Tanggapan Salah Tentang Bahaya Sebenar Rokok, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang,

Baru-baru ni, saya ada terbaca tentang sebuah artikel yang menceritakan tentang bahaya asap rokok. Rupanya, ramai orang tidak sedar bahawa sumber utama bahaya berkaitan rokok berasal daripada bahan kimia berbahaya yang terhasil dalam asap rokok.

Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley, berkata asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau mengandungi lebih 6,000 jenis bahan kimia. 

Lebih daripada 100 telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, yang mana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok. Jadi bayangkan, dalam dunia ni, dianggarkan terdapat 1.1 Bilion perokok dewasa, banyak mana asap yang mereka bebaskan daripada merokok je. 


Malangnya, ramai menganggap bahawa nikotin itulah yang berbahaya. Ini adalah tidak benar. Sebenarnya, nikotin adalah bahan secara semula jadi yang ditemui didalam tumbuhan, khususnya keluarga ‘Solanaceae’ yang juga dikenali sebagai Nightshades. Contoh tumbuhan lain yang ada kandungan nikotin juga adalah kentang, tomato dan terung.

Scott Gottlieb, Commissioner of the US Food & Drug Administration berkata didalam temubualnya di CNBC pada 24 Ogos 2017: “It’s not the nicotine that kills you, it’s all the other carcinogens in lighting tobacco on fire.”. 


Memang Nikotin menyebabkan ketagihan tetapi nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok sebab bila Nikotin ada dalam sistem, ia merangsang otak untuk mengeluarkan hormon yang dipanggil Dopamine dan sebab itulah boleh menyebabkan kesan jangka pendek seperti peningkatan kadar jantung dan tekanan darah. 

Sekarang korang dah faham apa yang menyebabkan bahayanya rokok, tibalah masa untuk perokok berhenti menggunakannya. Bagi perokok yang boleh berhenti merokok, baguslah tetapi, malangnya setiap tahun 9 daripada 10 perokok tidak mahu berhenti. Jadi, bagi apa yang mereka perlukan adalah untuk mengetahui maklumat yang tepat tentang apa yang menyebabkan mereka tidak mahu berhenti, dan kalau rokok itu berbahaya, apa produk alternatif yang boleh membantu perokok tegar. 

Antara Produk Alternatif Bebas Asap Rokok 

Memetik ayat yang pernah dikeluarkan oleh Public Health England

Alternative nicotine delivery devices, such as nicotine vaping products, could play a crucial role in reducing the enormous health burden caused by cigarette smoking” - Public Health England. 

So, along comes a new technology. Essentially, developments in batteries mean that you can now heat a liquid, create a vapor aerosol, it will deliver nicotine to the lungs in a way that many smokers find satisfactory without all the stuff that goes with setting fire to tobacco leaf and inhaling it. And it’s that products of combustion of organic leaves the do all the damages associated with smoking” - Clive Bates, (VIEWPOINT Interview)

Produk bebas asap rokok masih lagi memberikan nikotin, yang juga boleh menyebabkan ketagihan tetapi ia tidak melibatkan pembakaran, justeru tiada asap yang dihasilkan. Ini menjadikan produk bebas asap rokok merupakan pilihan yang lebih baik untuk perokok berbanding dengan rokok biasa. 

Terkini, ada banyak pilihan alternatif produk bebas rokok yang terdapat di pasaran yang semuanya kurang berbahaya berbanding rokok termasuklah Heated Tobacco (HTP), e-Cigarettes dan vape, SNUS dan kantung nikotin/ nicotine pouch. 



E-Cigarettes dan vape memanaskan larutan nikotin cecair untuk menghasilkan aerosol bebas asap yang berperisa manakala heated tobacco products (HTP) cuma memanaskan tembakau. 

Daripada membakar tembakau, HTP memanaskannya, oleh itu ia tidak mengeluarkan sebarang bentuk asap sebaliknya, ia melepaskan aerosol. Menurut kajian saintifik, HTP boleh mengurangkan sehingga 95% bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana ia tidak membakar tembakau, sebaliknya menggunakan teknologi pemanasan yang membebaskan wap aerosol.

SNUS dan Kantung Nikotin pula ialah produk yang direka untuk diambil secara oral. Produk ini tidak menghasilkan sebarang asap atau wap. Kandungan tembakau pula bergantung kepada kandungan produknya. 
Kalau boleh berikan nasihat, pilihan terbaik untuk perokok ialah berhenti sepenuhnya daripada menggunakan tembakau dan nikotin. Tetapi kalau tidak mahu berhenti, cubalah beralih ke produk alternatif bebas asap rokok.




Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS