Tea Buffet di Restoran Utara, Hotel Armada PJ:
✅ RM108+ - Dewasa
✅ RM76+ - Warga emas
✅ RM54+ - Kanak-kanak
Promosi khas Sunday Hi Tea Buffet:
⭐ Dapat extra 15% diskaun untuk pemegang kad kredit HSBC.⭐ Tetamu yang menginap boleh dapat extra diskaun sebanyak 30% untuk sepanjang bulan Ogos dan September.
Satu lagi tarikan yang ada di Hotel Armada Petaling Jaya adalah mereka sebenarnya telah memuatkan Decathlon Petaling Jaya. Selain daripada stay kat sini, korang pun boleh pergi cuci mata tengok promosi terkini yang ada di Decathlon.
Hotel Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 03-79546888
Email: armada@armada.com.my
Zayani Zulkiffli.
2 Comments