Monday, October 29, 2018

Terengganu Part 1: Kuala Terengganu

Hai dan Assalamualaikum korang,

Seumur hidup saya, baru beberapa kali saya ke Terengganu tapi tak pernah sekali pun saya teroka apa yang menarik di Kuala Terengganu.

Terengganu sebenarnya kaya dengan budaya, senibina dan warisan Islam. Bagus Sultan dan kerajaan negeri sebab berjaya jadikan Terengganu negeri contoh Islam. Masa jalan haritu, banyak masjid yang saya jumpa kat sini. Boleh kata setiap 1-2 KM ada masjid.

Jemput baca dengan lebih lanjut tentang apa yang menarik di Kuala Terengganu.



Sarapan di Warong Norazila Kuala Ibai

Tak sahlah kalau singgah ke Terengganu tapi tak cuba makanan asli disini. Nasi dagang merupakan antara menu popular untuk sarapan pagi bagi mereka yang menetap di Terengganu dan harga dia sangatlah murah. RM3 dah boleh dapat 1 set Nasi Dagang.

Sebenarnya, pertama kali juga saya makan Nasi Dagang. Memula tu macam taknak cuba, tapi nak tahu kenapa orang Terengganu suka makan, maka saya cuba. Ya Allah, sedap! 

Rupanya nasi dagang menggunakan campuran beras dan pulut serta dihidangkan dengan kuah gulai ikan tongkol atau orang kat sini panggil ikan aye. Selain Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Gulai Ayam juga menjadi pilihan untuk bersarapan.





Waktu operasi:
Setiap hari: 8AM-13PM dan 5.30PM-12AM


Taman Monumen (Taman Tamadun Islam)

Untuk yang suka tahu tentang sejarah, senirekabentuk dan kebudayaan Islam, sesuai sangatlah korang datang ke Taman Monumen.Luas tempat ni, kalau penat berjalan, boleh naik trem RM5.50.

Memang agak popular taman ini. Menarik sebab Taman Monumen ini menyimpan 22 replika monumen Islam terkenal dan 1 kincir angin daripada 21 negara di dunia. Hampir 71% proses pembinaan adalah hasil tangan anak tempatan tau.

Selain daripada Masjid Kristal yang ada kawasan Taman Tamadun Islam, korang juga boleh jumpa replika monumen yang dibina mengikut skala dari 1:1.7 hingga 1:22 seperti Masjid Xian China, Masjid Al Hambra Sepanyol, Tugu Kompleks Suleyman Turki, Taj Mahal India dan banyak lagi.


Masjidil Haram, Arab Saudi


Masjid Kul Sharif, Kazan, Russia


 Masjid Besar Samara, Iraq


 Masjid Besar Agadez, Niger

Kubah As-Sakhrah, Palestin

Kagum betul dengan rekabina dan penelitian setiap design dan dinding masjid ni. Kalau korang tengok, disini, ambil gambar orang tak tahu pun yang itu sebenarnya replika sahaja. Dahla banggunan miniature ni besar-besar.

Ada beberapa tarikan interaktif disini yang membolehkan korang belajar dan lihat didalam banggunan itu dengan lebih teliti. Contoh macam di Kubah As-Sakhrah yang terletak di Palestin. Tahukan ada yang batu tergantung tu, disini korang boleh lihat detail dia.


 

Waktu operasi: 
Isnin, Rabu-Khamis: 10AM- 7PM
Jumaat-Ahad, Cuti Umum: 9AM- 7PM
Tutup pada hari Selasa.

Bayaran Masuk: RM16 (Dewasa), RM11 (Kanak-kanak/ Warga emas)


TTI River Cruise (Taman Tamadun Islam)

Dah datang ke Taman Tamadun Islam, macam rugi pulak kalau tak naik cruise dan teroka keindahan alam semulajadi dengan menyelusuri Sungai Terengganu. Laluan cruise ini akan membawa kita untuk mengelilingi seluruh Pulau Wan Man.

Ada 16 tarikan utama yang cruise ini akan bawa kita. Antaranya ialah: Pulau Sekati, Bukit Datu, Kampung Seberang Tuan Chik, Jambatan Sultan Mahmud, Pulau Haji Siah, Pulau Api, Seberang Takir, Monsoon Cup, Pulau Duyung, Pasar Payang, Pelabuhan Ikan dan Pengkalan Keropok.

Tempoh yang akan diambil dari bermula cruise hingga sampai semula ke permulaan di Jeti Tok Ku Paloh adalah lebih kurang 45minit.





Waktu operasi: 
Isnin, Rabu-Khamis: 10AM- 7PM
Jumaat-Ahad, Cuti Umum: 9AM- 7PM
Tutup pada hari Selasa.

Bayaran Masuk: RM21.80 (Dewasa), RM15.80 (Kanak-kanak/ Warga emas)


 Masjid Kristal (Taman Tamadun Islam)

Bangga bila tahu di Malaysia ada masjid yang tercantik di Asia. Sebenarnya, walaupun nama masjid ni Masjid Kristal, tapi masjid ini dibina dengan menggunakan kaca. Yang kristal tu hanya terdapat pada 5 kubah tertinggi disitu. Kalau pergi sana, memang boleh nampak.

Berkeluasan sebesar 2000 meter persegi masjid ini dapat tampung lebih kurang 700 jemaah pada satu-satu masa. Memang cantik tua masjid ni. Kalau waktu siang nampak warna dia macam kuning-coklat macam tu, bila malam pulak, ada cahaya lampu berwarna-warni yang akan hias masjid ni. 

Tapi saya sebab Masjid Kristal ini sekarang banyak digunakan dengan tujuan pelancongan dan bukan ibadah. Mungkin sebab lokasi dia macam jauh daripada kawasan rumah orang kot.



Kubah kat dalam yang boleh nampak kristal


Taman Tamadun Islam (TTI)
Add: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Contact: 09-6278888
Website: www.tti.com.my


Chinatown & Pasar Payang

Kalau datang Kuala Terengganu, yang pertama mesti fikir nak shopping hasil laut kan. Sebelum saya datang kesini pun ibu dan mertua saya dah pesan siap-siap yang mereka nak keropok ikan parang dan tamban yang popular kat sini.

Banyak hasil laut yang murah belaka disini. Standard boleh dapat keropok ikan parang yang kualitinya bagus dalam harga RM18. Selain daripada hasil laut, korang juga boleh jumpa kuih dan makanan tradisi seperti dodol dan jeruk kat sini.



Waktu operasi: 
Setiap hari: 9AM- 6PM

Pasar Payang & Chinatown
Jalan Kampung Daik & Jalan Kampung Cina,
20220 Kuala Terengganu, Terengganu.


Noor Arfa Craft Complex

Kalau kat Kuala Terengganu, pusat kraf yang paling popular adalah Nor Arfa Craft Complex. Kompleks ini bukan sahaja menjual hasil tangan tradisional seperti batik, kain tenun dan kraf, malah pengunjung juga dapat merasa pengalaman untuk mencanting batik sendiri.

Masa saya pergi haritu, siap ada demonstrasi anyaman songket, kraf kaca, batik dan anyaman mengkuang. Paling menarik sekali, saya juga dapat tengok macam mana proses untuk membuat blok bentuk untuk cop stem batik.


Demo kraf kaca di Noor Arfa Craft Complex

Demo anyaman mengkuang di Noor Arfa Craft Complex


Waktu operasi: 
Setiap hari: 9AM- 6PM

Noor Arfa Craft Complex
Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Contact: 09-617 9700


Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

Primula Beach Resort merupakan hotel 4 bintang yang terletak di Kuala Terengganu. Apa yang saya suka tentang hotel ini adalah kerana bilik dia menghadap Laut China Selatan. Lagi best, bilik saya pula menghadap tambak laut.

Hotel ini ada lebih kurang 245 bilik. Memang kalau datang ke Kuala Terengganu lagi, saya akan tidur kat sini je sebab hotel bersih, dekat dengan banyak lokasi tarikan pelancong dan murah. Bilik pun besar dan korang boleh minta tilam tambahan.

Datang sini boleh lengggang sahaja. Kemudahanan asas seperti sabun, syampu, lotion, tuala, pengering rambut, seterika set teh dan kopi, malah sejadah dan telekung pun disediakan kalau minta.







Harga bilik bermula dari: RM175.00++

Primula Beach Resort
Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Contact: 09-622 2100



Overall saya memang berpuas hati dengan trip saya ke Kuala Terengganu. Sebenarnya banyak lagi lokasi yang saya tak lawati. Lain kali saya ke Terengganu, saya akan explore kawasan tarikan dan hasil kraf yang lain pula.

Terima kasih kepada pihak Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) kerana menjemput saya untuk sertai program MITA Tourism Productivity Day & Showcasing Tourism Products di bawah projek Tourism Productivity Nexus.


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^