Camping Site di Dusun Tok Wak Baling Kedah

Hai dan Assalamualaikum korang!

Apabila bercakap mengenai agro tourism memang tak boleh lari dengan camping site yang semakin banyak di Malaysia dan tak terkecuali di Baling Kedah. Bagus tau aktiviti macam ni makin naik sebab boleh menaikkan ekonomi di Malaysia selain daripada buat kita lebih menghargai alam semula jadi.

Kalini saya nak bawa korang untuk explore sebuah camping site yang popular di Baling, Kedah iaitu Dusun Tok Wak Desa Sentosa. Dusun Tok Wak Desa sebenarnya dah memang popular dalam kalangan penduduk di Baling sebab telah dipromosikan oleh pemilik campsite ini, Pak Long.



DUSUN TOK WAK DESA BALING
Jalan Ulu Legong, K702, Kampung Kuala Kedua, Ulu Legong, 
Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Contact: 019-5088258 (Pak Long)

Lokasi camping site yang telah diusahakan sejak dari tahun 2016 ini adalah hasil usaha Pak Long (Mohd Akhir Ismail) untuk memajukan ekonomi pelancongan dikawasan Baling. Lokasi pula nice sebab sebelah dengan Sungai Legong.

Antara pengalaman yang unik disini adalah merasai pengalaman makan didalam sungai atau makan sambil berendam dalam air Sungai Legong. Memang setup meja dalam air sungai kalau korang ambil pakej makanan di Dusun Tok Wak Desa. 

Selain tu, korang juga wajib mencuba Kopi Madu Kelulut dan tengok proses Pak Long buat kopi daripada buah kopi yang dijadikan sebagai Kopi Madu Kelulut hasil lebah kelulut yang juga ada disini. Something yang sangat unik tau.

Camping Site di Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

Camping Site di Dusun Tok Wak Baling Kedah

Camping Site di Dusun Tok Wak Baling Kedah

Walaupun kami tak plan untuk camping bermalam disini, tapi kami tak lepaskan peluang untuk ber BBQ disini sambil berkongsi cerita dengan Pak Long. Banyak cerita best-best yang dikongsikan oleh Pak Long, terutamanya didalam pengalamannya dalam perniagaan camping ni.

Kalau nak datang sini dan nak book pakej siap dengan makan atau nak merasa makan didalam sungai, korang perlu buat tempahan sekurang-kurangnya sehari sebelum dan pilih menu apa yang korang nak. 

Antara menu yang hot disini adalah: 
⭐ Sup Herba Kambing, 
⭐ Gulai Batang Pisang, 
⭐ Ikan Pekasam, 
⭐ Request Masak BBQ - staff boleh tolong masakkan,
⭐ Kopi dan Sirap Madu Kelulut,
⭐ dan macam banyak lagi.

BBQ di Dusun Tok Wak Baling Kedah

Pak Long - Pemilik Camping Site di Dusun Tok Wak Baling Kedah


TERATAK SIMPUL D'WENG DALAM CAMPSITE
RWX6+8G, Weng Dalam, Kampung Bukit Ketil, 09100 Baling, Kedah.
Waktu operasi: Setiap hari (9.30am - 6.00pm)
Contact: 013-5138487/ 019-5603465

Facebook: www.facebook.com/profile.php?id=100066622615961
Instagram: www.instagram.com/terataksimpul
Tiktok: www.tiktok.com/@teratak_simpul 

Teratak Simpul D'Weng Dalam yang terletak didalam Kg Weng Dalam, Mukim Siong, Baling menawarkan kawasan untuk aktiviti perkhemahan, perkelahan dan sewaan pondok selain daripada menawarkan perkhidmatan sewaan kawasan untuk korang bercamping disini. 

Cumanya kalau korang nak camping, tiada bekalan elektrik dan plugpoint akan disediakan. Tapi yang bestnya, mereka turut menawarkan pakej menu hidang untuk korang yang datang kesini dengan harga serendah RM25/ seorang dan RM135.00/ 5-6 orang makan.

Kawasan ni sesuai untuk beriadah, berkelah dan mandi air sungai yang nyaman sebab suasana kawasan yang nyaman dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan, air sungai yang jernih. Antara fasiliti yang ada di Teratak Simpul D'Weng Dalam termasuklah BBQ pit, kitchen/sink, parking, shower dan tandas.

Teratak Simpul D'Weng Dalam Campsite

Teratak Simpul D'Weng Dalam Campsite

Teratak Simpul D'Weng Dalam Campsite

Teratak Simpul D'Weng Dalam Campsite

SEBARAU PARK CAMPSITE
VW24+GF Weng Dalam, Kampung Bukit Ketil, 09100 Baling, Kedah.
Waktu operasi: Setiap hari (8.00am - 6.30pm)
Contact: 011-64881464/ 013-4614205 (Encik Shukri)

Facebook: www.facebook.com/sebaraupark
Instagram: www.instagram.com/sebarauparkcampsite 
Tiktok: www.tiktok.com/@sebarauparkcampsite

Sebarau Park Campsite yang terletak di dalam Weng Dalam Baling, Kedah merupakan pilihan yang sesuai untuk korang yang suka berkhemah dan camping bermalam di sini. Kawasan camping luas ini terletak didalam kawasan dusun buah tau.

Lengkap dengan fasiliti asas seperti bilik salin pakaian, tandas dan surau dengan kawasan lapang yang sesuai bagi pemilik campervan untuk camping dan beriadah disini. Aktiviti seperti rafting juga sesuai disini sebab sungai yang tak terlalu dalam dan cantik.

Sebarau Park Campsite menawarkan servis sewa tapak dengan harga hanya serendah RM20.00. Kalau book awal, dapatlah buka khemah dekat dengan kereta dan port best. Mereka turut menawarkan pakej makan dengan harga bermula dari RM15.00 dengan minima pesanan seramai 10 orang.

Sebarau Park Campsite

Sebarau Park Campsite

Sebarau Park Campsite

List Camping Site di Baling, Kedah:
✅ Dusun Tok Wak Baling
✅ Teratak Simpul D' Weng Dalam Campsite
✅ Sebarau Park Campsite

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling yang berlangsung pada 13-17 Januari 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan team KembaRojak. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh yang menjayakan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS