Legumes Anjurkan Makan Malam “Dining With The Queens”

Hi dan Salam Sejahtera korang,

Sempena dengan Hari Ibu tempoh hari, saya berkesempatan untuk ke Majlis Pelancaran “Dining With The Queens: Legumes Nyonya Mother’s Day Buffet” anjuran syarikat katering Malaysia yang terkenal, LEGUMES yang berlangsung di Fun Fun Event Space, Puchong.

Kami juga berkenalan dengan CEO dan pengasas bersama Legumes, Cik Siow Miqi dan Pengarah Pemasaran En. Earon Teh. Mereka berkongsi tentang sejarah penubuhan dan inspirasi katering Hari Ibu pada tahun ini.


Banyak acara dan aktiviti yang berlangsung pada hari pelancaran termasuklah demo masakan oleh COO dan pengasas bersama Legumes En. Kenneth Chua Wei Xian, yang menunjukkan cara memasak Kong Pao Chicken in Yam Basket dengan bantuan Demi Chef, Chef James Ng Wen Jia.

Acara itu turut dimeriahkan dengan demo cara buat kotak ‘grazing box’ yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah oleh Junior Sous Chef Legumes, Cik Nur Aufa Athiya Binti Othman. Kami pun dapat pengalaman buat sendiri kotak ni tau.



Belajar DIY Grazing Box

Paling best, buat gift untuk hari ibu untuk diberikan kepada ibu masing-masing. Rupanya, tak susah pun nak buat ‘DIY Flower Basket’ ni kalau ada idea dan barang-barang yang diperlukan. Saya buat dengan penuh kasih sayang nak berikan kepada Mama tersayang.

Pada tahun ini juga, Legumes akan memfokuskan kepada projek mereka, termasuklah pelan untuk fokus kepada “Legumes Mini Buffet” yang disasarkan untuk universiti dan institusi tempatan untuk acara yang lebih khusus dan privasi.





Makan Malam “Dining With The Queens”

Tarikh: 10-12 Mei 2024
Tema: Seleksi Makanan Nyonya
Harga: RM168.00/ Dewasa, RM88.00/ Kanak-kanak

Acara ‘Dining With The Queens’ yang diadakan selama 3 hari ini secara bufet makan malam ini diadakan bagi meraikan pada ibu yang bersusah payah membesarkan anak mereka. Sesuai sangat untuk mereka yang ada pelan untuk buat kejutan kepada ibu yang tersayang.

Pada malam acara, bukan sahaja bufet makanan bertemakan menu masakan Nyonya yang dihidangkan, tetapi ada juga banyak acara dan permainan yang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan anak-ibu serta sebagai kejutan buat ibu yang diraikan.

Tambah istimewa lagi, sebagai sumbangan CSR, mereka turut akan mendermakan sejumlah keuntungan kepada National Cancer Society of Malaysia (NCSM). 




Legumes Catering
www.legumes.com.my
www.facebook.com/legumesfnb
www.instagram.com/legumesfnb

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS