Eco-Plus Concept Store IOI City Mall Putrajaya

Hai korang!

Eco-Plus Concept Store IOI City Mall Putrajaya kini sudah dibuka! 🥳 Siapa yang tak kenal dengan kedai beracun, Eco Shop kan? Kalini deorang buka outlet yang lebih besar di IOI City Mall, Putrajaya iaitu Eco-Plus Concept Store, Level 2 (West Wing), IOI City Mall Putrajaya.

Antara barangan yang korang boleh dapat Eco-Plus Concept Store termasuklah:
✅ Makanan;
✅ Perkakas dan barangan rumah;
✅ Peralatan dan barangan keperluan asas;
✅ Alat tulis dan barang sekolah;
✅ dan juga produk haiwan.

Kat sini, ada lebih daripada 10,000 pilihan barangan dengan 70% daripadanya harga bermula dari serendah RM2.40 sehingga RM20. Harga yang sangat mampu milik dengan inisiatif mesra alam yang dilancarkan oleh Eco-Shop.



Eco-Plus Concept Store punya layout telah disusun dengan teliti dengan reka bentuk sebagai destinasi beli-belah yang unik yang mengutamakan keperluan pelanggan mereka dengan memperkenalkan item sumber baharu dengan spektrum produk yang luas, semuanya berharga di bawah RM20.

Eco-Shop Malaysia mengimpikan untuk menjadikan kehidupan pengguna mereka lebih berkualiti dan supaya kedai mereka dapat diakses oleh khalayak yang lebih luas terutamanya pada masa ini apabila inflasi semakin meningkat.

Kedai konsep terbaharu ini direka khas kepada keperluan pelanggan Eco-Shop yang semakin ramai dengan pelbagai pilihan barangan keperluan harian dan produk isi rumah, dengan harga yang berpatutan di bawah RM20, dengan 70% daripadanya hanya pada RM 2.40!





Lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah, Eco-Plus Concept Store menampilkan Snack & Chill Area, dengan menyediakan kawasan ruang yang selesa untuk berehat sambil menikmati makanan ringan atau membeli-belah untuk mainan anak-anak mereka dengan harga di bawah RM20. 

Reka bentuk kedai mencerminkan komitmen terhadap inisiatif mesra alam, dengan rekaan dalam kedai dibuat dengan menukar dan mengitar semula sisa plastik kepada bahan kitar semula dengan kerjasama Precious Plastic Malaysia, termasuk rak kedai, meja makan, kaunter juruwang dan banyak lagi.

Inisiatif ini mentakrifkan semula landskap peruncitan mesra alam, menetapkan penanda aras untuk pilihan yang boleh diakses dan mesra bajet, mengukuhkan peranan Eco-Shop untuk "Menjadikan Kehidupan Lebih Mudah".




Sempena dengan majlis pembukaan besar-besaran dan sempena dengan sambutan perayaan yang akan datang, Eco-Plus Concept Store melancarkan kempen khas Tahun Baru Cina (CNY).

Antara kenpen yangs edang berlangsung adalah:
⭐ Dapatkan "Bag of Happiness" secara percuma dengan membeli 12 barangan terpilih pada harga RM28.80. 
⭐ Peraduan "BELI, IMBAS & MENANG" - hadiah seperti makan malam bernilai RM1,200 (x10) dan hadiah saguhati hamper produk bernilai RM88. 80 (x10).


Eco-Plus Concept Store 
Lot L2-51, Level 2 (West Wing), IOI City Mall Putrajaya.

Eco-Shop Malaysia
Facebook: www.facebook.com/EcoShopMarketing
Instagram: www.instagram.com/ecoshop_my

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS