Bufet Ramadan 2024: I'Dahlia Corner

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Buat kali kedua sejak penglibatan mereka dengan bufet berbuka puasa di Kuala Lumpur, I'Dahlia Corner akan menganjurkan bufet Ramadan yang bertemakan "Iftar Di Taman Dahlia" sesuai dengan konsep dekorasi restoran mereka yang penuh dengan bunga-bunga didalam taman.

Sebenarnya, I'Dahlia Corner memang terkenal ddalam kalangan kejiranan kawasan KLCC bukan sahaja sebab sentiasa menghidangkan masakan Melayu berlauk kampung yang sedap, tetapi juga dengan harga yang sangan berpatutan dikawasan segitiga emas Kuala Lumpur.

Bufet Ramadan 2024: I’dahlia Corner
Tarikh: 12 Mac - 6 April 2024
Waktu operasi: 6.30pm - 10.00pm



Tahun ini special sebab kata pemilik I'Dahlia Corner, deorang akan buat renovate cantikkan lagi dekorasi didalam restoran ini supaya pelanggan yang datang rasa macam makan kat dalam taman. Siap ada persembahan busking pada setiap hari untuk menghiburkan pelanggan.

Kawasan restoran pun luas, dengan layout yang selesa, dan dapat privacy sebab tak terlalu dekat dengan meja lain. Oh ya, walaupun korang datang makan bufet, tapi kalau teringin nak order ala carte pun boleh juga.




Pelanggan setia yang datang pun memang dah kenal dengan konsep makanan yang dihidangkan di I'Dahlia Corner, yang menghidangkan menu masakan tradisional Melayu. Makan kat sini terasa macam masakan ibu kat rumah sendiri tau.

Untuk Bufet Ramadan 2024: I'Dahlia Corner, mereka bakal membawakan lebih dari 30 juadah ala kampung untuk mereka yang datang berbuka puasa disini.

Antara menu hot yang bakal dihidangkan termasuklah: Sup Daging  Dahlia Meletop, Masak Lemak Cili Api Siput Sedut, Ikan bakar Bersambal, Asam Pedas Ikan Pari, Sambal Udang Petai, Ikan Keli Berlado, Kari Ayam dan banyak lagi.





Selain daripada bakal menghidangkan menu masakan selera kampung, I'Dahlia Corner juga akan memperkenalkan menu baru tahun ni, iaitu, Sup Daging, Sup Ayam dan Sup Tomyam. 

Manakala untuk tukaran menu pula bergantung kepada menu makanan apa yang ramai pelanggan suka. So kalau katakan Rendang Daging paling ramai suka, makanya, selalulah menu ini akan dihidangkan pada bukan Ramadan nanti. 




Selain daripada menu masakan kampung, I'Dahlia Corner turut menghidangkan menu makanan ringan seperti bihun goreng, mee goreng, masakan panas bergoreng, kuih-muih dan buah-buahan khas untuk pelanggan yang datang berbuka disini.

Walaupun ada beberapa menu lauk yang pedas, tapi banyak juga menu yang khas untuk mereka yang tak makan pedas dan juga makanan untuk kanak-kanak yang berbuka disini sebab seleksi yang banyak dengan harga yang sangat berpatutan di kawasan Kuala Lumpur.




Hanya di I'Dahlia Corner pelanggan dapat berbuka didalam suasana seolah-olah berada di dalam taman kerana dewan makan I’Dahlia dihiasi dengan bunga-bunga yang cantik. Korang juga akan dihiburkan lagi dengan persembahan dari buskers.

Untuk pengetahuan korang, I'Dahlia Corner turut menyediakan kemudahan ruang solat dan parkir yang berdekatan untuk mereka yang datang kesini.



Harga Buffet Ramadan 2024 I’Dahlia Corner:
Dewasa: RM 59.00 | Kanak kanak: RM39.00


I’Dahlia Corner 
22, Persiaran Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur.
Contact: 012-3526397 / 017-9913907⁣

Facebook: www.facebook.com/pages/Idahlia-Corner/1669724423259793
Instagram: www.instagram.com/idahlia.corner


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS