Trip Langkawi: Food Review Mak Lang (1952) By Ilham Ceramic

Hi korang!

Siapa kat sini peminat laksa, sila angkat tangan sebab saya memang peminat laksa. Cuba korang bayangkan, kat mana lagi korang akan dapat makan 7 jenis laksa didalam sebuah kedai makanan yang sama. Saya jumpa satu di Langkawi, Mak Lang (1952) By Ilham Ceramic.

Kafe Mak Lang By Ilham Ceramic yang terletak di Kampung Bendang Baru, Kuah ini menghidangkan menu konsep selera bonda nenda yang dibuka pada tahun 2023. 

Bermula dengan bengkal kelas ceramic pottery sejak tahun 2020, masa PKP haritu ramai pelajar mereka yang sangkut di Langkawi dan susah nak jumpa cafe atau kedai makan. Makanya, tercetuslah idea untuk buka Kafe Mak Lang By Ilham Ceramic.



Asal nama "Mak Lang" datang daripada panggilan ibunya dikampung dan "1952" pula diambil sempena dengan tahun kelahiran ibunya, yang bermama Puan Barishah Hussein. Kalau kat sini, Mak Lang By Ilham Ceramic juga dikenali dengan nama Mak Lang 1952.

Kalau korang datang makan kat sini, jangan lupa juga untuk melawat kedai cenderahati di Ilham Ceramic, mana tahu ada yang berkenan dimata untuk bawa balik sebagai buah tangan. Selain itu, korang juga boleh join kelas buat tembikar kat sini dengan harga RM100/ pax.



Kalau korang masuk ke kedalam kafe Mak Lang By Ilham Ceramic ni, memang terasa vibe kampung yang sangat mendamaikan. Dengan hiasan perabot kayu  dan pencahayaan lembut didalam kafe ini mewujudkan suasana intim, dengam hiasan Melayu klasik menghiasi dinding. 

Tambah vibe kampung zaman dedulu, masa tengah makan tu siap ada alunan muzik tradisional Melayu bermain dengan lembut di latar belakang, membawa korang ke zaman dahulu. Sesuai sangat dengan vibe Langkawi yang memang kaya dengan warisan budaya pulau.




Menu makanan di Mak Lang (1952) By Ilham Ceramic: 

✅ Laksa Biasa (telur rebus sebiji),
✅ Laksa Telur Goreng (telur goreng sebiji),
✅ Laksa Isi Ketam (telur goreng sebiji + isi ketam 3 batang),
✅ Laksa Udang (telur goreng sebiji + udang 2 ekor),
✅ Laksa Kepah (telur goreng sebiji + kepah),
✅ Laksa Sambal Sotong (telur rebus sebiji + sambal sotong),
✅ Laksa Campur (telur goreng + udang 2 ekor + sambal sotong + isi ketam)

Jujur cakap, kalau berpeluang ke Langkawi lagi, saya akan singgah makan laksa disini sebab laksa dia memang menepati kriteria jenis laksa yang saya suka. Tak kedekut portion, satu mangkuk ni boleh kongsi dalam 2-3 orang.




Antara salah satu lagi menu yang popular disini adalah Set Nasi Putih + Masak Lemak:

✅ Nasi Putih Udang Masak Lemak.
✅ Nasi Putih Udang Sambal Petai.
✅ Nasi Lemak Ayam Rendang.
✅ Nasi Lemak Sambal Sotong.



Waktu operasi: Setiap Sabtu - Rabu (11.00am - 6.00pm)

Mak Lang (1952) By Ilham Ceramic 
Kampung Bendang Baru, Kampung Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.
Contact: 013-5994022

Instagram: www.instagram.com/maklang1952
Facebook: www.facebook.com/profile.php?id=100089818930983

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak. 

QTT Group Plt
Contact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)
Email: qttgroup.management@gmail.com

Untuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [Zayani: QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS