Review Lipstick MIA #Beauty4ALL

Hello korang,

Saya excited nak kongsi dengan korang tentang satu jenama kosmetic lip matte baharu, produk buatan Malaysia dan mesra Muslim, MIA yang berkonsepkan #Beauty4ALL. MIA menganggap bahawa setiap wanita berhak dihormati dan merasa cantik, tanpa mengira latar belakang atau cabaran yang dihadapi seseorang tu.

Produk MIA yang baru sahaja dilancarkan pada November 2024 tempoh hari telah mengeluarkan koleksi lip matte mereka yang pertama yang bertemakan bunga dan rama-rama yang ada 7 shade lipstick dan 1 mascara.

MIA menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, menjadikan kecantikan boleh diakses oleh wanita dari pelbagai usia dan etnik. Nak lipstick yang cantik dan murah denga texture yang tidak kering dibibir dan tahan lama, boleh cuba MIA.



@nzayaniz Lipstick tahan lama & mesra poket, MIA #Beauty4ALL ♬ original sound - nzayaniz

Lipstick MIA adalah sebuah jenama yang direka khas untuk negara tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Lagi best, ada warna lipstick MIA ni yang sesuai sangat sebagai alternatif kepada jenama high-end tapi dengan harga yang berpatutan.

Formula lipstick MIA adalah sangat tahan lama - done test! Sesuai untuk mereka yang jenis malas nak re-apply banyak kali. Selain itu, lipstick MIA yang matte tidak akan melekat pada apa-apa yang disentuh. Lepas pakai, bila dah kering memang takkan melekat.

Tambahan lagi, kandungan lipstick MIA yang mesra Muslim ini adalah bebas Paraben, Sulfate, Phthlatea, Gluten dan Heavy Metal dan mesra haiwan. Packaging MIA juga yang tidak bulky memudahkan untuk simpan dalam beg.



KOLEKSI MIA #Beauty4ALL

Koleksi lipstick MIA #Beauty4ALL ada 7 warna, dari warna lembut yang romantik hingga tona berani yang ceria, sesuai untuk apa-apa mood dan acara. Dengan pilihan warna yang banyak ni, mudah kita nak mix and match warna lipstick MIA untuk apa-apa style.

🌸 MIA SAKURA #021

Warna signature Koleksi MIA #Beauty4ALL adalah MIA SAKURA #021 yang warna seakan-akan pastel pink-merah yang boleh menampakkan keceriaan dan menaikkan mood pemakainya dan orang yang tengok pemakai dia.

Tips saya, kalau korang nak pakai shade MIA SAKURA #021, korang boleh apply secara light untuk nampakkan lagi sisi feminis dan sisi comel pemakainya. Auto nampak muda kalau pakai shade ni.


MIA SAKURA #021

🌸 MIA #254 Peony

Diinspirasikan oleh keindahan dan kemewahan bunga peony, warna MIA #254 Peony dicipta untuk wanita yang mencari penampilan unik. 

Warna shade MIA #254 Peony yang seakan-akan warna nudes, menampakkan sisi elegan pemakainya. Kira akan nampak macam kita pakai, tapi macam tak pakai lipstick. Nampak natural warna bibir dan nampak healthy je.


MIA #254 Peony

MIA #254 Peony – dupe for Armani Lip Power Intimate 109

🌸 MIA #327 Hibiscus

Rona warna MIA #327 Hibiscus lebih gelap, seakan-akan coklat-merah gelap atau macam warna bata merah. Sesuai sangat untuk mereka yang suka untuk meneroka dunia ekspresi diri yang baru, sama seperti semangat berani dan tropika bunga hibiscus.


MIA #327 Hibiscus – dupe for MAC Locked Kiss Ink 92 Brazen

🌸 MIA #009 Tulip

Warna MIA #009 Tulip adalah satu warna yang pink terang yang fun. Personally saya rasa shade MIA #009 Tulip paling sesuai digayakan oleh mereka yang berkulit sawo matang ke gelap sebab warna ini nampak lebih pop untuk mereka.


MIA #009 Tulip – dupe for MAC Powder Kiss Liquid Lipcolour 984 Billion Smile

🌸 MIA #007 Camelia

MIA #007 Camelia adalah satu warna yang fun untuk dipakai. Warna ini boleh buatkan pemaikannya nampak anggun, selain daripada memikat dengan kecantikan bunga camellia, membawa warna yang kaya dan sofistikasi ke dalam penampilan pemakainya.

Warna MIA #007 Camelia sesuai digayakan dimana sahaja. Nak pakai light untuk keluar dating ke, atau nak pakai terang bold untuk ke pejabat pun boleh.


MIA #007 Camelia

MIA #007 Camelia – dupe for Armani Lip Maestro Intense Velvet Color 401

🌸 MIA #034 Daisy

Lama saya tak jumpa shade orange yang sesuai untuk warna kulit saya dan warna kulit orang Asia. Warna MIA #034 Daisy boleh terus ubah shade wajah korang tau, sesuai sangat untuk mereka yang cerah, dan penuh keceriaan. 


MIA #034 Daisy

MIA #034 Daisy – dupe for MAC Powder Kiss Liquid Lipcolour 992 Resort Season

🌸 MIA #050 Rose

Orang cakap, warna merah seperti bunga mawar boleh menampakkan setiap wanita itu serba boleh, bersinar, berani, dan penuh keyakinan. Sama ada korang tengah bersiap untuk acara istimewa atau sekadar menambah sentuhan glamor pada penampilan harian, MIA #050 Rose adalah warna yang paling sempurna untuk lengkapkan look korang.


MIA #050 Rose

MIA #050 Rose – dupe for Armani Lip Maestro Intense Velvet Color 400



Korang boleh dapatkan lipstick MIA dengan mudah di kebanyakan kedai serbaneka di seluruh Malaysia. MIA akan berada di lebih daripada 1,000 KK Supermart dan outlet Petrol Mart outlets untuk promosi fasa pertama ni.

Selain itu, boleh juga dapatkan MIA #Beauty4ALL lipstick secara dalam talian mealui link dibawah.

MIA #Beauty4ALL
Facebook: fb.com/miaBeauty4ALL247
Instagram: www.instagram.com/mia_beauty4all
TikTok: www.tiktok.com/@mia_beauty4all
Lemon8: lemon8-app.com/mia_beauty4all


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Farhana Jafri said…
cantik lah warna Peony dengan Hibiscus. Packaging dia macam bekas minuman pulak

FOLLOWERS