Assalamualaikum dan hai semua!
17 Januari 2025 yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri sebuah acara yang sangat menarik di Kids World Expo yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre. Acara yang saya maksudkan adalah pelancaran buku cerita bertajuk 'SuperGuardian, Who?'
SuperGuardian, Who? merupakan hasil kerjasama antara Nippon Paint Malaysia dan pencipta buku terkenal tanah air, Wizard Within. Buku ini bukan sekadar cerita biasa, tetapi membawa mesej penting untuk keluarga tentang pentingnya kesihatan udara dalaman di kediaman.
![]() |
Pelancaran Buku Cerita 'SuperGuardian, Who?' Kolaborasi Nippon Paint Dan Wizard Within |
Apa Itu Buku 'SuperGuardian, Who?'
Nippon Paint Malaysia, bersama dengan Parenthood Media, telah melancarkan buku cerita SuperGuardian, Who? acara Kids World Expo. Buku ini adalah sebahagian daripada inisiatif Nippon Paint untuk membantu mengedukasi masyarakat, terutamanya ibu bapa dan kanak-kanak, mengenai kepentingan kesihatan udara di dalam rumah.
Kisah dalam buku ini cerita tentang satu watak yang bernama Ray, yang berperanan sebagai "SuperGuardian". Dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami, Ray membantu kanak-kanak dan keluarga untuk memahami bagaimana udara bersih memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan rumah.
Siri Produk AirGuardian – Keutamaan Kesihatan Udara
Buku ini juga merupakan sebahagian daripada siri produk AirGuardian yang diperkenalkan oleh Nippon Paint. Produk ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara di dalam rumah dan memastikan setiap ruang kediaman di Malaysia memiliki udara yang lebih bersih dan sihat.
Sebagai sebahagian daripada usaha Nippon Paint, SuperGuardian, Who? memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pentingnya menjaga kualiti udara dalam persekitaran rumah.
Pelancaran buku ini bukan sahaja menyajikan sebuah kisah menarik, tetapi turut memberikan gambaran awal tentang projek dan judul-judul lain yang bakal muncul dalam siri SuperGuardian ini.
Pelancaran Buku Cerita 'SuperGuardian, Who?' Kolaborasi Nippon Paint Dan Wizard Within |
Secara keseluruhannya, saya amat teruja dengan usaha-usaha seperti ini yang menggabungkan kreativiti dan kesedaran tentang kesihatan. Dengan kolaborasi antara Nippon Paint dan Wizard Within, mereka berjaya menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik.
Jadi, kepada semua ibu bapa di luar sana, saya sangat mengesyorkan untuk mendapatkan buku ini dan berkongsi kisah Ray dengan anak-anak. Ia pasti memberi impak positif kepada kesihatan mereka, serta meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya udara bersih di rumah.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan buku SuperGuardian, Who? dan jadikan kesihatan udara di rumah sebagai keutamaan korang.
Zayani Zulkiffli.
0 Comments