Pengalaman Buat Rawatan Skin Booster DNA Salmon di Cheras

Assalamualaikum dan hai korang!

Lama tak tulis tentang pengalaman saya cuba buat rawatan muka. Kalini saya nak cerita tentang pengalaman saya buat rawatan Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Lma dah saya nak cuba buat rawatan skin booster ni, tapi baru haritu ada kesempatan nak buat. Alang-alang ada promo awal tahun dan promo nak Raya. Tak rugi buat rawatan skin booster di spa muslimah di Cheras ni.

Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon ni best sebab boleh bantu kulit untuk glow dari dalam, repair skin barrier dan membantu kulit untuk buatkan anti-aging tapi nampak natural dan yang paling penting kulit pun akan nampak sihat dan glowy je lepas buat.

Pengalaman Buat Rawatan Skin Booster DNA Salmon di Cheras


Sebenarnya dah banyak kali saya cuba buat rawatan muka facial di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Spa ni memang to-go spa kalau saya nak buat facial sebab therapist semua berpengalaman dan ada sijil yang berkaitan, selain daripada harga rawatan kat sini sangat berpatutan.

Vibe spa pun saya suka sebab rasa relaxing dan mewah. Feeling macam masuk spa mahal, tapi rawatan tu tak mahal pun. Saya suka therapist pun sangat friendly dan membantu dalam consult tentang rawatan apa yang sesuai.



Tak lupa nak ucapkan tahniah kepada pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras, Puan Is’ (Dr) Mastura Bt Haji Idris diatas penganugerahan: 

🏆 Doctor of Philosophy in Business Administration in Business daripada Riviera University,
🏆 Industry Specialist ( Is.) daripada Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia;
🏆Top 100 Malaysia Trustworthy Aestheticians & Beauticians.


Macam biasa, procedure sebelum buat rawatan muka di The Beauty Expert Academy Spa Cheras adalah untuk sesi kunsultasi muka. Masa ni lah korang boleh tanya rawatan apa yang sesuai untuk jenis kulit muka semasa tu.

Macam masa saya pergi haritu, dah memang aim nak try buat rawatan skin. Tapi tak sangka ada banyak jenis serum yang boleh pakai dalam rawatan ni. Masa ni beautician akan recommend serum apa yang paling sesuai mengikut condition kulit korang pada masa tu.





Untuk kulit saya, beautician recommend untuk cuba serum Rejuvenex Hydro Essence sebab nak bantu kulit nampak glowing dan nak make sure kulit lebih hydrate. Ikut scan tu kulit saya tak ada banyak masalah sangat selain daripada tak cukup air dan rehat.

Apa Sebenarnya Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon Ni?

Rawatan ni sebenarnya berasaskan PDRN (Polydeoxyribonucleotide) yang diekstrak daripada DNA ikan salmon. DNA salmon ni hampir menyerupai DNA manusia, sebab tu ia lebih serasi dan selamat untuk kulit.

Walaupun orang selalu panggil “stem cell”, dia tak pakai sel stem hidup, tapi pakai bio-stimulator, yang bantu kulit kita untuk:
✅ Repair sel yang rosak;
✅ Rangsang kolagen;
✅ Tingkatkan hidrasi;
✅ Baiki skin barrier.

Jenis Rawatan Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Injection Skin Booster: Terus masuk ke lapisan kulit untuk hasil lebih cepat dan ketara. Ada downtime 1-2 hari sebab kesan cucuk jarum.

② Micro Stem Cell Booster (Machine): Pakai mesin yang lebih gentle dan sesuai untuk yang nak minimal dan hasil pun instant.

Walaupun result dan tujuannya sama, tapi of course lah kalau korang ambil yang jenis injection tu lebih berkesan dan lebih cepat effect dia. Tapi kalau takut jarum macam saya, boleh buat ikut mesih je, memang tak sakit dan tiada downtime.

Injection Skin Booster di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Kelebihan Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon

Antara manfaat skin booster yang saya suka dalam rawatan ni:

⭐ Kulit rasa lebih lembap; 
⭐ Skin baririer rasa lebih sihat; 
⭐ Boleh bantu meransang pengeluaran kolagen di kulit muka;
⭐ Rawatan ni bantu mengurangkan garisan halus di muka;
⭐ Pori dan tekstur kulit muka lebih licin; 
⭐ Bantu rawat kawasan bekas jerawat.

Siapa Sesuai Buat Rawatan Ni?

Rawatan ni sesuai untuk:

⭐ Kulit kusam dan kering;
⭐ Umur 25 tahun ke atas (prevention aging);
⭐ Kulit sensitif;
⭐ Mereka yang nak anti-aging tanpa nampak over.

Rawatan skin booster ni tak digalakkan untuk mereka yang hamil, individu dengan jangkitan kulit aktif seperti jerawat tengah aktif dan yang ada alahan dengan seafood.



Pengalaman Saya Buat Skin Booster DNA Salmon

Overall saya suka dengan rawatan ni sebab boleh nampak kesan kulit nampak dan rasa lebih sihat dan lembap selepasa rawatan. Buat rawatan kat sini pun bukan semata-mata letak serum je, tapi ada pakej step rawatan dia bermula dengan bersihkan muka sampailah habis dengan pemakaian sunscreen.

Untuk saya, saya pilih buat rawatan ini dengan teknik Micro Stem Cell Booster yang menggunakan mesin untuk bantu penyerapan serum kedalam kulit. Teknik ni memang tak sakit langsung, sesuai lah dengan orang macam saya yang takut jarum. Haha.

Pengalaman Buat Skin Booster di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Berbaloi Ke Buat Skin Booster DNA Salmon di Cheras?

Untuk saya, yes sebab saya memang nampak perubahan dari segi hydration dan skin texture.Kalau nak perubahan drastik overnight, mungkin ini bukan rawatan yang paling cepat. 

Tapi kalau nak:
✔ Kulit sihat dari dalam
✔ Glow natural
✔ Anti-aging tanpa nampak fake
✔ Servis Muslimah friendly
✔ Harga berpatutan dengan servis

Memang berbaloi untuk consider especially kalau duduk area Cheras atau Bandar Tun Hussein Onn, memang convenient sangat. Korang boleh check out sosial media The Beauty Expert Academy Spa Cheras untuk promosi terkini.

Sebelum dan Selepas Buat Rawatan Skin Booster DNA Salmon di Cheras


Waktu operasi The Beauty Expert Academy Spa: 
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM)

The Beauty Expert Academy Spa Cheras
No 14B, Jalan Suadamai 1/2, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.
Contact: 03-95497094/ 013-2576447

Website: thebeautyexpertaesthetic.carrd.co
IG: www.instagram.com/thebeautyexpertcheras
FB: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
TikTok 1: www.tiktok.com/@thebeautyexpertacademy88
TikTok 2: www.tiktok.com/@beautyaestheticclass 


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS