LG Subscribe Malaysia: Cara Baru Nikmati Water Purifier & Produk Pintar Tanpa Beli

Hai korang,

Sempena dengan Teknologi LG Malaysia 2025 Semakin Pintar Dengan “Affectionate Intelligence” yang baru saja dilancarkan pada LG Convention 2025 tempoh hari, LG juga telah memperkenalkan LG Subscribe dan produk terbaru mereka,  ATOM-U Water Purifier.

Trend rumah pintar makin berkembang di Malaysia, tapi ramai masih rasa teknologi premium ni susah nak capai. Jawapannya? LG Subscribe Malaysia. Nak penapis air terbaik tapi bajet terhad? Pun korang boleh cuba LG Subscribe. Kini korang boleh langgan produk LG premium tanpa bayar penuh.



Baru dilancarkan tahun 2025, LG ubah konsep "sewa" kepada sistem langganan pintar yang lebih fleksibel. Kini, sesiapa saja boleh nikmati produk LG tanpa bayar penuh, dari penapis air, vakum tanpa wayar, aircond pintar, hinggalah ke mesin basuh premium.

Oleh yang demikian, Malaysia kini menjadi subsidiari pertama yang melaksanakan  model sewa beli peralatan rumah secara menyeluruh, dengan menawarkan transformasi berorientasikan pelanggan yang meningkatkan akses kepada teknologi premium, tanpa beban kewangan pemilikan.


Duta Jenama LG, Lee Zii Jia

LG Electronics Malaysia baru-baru ini turut mengumumkan penjenamaan semula LG Rent-Up kepada LG Subscribe dalam satu sidang media eksklusif yang menampilkan Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Badminton Lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, yang juga merupakan Duta Jenama LG. 

Produk LG memang telah dikenali dengan status produk premium dan berkualiti dan telah menarik minat ramai pelanggan mereka, termasuklah saya sendiri. Ikutkan, banyak je produk LG yang saya gunakan dirumah seperti penapis air, televisyen, peti ais dan penapis udara.





Antara pilihan dalam langganan LG Subscribe:

⭐ LG ATOM-U Water Purifier – reka bentuk bawah sinki, jimat ruang, air bersih sentiasa on
⭐ LG CordZero Vacuum
⭐ LG ArtCool Aircond
⭐ LG WashTower

Kenapa orang suka? Sebab:
✅ Bajet fleksibel
✅ Maintenance disediakan (hingga 7 tahun)
✅ Integrasi dengan LG ThinQ – aplikasi pintar rumah

Jangan lupa untuk check out juga produk terbaru LG, ATOM-U Water Purifier yang bakal menjadi pilihan popular 2025. Dengan reka bentuk yang sleek, minimalis, dan antara water purifier terbaik di Malaysia sekarang.


LG ATOM-U Water Purifier

Nak tahu lebih? Korang boleh explore sendiri di: www.lg.com/my

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS