Wednesday, July 18, 2018

Akan Datang: Shopee Electronics Expo 23-26 Julai 2018

Hai dan salam sejahtera korang,

Siapa yang tak kenal dengan platform e-dagang yang popular di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee. Dengar cerita deorang nak lancarkan Shopee Electronics Expo/ Ekspo Elektronik Shopee yang menawarkan Jaminan Harga Terendah (LPG). 

Expo ini akan berlangsung pada 23- 26 Julai 2018 nanti. Kat mana lagi nak dapatkan diskaun sehingga 90% untuk barangan elektronik dengan lebih daripada 1000 produk elektronik yang terpilih. Jangan lupa untuk tanda kalendar korang tau!



Cari je jenama barangan elektronik yang korang nak, ada lebih daripada 20 jenama elektronik yang terlibat dalam expo terbesar online ni. Antara jenama yang terlibat termasuklah: Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi.

Berita yang lagi awesome untuk korang yang tengah survey nak beli telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori, degar cerita ada lebih daripada 1000 produk kategori ini yang boleh dibeli dengan diskaun sehingga 90% !



Promosi Menarik pada 23-26 Julai 2018:

Jangan lupa untuk buka laman web Shopee pada 23 Julai nanti sebab deorang ada buat Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. 

Paling penting korang kena tengok sales pada jam 12AM, 9AM, 12PM, 4PM dan 8PM pada keempat-empat hari ini sebab deorang akan tawarkan beberapa tawaran jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. 

Yang tengah mencari aksesori komputer seperti keyboard dan wireless mouse daripada Logitech memang kena tengok sales ni. Selain tu, Headphones jenama Marshall pun ada tau. Kat mana nak dapat sales jenama ni dengan harga murah. 


Selain daripada jualan Shocking Sale pada 5 masa setiap hari, korang juga boleh dapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan pilih dua jenama elektronik popular dengan barisan produk pada harga menarik. 

Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. 

Tak dilupakan juga kepada yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh usha kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. 



Selain daripada tawaran harga murah gila pada expo dalam talian di laman web Shopee, mereka juga akan melancarkan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai khas untuk pengikut mereka di Facebook: www.facebook.com/ShopeeMY/

Cara nak sertai mudah je, hanya perlu cari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam shopping cart, dan tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. 

Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Sales di Shopee bermula dari 16 Julai 2018 di:
Website: shopee.com.my/m/electronics-expo 
Muat turun aplikasi Shopee di App Store atau Google Play. 

Love,

1 comment:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^