Bufet Ramadan 2024: D'Pine Loghouse @ Farm in The City

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum korang,

Siapa yang duduk di kawasan Lembah Klang mesti pernah dengar tentang Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, yang merupakan sebuah taman haiwan yang ada banyak haiwan yang dibenarkan berkeliaran bebas didalam kandang dan mesra pengunjung.

Buat julung kalinya, Farm In The City pada tahun ini akan menganjurkan Bufet Ramadan 2024: D'Pine Loghouse @ Farm in The City dengan kerjasama Katering Hidayah yang bertemakan “Nostalgia Desa Iftar”pada bulam Ramadan yang akan datang.

Bufet Ramadan 2024: D'Pine Loghouse @ Farm in The City
Tarikh: 13 Mac - 7 April 2024
Waktu operasi: 7.00pm - 9.30pm



Tambah menarik lagi, korang yang datang bukan sahaja boleh makan buffet berbuka puasa disini, tetapi juga korang dapat peluang untuk memberi makan, menyentuh dan bermain dengan lebih daripada 100 spesies haiwan di Farm in The City. 

Dengan kawasan seluas 7 ekar, antara haiwan yang ada disin adalah: Kura-kura, Pelbagai Spesis Burung, Kambing, Alpaca, Reptilia, dan banyak lagi.



Bufet Ramadan 2024: D'Pine Loghouse @ Farm in The City bakal menghidangkan lebih daripada 88 jenis juadah makanan bertemakan Noltalgia Desa Nusantara selain daripada pertunjukan haiwan dan juga sesi permainan tradisional sepanjang Ramadan nanti.

Menu yang dihidangkan akan ditukar setiap hari untuk memberikan pilihan juadah yang berbeza pada setiap hari. Antara menu menarik yang akan dihidangkan termasuklah: Daging Masak Lemak, Daging Gulai Kawah, Rendang Daging, Shellout Mix, Sotong Salted Egg, Udang Sambal, Ayam Goreng Berempah, Ayam Geprek, dan banyak lagi.

Bufet Ramadan ini akan disediakan oleh, Hidayah Catering yang memang kepakaran mereka adalah dalam menghidanhkan masakan Melayu Asli dengan pengalaman sebanyak 30tahun didalam masakan Melayu.





Selain daripada itu, Bufet Ramadan 2024: D'Pine Loghouse @ Farm in The City bukan sahaja akan menghidangkan pilihan lauk makanan, tetapi turut ada gerai makanan dikawasan luar beserta dengan aneka pilihan kuih muih dan pencuci mulut.

Antara yang dihidangkan adalah: Satay Ayam dan Daging, Ayam Percik, Aneka Bihun dan Mee, Roti John, Ikan Bakar dan banyak lagi.





Sesuai dengan tema Bufet Ramadan 2024: D'Pine Loghouse @ Farm in The City, Nostalgia Desa, mereka turut membawakan menu zaman dahulu kala yang popular iaitu Ais Krim Goyang, Ubi Rebus Sagat, seleksi pilihan ulam-ulaman dan banyak lagi.

Saya rasa buffet ramadan di Farm in The City adalah merupakan salah satu buffet yang berbaloi untuk korang datang bersama dengan keluarga dan kawan-kawan semasa bulan puasa nanti. 






Tambah menarik lagi, kalau korang peminat steamboat, korang jangan lepaskan peluang untuk cuba makan steamboat juga. Steamboat ni ada di tingkat atas, sedap juga lah saya cuba haritu. Kalau yang memang jenis minat steamboat.




Pengalaman Unik Berbuka Puasa di Bufet Ramadan 2024: D'Pine Loghouse @ Farm in The City  -

Unik tau pengalaman untuk main dengan haiwan comel ini sebelum berbuka puasa. Selain itu, korang juga boleh bermain dengan permainan tradisional seperto congkak sementara menunggu waktu berbuka. Kiranya tak adalah bosan menunggu masa datang sini.

Kawasan Banggunan D'Pine Loghouse yang terletak didalam Farm in The City ini tutur akan dihiasi dengan dekorasi Ramadan dan Raya untuk membangkitkan kehangatan dan semangat musim perayaan.


Harga Buffet Ramadan 2024 D'Pine Loghouse @ Farm in The City:
Dewasa: RM 98.00 || Kanak kanak: RM58.00
*Promosi Beli 10pax, Percuma 1pax

Promosi Early Bird, D'Pine Loghouse @ Farm in The City:
Tarikh: Sebelum 20 Mac 2024 
Harga: RM88.00/ dewasa | Kanak kanak: RM55.00


D'Pine Loghouse @ Farm In The City
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, 
Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Contact: 010-7627612

Website: farminthecity.my
Facebook: www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia
Instagram: www.instagram.com/farminthecitymalaysia/

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS