Assalamualaikum dan hai korang!
Lama dah sejak saya bersalin tak pernah pergi event, tapi bersempena dengan World Breastfeeding Month 2026, rasanya special kalau saya hadir support event ni sebab sekarang saya juga merupakan seorang ibu yang menyusukan anak.
Pada 18 Ogos yang lalu, saya dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran "Empowering Every Mother’s Journey" yang telah dianjurkan oleh Toshiba Lifestyle Malaysia untuk menyokong usaha penyusuan susu ibu secara eksklusif .
Acara ini juga dianjurkan untuk meraikan pengiktirafan terhadap sumbangan Toshiba Lifestyle Malaysia daripada Parenthood Records bagi kategori "Sumbangan Peralatan Rumah Terbanyak kepada Pusat Penjagaan Selepas Bersalin". Tahniah saya ucapkan.
Acara ini merupakan sebuah inisiatif untuk memberi inspirasi dan memperkasakan para ibu menerusi forum perbincangan yang sangat berinformasi dengan memperkukuh kesedaran dan menyokong para ibu sepanjang perjalanan penyusuan mereka serta menyokong kesejahteraan ibu dan bayi baru lahir.
Menariknya di acara ini, Toshiba turut menganjurkan forum perkongsian khas untuk menyokong penyusuan ibu dengan menjemput panelist seperti YB Yeo Bee Yin (Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.), Elizabeth Richard (Perunding Laktasi Bertauliah & Pakar Penjagaan Bayi) dan Natasha Hudson (model, penggiat seni seramik dan pejuang kesejahteraan).
![]() |
| Dari kiri: Nani Roslan (Emcee), YB Yeo Bee Yin, Elizabeth Richard, Natasha Hudson. |
Bersempena dengan inisiatif untuk menyokong penyusuan ibu, Toshiba Lifestyle Malaysia turut menyumbangkan pelbagai perkakas rumah termasuklah peti sejuk, mesin basuh, mesin pengering dan mesin pencuci pinggan mangkuk kepada The Nesting Place Confinement Centre, Kimporo Postnatal Rejuvenation Centre, dan LYC Mother & Child Centre, dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM60,000.
Peti sejuk yang disumbangkan juga berupaya menyokong penyimpanan susu ibu yang diperah secara selamat dan bersih, manakala perkakas rumah yang lain dapat membantu meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada para ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang.
Ramai yang tahu bahawa Toshiba merupakan sebuah jenama peralatan rumah dan elektronik yang telah wujud sejak dari tahun 1875 lagi, Toshiba merupakan peneraju yang dipercayai di peringkat global.
Kini Toshiba terus membantu ibu bapa dengan mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat, selamat dan selesa untuk keluarga. Sebagai jenama peralatan rumah paling dipercayai untuk kesejahteraan bayi baru lahir, Toshiba kekal komited untuk mewujudkan perkakas yang inovatif untuk membantu menyokong keluarga.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Toshiba Lifestyle Malaysia yang telah menerima anugerah daripada Parenthood Records bagi kategori "Sumbangan Peralatan Rumah Terbanyak kepada Pusat Penjagaan Selepas Bersalin" dengan sumbangan mereka.
⭐ DIY Breastmilk Soap Making
⭐ Liquid Gold Candle
⭐ Breastmilk Resin Jewellery Making
Selain itu, ada juga sample makanan yang dimasak menggunakan perkakas dapur oleh Toshiba dan menu yang dicipta dengan inspirasi susu ibu.
Healthy dan sedap betul resepi Berry Banana Milk Smoothie, Cantonese Style Steamed Egg with Grilled Salmon dan Milky Spanish & Shimeji Salmon Soup. Paling penting cara nak masak pun nampak mudah dengan bantuan alat dapur Toshiba.
![]() |
| Group photo first event Aidan - behave sangat baby saya ni kat event ^_^ |
Terima kasih Toshiba Lifestyle Malaysia dan Parenthood sebab jemput Aidan dan saya hadir ke majlis ni. Saya mewakili ibu-ibu mengucapkan terima kasih sebab banyak bantu dan menyokong penyusuan ibu dengan adanya perkakas rumah Toshiba.
Toshiba Lifestyle Malaysia
Website: www.toshiba-lifestyle.com/my
Zayani Zulkiffli.

















0 Comments