Assalamualaikum dan hai korang,
Dalam dunia teknologi rumah yang makin kompetitif, LG Malaysia pada tahun 2025 telah memperkenalkan teknologi terbaru mereka di LG Convention 2025 dengan konsep Affectionate Intelligence (AI) – teknologi yang bukan sekadar canggih, tapi memahami kita.
LG Malaysia perkenalkan teknologi Affectionate Intelligence di LG Convention 2025 melalui produk mereka termasukklah dari TV AI, aircond pintar, hingga peti ais LED yang boleh tukar warna.
Acara yang telah diadakan di Nexus Bangsar South, menjadi highlight utama untuk produk LG terbaru di Malaysia, termasuk TV AI, aircond pintar, dan mesin basuh AI Direct Drive (AIDD). Teknologi ni bukan je smart, tapi tahu apa yang kita perlukan tanpa kita sedar.
Dikuasakan oleh teknologi Affectionate Intelligence (AI), pameran ini menampilkan rangkaian elektronik pengguna berasaskan AI yang mengagumkan, sekali gus mengukuhkan komitmen LG sebagai Syarikat Penyelesaian Kehidupan Pintar yang mencipta teknologi yang benar-benar memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna.
Antara teknologi pintar rumah LG yang diperkenalkan:
✨ TV OLED AI-powered – paparan dan bunyi ikut suasana bilik
✨ LG DualCool AI Aircond – cooling ikut rutin & jimat tenaga
✨ Mesin basuh AIDD – kenal jenis kain & beban, cucian lebih selamat
✨ Peti Ais MoodUP – panel LED boleh tukar warna ikut mood + speaker!
✨ Healing-Me Arte Massage Chair – pemenang Red Dot Award
✨ LG Majove Dehumidifier – udara segar ikut kelembapan rumah
Dengan fokus kepada teknologi rumah pintar Malaysia, LG bawa pendekatan mesra pengguna melalui produk yang boleh disesuaikan ikut gaya hidup. Bukan sekadar automatik – tapi adaptif dan empatik.
Untuk maklumat lebih lanjut:
www.lg.com/my
Zayani Zulkiffli.
0 Comments