Kedai Makan Sedap & Best di Baling, Kedah

Assalamualaikum dan hai korang!

Kalau kita travel dan jenjalan, salah satu perkara yang selalu menjadi masalah adalah nak cari kedai makan yang sedap, yang kena dengan tekak selain daripada harga yang berpatutan. Jadi, kalau korang mencari restoran makanan sedap di Baling, Kedah jemput baca artikel sampai habis.

List Kedai Restoran Makanan Sedap di Baling Kedah:
1. M Idaman Cafe, Baling
2. Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli, Baling
3. Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67, Baling
4. The Warong Santai Santai, Sungai Petani
5. Nazariah Cendawan Pekasam, Baling


SARAPAN DI M IDAMAN CAFE
Tepi Jalan, Kampung Dalam Wang, 09100 Baling, Kedah,
Waktu operasi: Setiap Hari (6.30am - 11.30am) - Isnin Tutup
Contact: 013-5201286
Facebook: www.facebook.com/p/M-Idaman-CAFE-100063948424446/

Lokasi M Idaman Cafe ni mudah nak jumpa sebab terletak hanya di tepi jalan di Kampung Dalam Wang. Mudah je jumpa kafe ni sebab berada dekat dengan simpang sebelum masuk ke Gua Sireh. Terima kasih kepada pihak Gua Sireh sebab belanja kami sarapan kat sini.

Kedai ni popular dalam kalangan penduduk setempat, walaupun hanya menjual menu hidangan sarapan seperti Nasi Lemak Berlauk, Roti - Roti seperti Roti Canai Sarang Burung, dan sebagainya. Simple aja menu dia, tapi semua sedap-sedap.

M Idaman Cafe Baling Kedah

M Idaman Cafe Baling Kedah

M Idaman Cafe Baling Kedah

MAKAN DI NASI KUKUS AYAM BEREMPAH MAKLANG MATLI
K10 Jalan Baling, Kampung Terabak, 09100 Baling, Kedah
Waktu operasi: Setiap Hari (8.00am - 10.00pm)
Contact: 013-9681458 / 019 -5273905

Instagram: www.instagram.com/mak.lang.92123
Facebook: www.facebook.com/profile.php?id=100093147159978
 
Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli yang sudah beroperasi sejak dari tahun 2016 ini mula dapat menarik peminat nasi kukus ayam berempah dengan hanya memulakan perniagaan ditepi jalan. Lepas dah makin ramai peminat, Mak Lang terus buka restoran yang buka dari pagi ke malam.

Selain daripada menu Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli, mereka turut menghidangkan menu lain seperti laksa, bihun sup, bubur ayam dan banyak lagi. Harga menu nasi kukus ayam berenpah bermula dari RM7.00 untuk set biasa dan RM10.00 untuk set special.

Maklang- Pengasas Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli

Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli

Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli

Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli


SARAPAN DI WARONG MAT NOI ROTI BAKAR ROUTE 67
Baling, 09100 Baling, Kedah
Waktu operasi: Setiap Hari (7.30am - 12.30pm) - Khamis Tutup
Contact: 013-4833217

Facebook: www.facebook.com/Route67WarungMatNoi
Instagram: www.instagram.com/warungmatnoirotibakar

Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67 sebenarnya popular dalam kalangan riders-riders motosikal terutamanya mereka yang konvoi dari Thailand. Warong yang terletak di Pekan Baling ini bukan sahaja ada dekorari yang cantik, tapi lokasinya yang berlatarbelakangkan Gunung Baling, memang cantik.

Warung yang dibuka oleh Mat Noi, chefnya sendiri ini menawarkan pelbagai menu sarapan dan brunch seperti Set Kacang Phool, Lontong, Laksa, Bihun Goreng dan pelbagai Set Roti Bakar. Menariknya, roti kat sini semua homemade tau.

Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67

Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67


MAKAN TENGAH HARI DI THE WARONG SANTAI SANTAI
Berhadapan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.
Waktu operasi: Setiap hari (10am - 10pm) - Sabtu tutup

Kami jumpa The Warong Santai-Santai yang terletak di Sungai Petani ini masa dalam perjalanan nak ke KTM Sungai Petani. Gerai yang terletak ditepi jalan, berhadapan dengan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah ini menjadi pilihan sebab menu yang dihidangkan.

The Warong Santai Santai baru sahaja beroperasi sejak 6 bulan lepas diasaskan oleh En Hafizz (Fizz) yang merupakan chef kulinari. Lama beliau merantau, dan akhirnya pilih untuk menetap di Sungai Petani dan buka kedai makan disini.

Memang plan kami nak makan nasi lauk campur, maka gerai ini memang pilihan yang tepat. Selain daripada pilihan lauk pauk yang banyak, antara menu yang popular disini adalah pilihan Roti Canai, ABC dan Laicikang.

The Warong Santai-Santai Sungai Petani

The Warong Santai-Santai Sungai Petani

The Warong Santai-Santai Sungai Petani


NAZARIAH CENDAWAN PEKASAM
241, Jalan Kampung Tengah, Kupang, 09200 Kupang, Kedah.
Waktu operasi: 
Contact: 013- 4771183

Facebook: www.facebook.com/nazariah.saad

Masa mula-mula kenal dengan Nazariah Cendawan Pekasam, macam tak percaya pula sebab terfikir macam mana cendawan boleh buat pekasam. Lepas sampai je di HQ Nazariah Cendawan Pekasam, satu produk IKS hasil cetusan idea Puan Nazariah, baru amaze betul.

Puan Nazariah merupakan salah seorang peserta didalam program Empower NCER (Northern Corridor Economic Region) Malaysia batch kedua yang baru saja graduasi pada Desember 2023 yang lepas.

Apabila ditanya macam mana tercetusnya idea, Puan Nazariah cakap sebab memang suka dengan cendawan sebab sedap. Beliau memulakan proses menternak cendawan dibengkel seluas 20ft x 30ft dan kini dah boleh supply ke seluruh Malaysia. 

Puan Nazariah - Pengasas Cendawan Pekasam

Proses buat Nazariah Cendawan Pekasam

Kami juga bertuah sebab berpeluang untuk lihat macam mana proses pembuatan dan proses membuat bongkah untuk ternak cendawan. Sebenarnya tak mudah tau sebab ada banyak proses dan proses tu makan masa juga.

Nazariah Cendawan Pekasam pakai cendawan tiram putih dan kelabu. Korang boleh beli cendawan pekasam ini dengan harga RM10.00 (140gm) dan RM15.00 (200gm). Dia jenis frozen, kalau nak makan, hanya perlu goreng je.

Nazariah Cendawan Pekasam


Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling yang berlangsung pada 13-17 Januari 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan team KembaRojak. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh yang menjayakan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling.

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

banyak port makan kat baling ni , kalau sehari terjah baling memang tak sempat nak singgah semua tempat

FOLLOWERS