Kenali Produk Buatan Malaysia, N Three Beauty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang usahawan wanita yang di bernama Puan Norhaslina Asma binti Mohd Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif N Three Beauty yang juga merupakan Presiden Ikon Wanita Malaysia dan Bendahari Ikon Malaysia. 

Berkenalan dengan Puan Haslina, yang sebelum ini berada didalam bidang HR, tetapi selepas berkahwin, beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk focus kepada keluarga. Namun selepas 3 tahun berhenti kerja, beliau membuat keputusan untuk menyertai syarikat suami setelah dipelawa.

N Three Beauty merupakan sebuah jenama penjagaan wajah keluaran Bumiputera, N Three Beauty mempunyai dedikasi yang tinggi untuk menjadikan dunia kecantikan dapat dimiliki bagi segenap golongan, tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit.


Bersama dengan Puan Norhaslina Asma binti Mohd Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif N Three Beauty

N Three Beauty sebenarnya telah berada di pasaran sejak 2005, dan kini sedang menjalani proses pemasaran yang giat untuk menarik lebih ramai peminat baru terhadap jenama berkenaan.

Keunikan produk N Three Beauty yang menggunakan bahan semulajadi dengan bahan utamanya -  Minyak Kelapa Dara. Produk mereka sesuai digunakan oleh semua golongan termasuklah lelaki dan wanita dan mereka yang berusia seawal 12tahun.

Produk keluaran N Three Beauty semuanya ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan yang paling special, ada beberapa produk mereka yang ada pengesahan daripada Food and Drug Administration (FDA).

Produk keluaran N Three Beauty

Produk keluaran N Three Beauty

Produk keluaran N Three Beauty telah melalui proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang teliti dengan bantuan, Dato’ Dr. Abdul Fahmi, Penasihat N Three Beauty yang merupakan seorang Perunding Am dan Pakar Bedah Laparoskopik, berpengalaman 30 tahun didalam bidang perubatan dan pengetahuan dalam produk farmaseutikal. 

Antara Produk ‘Beauty for AllN Three Beauty adalah:
⭐ Beauty Soap,
⭐ Beauty Scrub,
⭐ Beauty Essence,
⭐ Cleansing Milk,
⭐ Moisturizer, 
⭐ Day Cream,
⭐ Acne Serum,
⭐ Day Serum,
⭐ Night Serum.

Produk kecantikan N Three Beauty, sesuai untuk kulit masyarakat Asia dan tidak mengandungi kesan sampingan yang berbahaya dengan harga yang ditawarkan serendah  RM35 - RM139 setiap produk dan bebas daripada paraben berbahaya dan derivatif haiwan.

Dengan harapan supaya lebih ramai pengguna mereka akan tampil lebih yakin dengan penampilan mereka, N Three Beauty memfokuskan kepada masalah utama kebanyakan rakyat Asia, iaitu untuk mewarat masalah kulit kusam, jerawat kering selain daripada untuk maintainance. 



TENTANG N THREE BEAUTY

Syarikat N Three Beauty Centre pertama kali diasaskan pada tahun 2005. Di atas pemergian pengasas utama berkenaan pada tahun 2016, legasi dan pengurusan N Three kemudiannya diteruskan oleh rakan kongsi.

Jenama dan logo syarikat yang terkenal sebagai 'N3 Beauty Care' kemudiannya berjaya didaftarkan dengan MyIPO pada 2016 di bawah Akta Cap Dagangan 1976 di bawah Kelas 3 dan Kelas 35.

N Three Beauty adalah sebuah jenama kecantikan yang kini dikelola dengan penuh dedikasi oleh Norhaslina Asma binti Mohd Hashim, turut merupakan seorang pakar dalam bidang pengurusan dan sumber manusia korporat.

Jenama ini muncul dalam industri kecantikan Malaysia, menghadirkan 9 produk berkualiti tinggi yang sesuai untuk semua jenis kulit. Melalui penghasilan produk bersesuaian untuk semua jenis kulit, produk Beauty Soap, Moisturizer dan Beauty Essence merupakan antara tiga produk yang menjadi rebutan orang ramai.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS