Buat Hidangan Raya dengan California Raisins

Hai dan salam sejahtera korang,

Sebelum puasa haritu, saya telah dijemput untuk menghadiri majlis The Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya anjuran California Raisins pada 28 Februari 2024 bertempat di Texture by C3 Lab di Atria Shopping Mall.

Pada acara ini, kami diberi banyak pendedahan tentang California Raisins yang  sebenarnya banyak faedah kesihatan dan juga boleh membantu kita untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Kami diberi penerangan tentang proses penanaman sehingga jadinya kismis.

California Raisins hanya menggunakan anggur dari ladang anggur yang subur untuk dijadikan kismis. Kismis Kalifornia juga banyak menjadi bahan utama dalam masakan seab terkenal dengan kemanisan semulajadi dan kandungan nutrisinya.



Tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan pelbagai pencuci mulut berasaskan California Raisins hasil tangan di Texture by C3 Lab. Saya pun cuba air California Raisins Salted Caramel Latte. Sedap sebab dapat rasa pahit kopi latte campur dengan manis kismis.

Masa event ni, banyak juga display tentang palbagai jenis kismis keluaran California Raisins seperti kismis 'Thompson Seedless' dan 'Fiesta'. Rupanya setiap kismis tu ada rasa dan keunikan yang tersendiri yang berbeza-beza.



Korang tahu tak yang kismis atau dalam English 'raisins', sebenarnya ada banyak kelebihan yang boleh membantu nutrisi didalam badan, terutamanya pada bulan puasa. Diantaranya adalah:

✅ Kismis kaya dengan fibre dan potassium -  membantu penghadaman dan sel didalam badan.
✅ Kismis sebagai pemberi tenaga - Kismis melepasan tenaga yang perlahan sepanjang hari,
✅ Kismis tidak akan menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah.
✅ Kismis banyak vitamin dan mineral - Kaya dengan kalsium, iron, zink dan Vitamin A, B1, B2, B3, B6, C dan E.
✅ Kismis adalah manis semula jadi - California Raisins memang manis semujadi dan tinggi dengan kalori dan gula, tapi takkan naikkan gula didalam darah.   



Kami dihidangkan dengan menu makanan kismis California Raisins yang bertemakan The Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya hasil tangan Chef Aison dan Chef Lawrence Bobo. Masa sampai tu pun kami dihidangkan dengan pelbagai juadah dan air bertemakan California Raisins.

Lepas tu, masa makan tengah hari pun dapat lihat dan dihidangkan dengan masakan dan demo makanan berasaskan Kismis Kalifornia. Tak sangka, banyak makanan sedap-sedap yang boleh dihidangkan menggunakan kismis terutamanya nak musim Raya ni.




Lagi best, kami dihidangkan dengan makanan yang telah dikurasikan semasa makan tengah hari (Event ini berlangsung sebelum Bulan Ramadan). Antara hidangan yang kami rasa yang berasaskan California Raisins adalah:

🌸 California Rasin & Calamansi Spritzer,
🌸 California Raisin Waldorf Salad,
🌸 Nasi California Rasin dan Ayam Bakar,
🌸 California Raisin Apple Tarte Tatin
🌸 California Raisin Chocolate Cake,
🌸 California Raisin Vanilla Cake.


Chef Aison ialah seorang tukang roti yang mahir dengan latar belakang masakan yang banyak, dan terkenal dengan kreativitinya dalam menghasilkan roti-roti artisan. Dia menggunakan bakatnya untuk mencipta beberapa pastri Kismis California yang unik.

Kami bertuah sebab dapat lihat demo macam mana Chef Asion buat hidangan pastri: 
🌸 California Raisin Hazelnut Babka,
🌸 California Raisin Kouign-Amann, 
🌸 California Raisin Carrot Cinnabon.

Chef Aison - California Raisins Raya


Lepas tu, kami lihat pula demo daripada chef yang memang buat pastri di kafe exture by C3 Lab di Atria Shopping Mall, Chef Lawrence Bobo yang juga dikenali sebagai 'The Mad Scientist' kerana pandangan uniknya tentang pastri dan kuih-muih. 

Berpeluang lah untuk lihat Chef Lawrence Bobo buat hidangan signaturenya: 
🌸 California Raisin Apple Tarte Tatin,
🌸 California Raisin Chocolate Orange Cake,
🌸 California Raisin Vanilla Petit Gateau.

Chef Lawrence Bobo  - California Raisins Raya

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada California Raisins sebab dah buka minda saya tentang kepelbagaikan hidangan makanan yang kita boleh hasilkan dengan kismis daripada menu makanan barat sehinggalah menu makanan yang kita boleh hidang semasa bulan puasa dan Raya nanti.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS