Hello korang!
Kalau dulu air fryer sekadar alternatif “goreng tanpa minyak”, sekarang rasanya dapur moden dah masuk fasa baru.
Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri pelancaran rasmi Philips Airfryer 5000 Series di Kuala Lumpur, dan ini jujurnya antara appliance yang paling buat saya fikir, “Okay, ini memang next level.”
Dalam blogpost ini, saya nak share Philips Airfryer 5000 Series review dari pengalaman tengok demo secara live, cuba sendiri, dan kenapa model ini nampak macam betul-betul redefine cara kita masak di rumah.
Apa Yang Buat Philips Airfryer 5000 Series Lain Dari Air Fryer Biasa?
Selama ini kita biasa dengan fungsi airfry sahaja. Tapi model ini gabungkan:
✅ Steam;
✅ Airfry;
✅ SteamFry;
✅ Steam Clean.
Dalam satu mesin. Yes, satu sahaja.
Teknologi utama yang digunakan ialah RapidAir™ Technology, yang bantu masakan jadi rangup di luar tanpa burn spot, tapi masih juicy di dalam. Yang buat saya paling impressed ialah fungsi SteamFry.
Gabungan wap dan udara panas tu buat tekstur makanan jadi lebih seimbang. Tak terlalu kering, tak terlalu berminyak. Kalau sebelum ini masalah utama air fryer ialah makanan jadi sedikit kering, fungsi steam ni memang solve isu tu.
Saiz 7.2L – Memang Untuk Family Malaysia
Dengan kapasiti 7.2L, model ini memang sesuai untuk keluarga.Senang dan cepat nak guna sebab dah tak perlu masak batch kecil-kecil. Nak letak ayam seekor pun boleh muat.
Untuk working parents yang balik kerja dah penat, appliance macam ini memang membantu:
✔ Masak cepat
✔ Kurang minyak
✔ Kurang pinggan mangkuk nak dibasuh
✔ Jimat ruang sebab tak perlu banyak mesin
Live Demo Yang Betul-Betul Tunjuk Perbezaan
Majlis pelancaran ni bukan sekadar display produk, siap ada live cooking demonstration oleh Shafique Cute, yang tunjuk sendiri bagaimana SteamFry bantu kekalkan nutrien dan tekstur makanan.
Lepas itu ada SteamFry Showdown yang dikendalikan oleh Chef Sarah Huang Benjamin, part ini paling fun sebab kita dapat tengok sendiri versatility mesin ni bila diuji oleh beberapa team berbeza.
Apa yang jelas: Masakan memang nampak lebih moist, lebih premium dan tak kering seperti air fryer generasi lama.
Philips Airfryer 5000 Series Review: Fungsi Utama Yang Perlu Tahu
Untuk yang tengah buat research sebelum beli, ini antara fungsi penting:
1️⃣ Rapid Air Technology: Masakan masak sekata tanpa bahagian hangus. Haba diedarkan dengan lebih konsisten.
2️⃣ Steam Function: Bantu kekalkan kelembapan dan nutrien dalam makanan. Sesuai untuk ayam, ikan, sayur.
3️⃣ SteamFry Function: Gabungan wap + air panas untuk hasil luar rangup, dalam juicy.
4️⃣ Steam Clean: Ini antara feature paling underrated. Steam digunakan untuk longgarkan grease supaya lebih mudah dibersihkan. Tak perlu lagi scrub kuat-kuat.
Siapa Sesuai Beli Philips Airfryer 5000 Series?
Berdasarkan pemerhatian saya, model ini sesuai untuk:
⭐ Keluarga 3-6 orang;
⭐ Working parents;
⭐ Yang nak masak lebih sihat;
⭐ Yang selalu struggle dengan makanan kering dalam air fryer;
⭐ Yang nak satu mesin multi-function.
Kalau jenis jarang masak atau tinggal seorang, mungkin kapasiti 7.2L agak besar. Tapi untuk keluarga, memang practical.
Kesimpulan: Philips Airfryer 5000 Series Review
Dalam kategori Philips Airfryer 5000 Series review, saya rasa kekuatan utama model ini ialah kombinasi steam dan airfry. Pasaran Malaysia memang banyak air fryer sekarang, tapi model yang ada fungsi steam dalam satu mesin masih belum banyak.
Itu yang buatkan Philips Airfryer 5000 Series ni stand out dan berbaloi kalau nak beli.
Secara keseluruhan, dalam kategori Philips Airfryer 5000 Series review, saya boleh katakan ini antara model paling advanced yang pernah diperkenalkan di Malaysia setakat ini.
Ia bukan sekadar air fryer. Ia cuba ubah cara kita melihat “home cooking”, dari sekadar cepat dan kurang minyak, kepada lebih berkualiti, lebih moist dan lebih versatile.
Kalau anda sedang mencari air fryer dengan steam function di Malaysia dan mahukan sesuatu yang lebih dari biasa, model ini memang patut masuk dalam shortlist.
Harga & Di Mana Boleh Beli?
Untuk yang tertanya-tanya tentang harga, berita baiknya, Philips Airfryer 5000 Series kini sudah tersedia di pasaran Malaysia bermula dari RM799. Model ini boleh didapati secara rasmi di semua outlet Harvey Norman di seluruh negara.
Zayani Zulkiffli.











0 Comments