Shuib Sepahtu Duta Baru Kopi SUPER Klasik

Hai korang,

Haritu saya ke majlis pelancaran SUPER™ Klasik Baharu. Kopi segera (instant coffee) padu ini diperbuat menggunakan 100% biji kopi Robusta yang harum dan padu, sesuai dengan tekak dan selera orang Malaysia yang gemarkan kopi.

SUPER™ Klasik adalah merupakan produk Kopi Hitam Segera yang sesuai dihidangkan sebagai kopi 'O' atau campur dengan susu. SUPER sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk bersaskan kopi, teh, dan minuman bijirin yang berkualiti.



Majlis pelancaran SUPER™ Kopi Klasik yang berlangsung pada 17 Ogos 2023 ini juga telah menyaksikan pelantikan Shuib Sepahtu sebagai duta rasmi jenama SUPER™. Shuib merupakan pilihan mereka kerana beliau multi-tasking diantara kerjayanya dan menguruskan keluarga.

Menariknya lagi pada pelancaran SUPER™ Kopi Klasik, serasi dengan namanya bersempena dengan bulan Kemerdekaan yang akan datang menyemarakkan lagi semangat dan jiwa Malaysia dengan tema minum kopi di kampung.

Kat Malaysia ni, biasanya peminum kopi SUPER akan tambah krimer kedalam kopi, sama ada susu pekat atau susu sejat. Kopi SUPER merupakan satu jenama kopi segera yang pekat yang beraroma supaya kepaduan kopi masih dapat terasa walaupun dah tambah susu.

Shuib Sepahtu Duta Baru Kopi SUPER Klasik

Shuib Sepahtu Duta Baru Kopi SUPER Klasik

Selain itu, pembeli SUPER Classic Coffee juga boleh sertai contest 'Semarakkan Hari Malaysia' yang berlangsung pada 16 Ogos - 30 September 2023 dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti:⁣

⭐ Motosikal Modenas Dominar D250,⁣
⭐ Makan-makan dengan Shuib Sepahtu,⁣
⭐ Baucar membeli-belah berjumlah RM21,000.⁣

Untuk menyertai peraduan ini, korang hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™ untuk berpeluang memenangi hadiah diatas. *tertakluk pada terma dan syarat.

Motosikal Modenas Dominar D250

Kopi SUPER™ Klasik

Korang boleh mula dapatkan SUPER™ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ layari: www.facebook.com/supermalaysia. 


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS