Review Makan Steamboat & BBQ di Pak John AEON Mall Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!

Kalau orang tanya saya, kat mana nak makan steamboat dan BBQ yang Halal? Saya akan terus recommend Pak John Steamboat & BBQ. Lagi yakin sebab pada 5 Januari 2015, Pak John telahpun mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM.

Selain daripada itu, saya juga suka makan di Pak John sebab pilihan buffet Steamboat dan BBQ yang banyak pilihan, harga yang sangat berpatutan, dengan seleksi pilihan lokasi yang banyak dan juga korang boleh makan sebanyak mana yang korang nak.

Kalini, saya bawa family: Abah, Mama, Mak dan husband untuk family day out makan di cawangan terbaru Pak John yang terletak di dalam AEON Mall Shah Alam. Cawangan kalini special sebab dah ada Dim Sum.


Pak John Steamboat & BBQ ditubuhkan pada tahun 2015 dengan visi dan misi untuk memberikan perkhidmatan makanan yang lazat dan memuaskan hati semua pelanggan yang datang ke restoran mereka.

Sehingga ke hari ini, Restoran Pak John dah ada 5 outlet diseluruh Malaysia, ditambah pula dengan pensijilan Halal oleh JAKIM, maka lebih yakin la kita orang Islam nak makan disini.

5 buah outlet Pak John Steamboat & BBQ:
📍 Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat IOI City Mall
📍 Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall Kota Bharu
📍 Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Tropicana Gardens Mall
📍 Pak John Steamboat & BBQ Great Eastern Mall
📍 Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall Shah Alam


Review Makan Steamboat & BBQ di Pak John AEON Mall Shah Alam


Pertama kali kami singgah ke cawangan ke-5 Pak John di AEON Mall Shah Alam sebab memang ada kat area tu haritu. Kebetulan pula memang tengah lapar semua, makanya steamboat dan BBQ memang menjadi pilihan. Lepas tu lama dah plan nak bawa family makan buffet steamboat dan BBQ ni.

Cawangan Pak John AEON Mall Shah Alam terletak di tingkat 1, memang mudah je nak jumpa sebab besar kawasan restoran dia. Seating boleh pilih nak duduk kat dalam - which is lebih dekat dengan tempat buffet ambil makanan, ataupun suka nak duduk di luar - lebih luas.



Lama dah tak makan kat Pak John, dah banyak pembaharuan yang deorang buat. Lepas je bayar, harga ikut per person, dengan tempoh masa selama 120 minit setiap sesi makan, korang boleh menikmati buffet makan sebanyak mana yang korang nak.

Nota: Kanak-kanak 6 tahun kebawah boleh makan secara percuma, dengan syarat ada orang dewasa yang berbayar makan sekali.

Pelanggan juga diberikan pilihan untuk pilih antara 6 jenis sup untuk steamboat. Korang boleh pilih maksima 2 sup, tapi kalau sup dah habis, boleh je nak request sup lain kalau teringin nak rasa lain.

6 jenis sup di Pak John AEON Mall Shah Alam:
🏵️ Sup Udang
🏵️ Sup Tomyum - Selalunya kami pilih ni, easy choice.
🏵️ Sup Ikan - Paling saya suka!
🏵️ Sup Kimchi - Something yang unik.
🏵️ Sup Ayam
🏵️ Sup Kari



Dengan lebih daripada 160 pilihan menu makanan untuk korang pilih kalau nak masak steamboat atau barbeku seperti seperti daging, ayam, makanan laut, sayur-sayuran, ulam-ulaman, sos pencicah, makanan ringan dan banyak lagi! 

Menu di Pak John memang fresh, dimasak dan dihidangkan hanya dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. Bukan tu saja, pilihan pun banyak yang something new dan yang bukan boleh dapat kat restoran makanan steamboat dan BBQ yang lain.

Paling best, seleksi seafood makanan laut kat sini banyak sungguh. Ada udang, sotong, ketam, dan pelbagai jenis kerang, lala, scallop dan banyak lagi!




Lepas tu, korang wajib juga cuba frozen steamboat food dia sebab Pak John pakai jenama special yang deorang bawa masuk. Rasa tak macam kalau korang beli kat luar yang kebanyakan rasa macam tepung je, ini rasa memang sedap.

Sayur-sayuran pun banyak pilihan dan fresh tak layu semua. Tips saya, kalau makan banyak daging, make sure makan sayur juga untuk balancekan rasa, kalau tidak memang akan cepat muak dan kalau ada sayur tu, rasa healthy la sikit kan. Haha.




Untuk seleksi BBQ panggang, memang rambang perut dibuatnya untuk pilih apa nak makan. Pak John hidangkan menu daging marinate pelbagai pilihan untuk korang pilih. Daripada ayam, daging, ikan, seafoood seperti sotong, kerang dan udang pun ada.

Antara menu marinate yang special yang saya recommend untuk korang cuba adalah:
➙ Salted egg chicken
➙ Garlic pepper chicken
➙ Ginger beef/ chicken
➙ Honey chicken
➙ Spicy beef/ chicken



Kalau korang perasan, tak seperti di outlet lain, di Pak John AEON Mall Shah Alam korang akan dapat menikmati seleksi daging, itik, kambing, dan ayam yang premium sebanyak mana yang korang nak tanpa sebarang cas tambahan.

Cumanya, ambil banyak mana yang korang boleh makan, jangan membazir. Jangan risau, tak habis pun stock, deorang akan sentiasa topup dan restock kalau makanan dah habis, so kalau habis, korang minta je, memang akan ada deorang bagi.




Selain daripada seleksi menu untuk steamboat, BBQ dan dim sum, di Pak John juga ada menu goreng dan berkarbohidrat untuk mereka yang tak boleh hidup tanpa nasi atau mee. Sama juga dengan Faeez sebab kalau tak makan nasi atau mee, memang tak kenyang nanti.

Di Pak John, korang boleh pilih menu bergoreng macam nasi goreng atau mee goreng, atau korang boleh rebus mi/mee sendiri. Antara pilihan mi kering yang ada termasuklah bihun, mee kuning, ramen, udon, soba, pok.




Macam tak sah pula kalau makan steamboat dan BBQ tanpa sos kan. Saya rasa amazing sangat dengan Pak John, sebab antara kekuatan mereka adalah, mereka dapat hidangkan pelbagai pilihan sos untuk pelanggan mereka.

Tapi yang special, ada staff kongsikan resepi sos yang special, so saya nak kongsi dengan korang resepi ni. Resepi sos Pak John ni yang paling sedap dan sesuai makan dengan steamboat dan BBQ.

Resepi sos viral Pak John Steamboat & BBQ:
➤ Spicy thai, shimp, hot sour, sweet sauce, green chili, spring onion, fried onion, oil and garlic, salt.
- Jangan lupa cuba campurkan resepi sos ni kalau korang datang makan di Pak John tau!



Macam Faeez dan saya memang dah banyak kali makan buffet steamboat dan BBQ Halal di Pak John, tapi kalini sebab bawa Abah dan Mama sekali untuk deorang pertama kali makan. Deorang memang happy dah sangat berpuas hati dengan harga dan seleksi makanan yang ada.

Jarang tengok abah menambah makanan, seriously, dia memang cuba semua makanan yang ada. Kejap-kejap bangun ambil seafood, kejap lagi ambil ice cream pulak, lepas tu ambil pudding, buah-buahan, dan banyak lagi lah.

Mak pula excited dapat makan daging dan itik premium unlimited. Tempat memanggang tu memang penuh dengan daging premium je, sedap, lembut sebab nipis je deorang slice tu. Premium pula memang tanpa sebarang marinate, jadi lagi layan la.



Di semua cawangan Pak John, bukan sahaja di Pak John AEON Mall Shah Alam bukan sahaja ada lebih daripada 160 jenis makanan untuk steamboat dan BBQ untuk korang makan sepuas-puasnya, tapi juga ada banyak makanan goreng dan kaunter makanan ringan dan desserts.

Antaranya termasuklah:
🧇 Kaunter waffle,
🍍  Buah-buahan,
🍮 Puding dan dadih,
🍰 Seleksi kek,
🍦  Ice cream,
🍨 Ais Kacang,
🥙 dan of course, Dim Sum!



Pak John AEON Mall Shah Alam merupakan antara cawangan Pak John yang dah mula menghidangkan Dim Sum. Yang peminat, atau yang tak pernah makan dim sum, mesti kena cuba at least 1 dim sum kat sini.

Ada banyak pilihan daripada yang ayam, daging sampailah yang jenis vegetarian, dan pastinya semua dim sum pun dijamin Halal, InshaAllah. Tips, makan dim sum, cicah pula dengan sos yang special tadi, lagi sedap >.<




Harga buffet Makan di Pak John AEON Shah Alam

⭐ Makan tengah hari (11am-5pm):
Dewasa RM53.90/ Warga emas, OKU, pelajar RM44.90/Kanak-kanak RM31.90

⭐ Makan malam (5pm-11pm):
Dewasa RM65.90/ Warga emas, OKU, pelajar RM49.90/Kanak-kanak RM33.90

⭐ Sabtu/ Ahad/ Cuti sekolah (11am-11pm):
Dewasa RM73.90/ Warga emas, OKU, pelajar RM63.90/Kanak-kanak RM38.90

Pak John Shah Alam
F07&08, First Floor, AEON Mall Shah Alam,
1, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor.

Instagram: www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq
Facebook: www.facebook.com/pakjohn.ytf

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

6 Comments

Ruby said…
Rindu Pak John. Last makan di Pak John 2017. Lama giler. Hahahaha. Akak suka pergi cawangan e@Curve. Nanti nak pergi lah kat cawangan terkini mereka.
Rawlins GLAM said…
I memang suka mai Pak John sebab semuanya ada dan makanannya banyak pilihan. Terkini, yang dekat Eastern Mall Ampang tu best sebab ada bilik karock.
Bae Roslan said…
banyak pilihan. lama tak makan steamboat. tengok ramai kawan2 dok share pasal pak john ni. nnti nak try
Sunshine Kelly said…
Wow best nyer, I like to eat there too. Lots of ingredients to choose and fresh.
仙妮 said…
When I read this making me miss my steamboat time at Pak John way before pandemic, time to revisit la. Cheers Siennylovesdrawing
Rolling Grace said…
This looks absolutely delicious! i tried the steamboat here before and i loved it! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant at any time of the day.

FOLLOWERS