Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom teroka apa yang menarik yang korang kena buat kalau sampai ke Bagan Datuk, Perak.
Lebihan hasil halus sabut dijadikan baja dan dipek dalam guni macam ini untuk dijual kepada peniaga dan pemborong. Rupa tanah baja tu macam tanah warna coklat yang digunakan dalam beg polinasi untuk tanam benih atau anak pokok.
Tetiba teringan lagu Bagan Datuk, nyanyian Yasin, Dato' M Daud Kilau, Altimet, Ramli Rebana & Firlany Malik. Comel je lagu ni, cuba korang dengar jugak.
Entry ini diterbitkan sempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri 5 - Edisi Bagan Datuk anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.
Till then,
Baru-baru ini saya sempat bercuti ke Bagan Datuk sambil meneroka apa yang menarik disekitar kawasan wilayah ke-12 di Perak ni. Jarang kita dengar cerita tentang Bagan Datuk walaupun daerah ini pernah popular dengan industri kelapa suatu masa dahulu.
Menarik bila dengar ucapan daripada wakil rakyat Bagan Datuk, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang nak membangunkan daerah Bagan Datuk menjadi satu industri agro pelancongan di Malaysia.
Homestay Pak Ngah
Alamat: Pasang Api, Bagan Datuk, Perak
Contact: 019-3059623
Kalau datang ke Bagan Datuk, paling wajib untuk tidur kat sini sekurang-kurangnya 1 malam untuk merasa suasa kampung dan supaya korang boleh explore industri agro berasaskan kelapa disini. Penat kami dari Kuala Lumpur dan singgah ke kilang kelapa.
Homestay Pak Ngah boleh disewa dengan harga RM200 untuk satu rumah yang ada 3 bilik (2 bilik aircond, 1 bilik kipas). Homestay yang dilengkapi dengan ruang tamu yang luas dan dapur ini sebenarnya boleh memuatkan sekurang-kurangnya 10 orang, kalau ada tilam extra.
Tok Moh Tom Yam
Restoran Tok Moh Tom Yam menghidangkan pelbagai pilihan menu bermula daripada masakan Melayu, Thai dan ada juga masakan barat. Bayangkan banyaknya menu kat sini, segala mee dan bihun pun ada tahu.
Restoran yang baru sahaja dibuka ini buka pada setiap hari dari jam 5 petang sehingga 1 pagi. Sesuai sangat kalau bermalam,dan makan kat sini sebab kedai makan yang menghidangkan makan malam di Bagan Datuk tak banyak.
Restoran yang baru sahaja dibuka ini buka pada setiap hari dari jam 5 petang sehingga 1 pagi. Sesuai sangat kalau bermalam,dan makan kat sini sebab kedai makan yang menghidangkan makan malam di Bagan Datuk tak banyak.
Waterfront Bagan Datuk (WBD)
Alamat: Jeti Bagan Datoh, Bagan Datuk, Perak
Tak sah kalau datang ke Bagan Datuk tapi tak singgah ke Waterfront Bagan Datuk. Waterfront ini baru sahaja dibuka kepada orang awam untuk melawat dan berekreasi disini. Tapak melepak orang awam yang terbesar di Bagan Datuk ini antara lokasi yang korang kena datang kalau ke sini.
Lokasi dia lebih kurang macam di Presint 2, Putrajaya, tapi bersebelahan dengan laut. Ada banyak aktiviti keluarga yang menarik kat sini macam naik basikal, main kasut roda dan main kereta kanak-kanak.
Makanan? Jangan cakap lah, berlambak food stall dengan kedai makan kat area situ.
Melawat Kilang Cocopeat: Sentosa Fibre Sdn Bhd
Korang mesti tahu, kelapa ada banyak kegunaan dia. Dari segi untuk kesihatan dalaman mahupun luaran. Tapi tahu tak, kulit kelapa yang sabut itu pun ada kegunaan dia? Bukan lepas amik buah dan buang macam tu je. Apa pihak yang sanggup beli kulit kelapa tau.
Kulit kelapa yang telah diproses di kilang ini akan dijual kepada pihak berkenaan untuk diproses dan dikilangkan menjadi tilam, tali, kerusi kraftangan dan banyak lagi. Manakala bahagian dalam sabut kelapa tadi boleh dijadikan sebagai tanah baja untuk tumbuhan.
Sabut kelapa halus dan hacur yang telah diproses tadi, nama dia Cocopeat.
Setelah diasingkan bahagian dalam dan luar sabut tadi, maka sabut tu akan dikeringkan dan diceraikan sehingga menjadi hasil macam ni. Proses ini penting sebab sabut tu kena betul-betul kering untuk dapatkan cocopeat yang berkualiti.
Lebihan hasil halus sabut dijadikan baja dan dipek dalam guni macam ini untuk dijual kepada peniaga dan pemborong. Rupa tanah baja tu macam tanah warna coklat yang digunakan dalam beg polinasi untuk tanam benih atau anak pokok.
Selepas siap semua proses penceraian dan pengeringan sabut cocopeat, ia akan dipenyetkan/ di-compress menjadi jerami blok macam dalam gambar kat bawah. Nampak kecik dan ringan sebab sabut kelapa kan? Tapi berat dia dekat 100kg satu blok jerami.
Melawat Kilang S&P Industries
Bagan Datuk, Perak
Rasa bertuah sebab diberikan keizinan untuk ke kilang memproses santan serbuk pertama di Malaysia. Lawatan ke kilang ini tidak dibuka kepada orang ramai, tapi kalau berminat korang boleh telefon dan bagitahu yang korang berminat nak melawat.
Kalau yang jenis suka memasak menggunakan serbuk kelapa, mesti pernah dengan nama jenama serbuk santan S&P. Selain boleh digunakan dalam masakan lauk, serbuk santan ini juga boleh digunakan untuk buat kuih dan air.
Disini, kami dapat belajar cara macam mana serbuk krim santan kepala segera yang Halal daripada S&P Industries diproses. Caranya adalah:
1. Pembersihan dan sanitasi kelapa;
2. Bahagian putih (yang dijadikan santan) diceraikan dari kulit kelapa;
3. Screw press untuk buang semua air dalam santan;
4. Campuran (ada campuran pandan, Omega 3, dan nutrisi tambahan);
5. Hasil tadi dipastur dan dinyah-bakteria;
6. Spray dry untuk dijadikan serbuk;
7. Hasil serbuk krim tadi dipek untuk dijual kepada pengguna.
Melawat Rumah Warisan 100 tahun
No 114, Kampung Sungai Haji Mohamad, 36200 Selekoh, Perak.
Rumah yang kini dimiliki oleh Tuan Haji Baharudin @ Mohamed Daim bin Mohamad ini juga menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Bagan Datuk untuk melihat keunikan dan kecantikan rumah tradisi masyarakat Melayu.
Rumah ini merupakan rumah pusaka peninggalan nenek-moyang yang telah dibaik pulih dengan menambahkan bahagian bawah rumah dan menggunakan cat warna yang menarik. Kalau dulu, rumah kebanyakan memang tinggi-tinggi.
Jeti Beting Beras Basah
Sungai Ular, Bagan Datuk, Perak.
Beting Beras Basah dikenali sebagai tempat bersejarah oleh orang yang berada di Bagan Datuk. Sejarah dia sebab kalau di Perak, adat pertabalan sultan adalah baginda perlu melawat beberapa lokasi pertabalan sebelum menjadi raja.
Ada juga kisah pada zaman dahulu, sultan Perak buat perjanjian dengan makhluk lain untuk mengekalkan kedaulatan Perak. Kiranya untuk melawat tempat pertabalan ni macam minta restu.
Boleh cari tentang kisah sultan yang wajib ke Jeti Beting Beras Basah sebelum ditabal menjadi Sultan Perak secara rasmi. Kalau datang sini, korang boleh jumpa dengan tempat istirehat dan tempat bermandi para raja zaman dahulu.
Selain daripada sejarah tentang raja-raja Perak, Beting Beras Basah merupakan satu lokasi tepi laut yang boleh mendamaikan minda sesiapa saja yang datang ke sini. Korang boleh feel ala-ala raja kat atas jeti tu, dan boleh ambil gambar cantik-cantik berpanoramakan laut dan hijau pokok.
Tetiba teringan lagu Bagan Datuk, nyanyian Yasin, Dato' M Daud Kilau, Altimet, Ramli Rebana & Firlany Malik. Comel je lagu ni, cuba korang dengar jugak.
Entry ini diterbitkan sempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri 5 - Edisi Bagan Datuk anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.
Till then,
19 Comments
Suka tengok kelapa sabut banyak banyak tu..
Best jugak ekk aktiviti lawatan cam ni..boleh tahu mcm2 benda yang kita tak tahu
Mak ayah boleh bercuti sambil belajar.
and entri ni amat menarik perhatian aida.
especially kilang cocopeat tu. wow! amazing. ada iye pengilangan sedemikian rupa.
dari sabut kelapa kpd pelbagai item yg lain.
untung nurul zayani dpt join program sebegini.
Boleh la usha supplier dekat sini nanti ;)