Review Resort DIMA Garden Sungai Petani Kedah

Selamat sejahera dan hai korang!

Masa trip kami ke Kedah tempoh hari, kami naik KTM ETS dari Stesen Kuala Lumpur sampai ke Stesen Sungai Petani. Masa hari terakhir, team kami decide untuk stay di DIMA Garden, Kuala Ketil dekat dengan Sungai Petani sebab lokasi ni hanyalah dalam 20minit sahaja ke KTM Sungai Petani.

DIMA Garden, kawasan seluar 12 hektar yang baru sahaja buka pada Ogos 2023 yang lepas ini adalah hasil idea dari pengasasnya, Dato’ Ir Mansor Musa. Nama DIMA diambil hasil gabungan namanya, Dato’ Ir Mansor Musa bersama dengan nama isterinya, Datin Afiza.

DIMA Garden bukan sahaja menawarkan penginapan untuk pengunjung mereka, malah juga menawarkan pelbagai aktiviti dan fasiliti yang lengkap dan sesuai dilakukan oleh seisi keluarga. Kiranya kalau datang tu, banyak benda boleh buat disini.

 DIMA Garden, Kuala Ketil, Sungai Petani

Pengasas DIMA Garden - Dato’ Ir Mansor Musa berkuda

DIMA Garden menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan sesuai dengan pilihan pengunjung mereka. 

🌸 Bilik Cengal (Max 2 dewasa) - Harga bermula RM275.00 - RM295.00 - Bilik design tradisional berhadapan dengan kolam renang.
🌸 Bilik Akasia (2-5 pax) - Harga bermula RM255.00 - RM497.00 - Bilik perlu naik tangga.
🌸 Bilik Kabin (Max 4 dewasa) - Harga bermula RM290.00 - RM310.00 - Sesuai untuk yang berkerusi roda sebab bilik tiada tangga dan dekat dengan lobby.
🌸 Bilik Kapsul (2-3 pax) - Harga bermula RM155.00 - RM202.50 - Tandas diluar.

*Harga bilik di DIMA Garden berbeza untuk hari bekerja dan hari minggu. Juga tertakluk kepada jenis bilik dan keluasan bilik.

Bilik Cengal - DIMA Garden Sungai Petani

Bilik Akasia - DIMA Garden Sungai Petani

Bilik Kapsul - DIMA Garden Sungai Petani

BILIK JENIS KABIN di DIMA GARDEN, SUNGAI PETANI

Bilik jenis Kabin ini boleh memuatkan seramai maksima 4 dewasa. Bilik yang luas ini sesuai juga ditempah oleh mereka yang bekeluarga besar dengan anak ramai sebab saiz bilik yang luas, selain daripada lokasinya yang berhadapan dengan kolam renang.

Kalau datang dengan mereka yang berkerusi roda pun sesuai sebab bilik ni tiada tangga dan dekat dengan lobby. Nak ke kabin pun ada kawasan laluan kerusi roda, mudahlah nak tolak ke apa. 

Fasiliti didalam bilik memang lengkap, ada penghawa dingin, toiletries, tea and coffee set siap dengan kettle dan seterika - wajib bagi saya! Kat luar bilik pun siap ada kawasan lepak siap dengan kerusi dan meja untuk mereka yang duduk diluar bilik.

Korang boleh tempah bilik Kabin dengan harga bermula RM290.00 pada hari Isnin hingga Jumaat dan RM310.00 pada hari Sabtu dan Ahad. Setiap tempahan juga termasuk dengan sarapan pagi secara buffet yang akan dihidang di depan lobby. Nasi lemak dia terbaik guys!

Bilik Kabin - DIMA Garden Sungai Petani

Bilik Kabin - DIMA Garden Sungai Petani


Antara fasiliti kawasan DIMA Garden yang boleh pelanggan mereka gunakan termasuklah kolam renang dewasa dan kanak-kanak (boleh mandi sampai miidnight), ruang makan, surau, tandas awam, dewan terbuka, mesin gedegak (vending machine), kawasan campfire dan buat aktiviti disini.

BERKUDA DI DIMA STABLE

Antara aktiviti yang paling hot disini adalah berkuda di DIMA Stable disebabkan harga joyride yang sangat berpatutan. Dari kanak-kanak sampai kedewasa pun boleh buat. Tapi perlu ingat ada had berat, saya lupa berapa had berat dia tu.

Waktu operasi: 8.30am - 11.00am dan 4.30pm - 6.00pm
Harga Joyride Kuda di DIMA Stable: Dewasa RM12, Kanak-kanak RM10 (2 pusingan)



Ada total 7 ekor kuda disini, 6 daripadanya adalah kuda betina dan seekor kuda jantan. Berkuda di DIMA Stable adalah merupakan satu pengalaman yang unik sebab jurulatih dan joki kuda kat sini semua ramah-ramah dan sangat membantu.

Tak lama lagi deorang akan buat kelas berkuda untuk mereka yang nak belajar menunggang kuda. Saya pun siap dapat mini kelas berkuda masa ride tempoh hari. Best tau belajar berkuda ni, semua perasaan bercampur baur, happy takut tapi bangga sebab dapat buat kuda tu jalan. Haha.


Kuda di DIMA Stable friendly dan photogenic!

NAIK DIMA ATV DI DIMA GARDEN

Kalau datang ramai-ramai dengan keluarga atau dengan kawan-kawan, paling wajib kena naik ATV di DIMA ATV. Dengan harga yang sangat berpatutan, korang boleh enjoy bawa ATV sendiri mengelilingi 3 jenis laluan yang disediakan.

Laluan 1: Laluan latihan di kawasan lapang;
Laluan 2: Laluan masuk denai;
Laluan 3: Laluan trek yang berbukit dan berlopak (kalau hujan).

Waktu operasi: 9.00am - 11.30am dan 3.00pm - 6.30pm (Rabu - Tutup)
Harga ATV di DIMA Garden: RM30.00 (15minit), RM45.00 (30minit).
Tempahan contact: 012-5772992



MEMANAH DI DIMA GARDEN

Aktiviti memanah ni lokasi dia bersebelahan dengan lokasi ATV. Memanah ni popular di DIMA Garden sebab deorang selalu juga anjurkan pertandingan memanah untuk mereka yang tinggal dikawasan setempat ni. Baguskan ada akvititi sunnah Nabi macam ni.

Harga Memanah di DIMA Garden: RM10.00/ 7arrow.



Selain daripada bilik penginapan dan aktiviti yang ditawarkan seperti yang saya cakap diatas, DIMA Garden turut menawarkan pakej perkahwinan dengan tema dalam taman. Harga Pakej Perkahwinan bermula dari RM 17,900 - RM 24,900 manakala Pakej Hi Tea dan makan malam bermula dari RM4,900 - RM13,000.

Contact Puan Normi untuk tempahan: 012-4236675 



DIMA Garden
Lot 3472, Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil,
09400 Sungai Petani, Kedah.
Contact 010-4610838 

Facebook: www.facebook.com/p/Dima-Garden-100086694420940
Instagram: www.instagram.com/dimagardensungaipetani
Tiktok: www.tiktok.com/@dimagardensungaipetani

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling yang berlangsung pada 13-17 Januari 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan team KembaRojak. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh yang menjayakan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS