Sunday, November 4, 2018

Pusat Belajar Bahasa Inggeris di Puchong

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Zaman sekarang semua mahal. Kadang-kadang ibubapa yang nak hantar anak pergi belajar tapi dok fikir, takut tak mampu bak bayar atau takut anak tak selesa atau prestasi mereka tak naik. Sekarang mudah dah sebab ada KLC Language Centre Puchong.

Satu benda yang saya paling suka pasal pusat bahasa ini adalah, setiap pakej mereka bukan dikira secara bulanan macam kelas tusyen biasa, tetapi sekali bayar pakej adalah berdasarkan berapa banyak kelas yang akan dihadiri.

Mudah la, sebab dapat pantau anak nak berapa kelas yang mereka perlukan.


KLC ada banyak cawangan. Paling banyak di Johor. Tapi sekarang kat Selangor dan Kuala Lumpur pun dah ada. Senang saja nak cari Pusat KLC Cawangan Puchong sebab terletak dilokasi yang strategik. Apa-apa hal, pakai saja Waze mesti jumpa.


Keselamatan.

Jangan risau kalau nak hantar anak korang kat sini. Sebab mereka pakai pintu berkunci. Sekali anak dah masuk, memang mereka tak boleh keluar sampai ibubapa ambil. Lagi pun kelas 45 minit je, korang boleh saja tunggu kat sana.

Tempat untuk menunggu pun selesa. Kalau ada kerja, bawak je laptop tu. Kira nak keluar tu korang set basuh kain di mesin basuh, hantar dan tunggu anak, 45 minit dah siap. Balik boleh suruh anak tolong jemurkan (bagus kan idea ni. Haha).


 

Saya suka dengan setting pusat pembelajaran ni. Mereka gunakan warna-warna yang ceria dan setup pun kemas. Walaupun ruang dalam dia tak luas, tapi masih ada ruang dan nampak luas.

Bilik belajar paling penting. Kena selesa untuk pelajar dan tenaga mengajar supaya sesi pembelajaran berjalan dengan lancar. Barulah mereka boleh fokus dan faham apa yang cikgu tu tengah cakap bila dah selesa nak belajar.




Kaedah kelas yang mereka pakai betul-betul menarik minat saya sebab kecil ke kelas dia. Satu kelas/ sesi hanya akan ada maksima 4 pelajar pasa satu masa. Boleh la cikgu tu fokus kepada sorang-sorang kalau ketinggalan ke apa.

Masa pembelajaran untuk setiap sesi pakej pun kejap. Secara purata, pelajar kat sini hanya mengambil masa selasa 5 bulan untuk habiskan setiap sesi. Jadi kalau sebulan datang dalam 8 kelas,  5 bulan dah boleh habis. Kejap kan.

Paling best, modul yang mereka pakai adalah daripada Cambridge YLE Course. Taraf antarabangsa tu. Habis satu kursus, terus speaking slang oran putih deorang ni.

 

Sesi kategori pembelajaran Baha Inggeris di KLC ada 2 kategori. Kalau datang sini bawak anak nanti mereka akan tengok kategori dan pakej yang mana sesuai unuk anak korang.

Kategori 1: Master Key (Tahap 1-4)

- Selalunya untuk kanak-kanak yang baru nak belajar mengenali English.
- Mereka akan diperkenalkan kepada English dengan cara mengenal pasti bunyi, sebutan, membaca dengan mata dan mengeja dengan telinga.
- Sesuai untuk kanak-kanak yang berada di sekolah rendah.
- Kalau anak sudah boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, mereka boleh lompat ke kategori 2.

Comel tengok kanak-kanak ni belajar. Paling best, cikgu tu tahu macam mana nak tarik minat mereka untuk belajar. Kat sini pakai reward system, maksudnya kalau mereka jawab dengan betul, mereka akan dihadiahkan dengan permainan, stiker dan cop.



Kategori 2: Tresure Box (Tahap 5-10)

- Selalunya untuk kanak-kanak yang sudah boleh menyebut dan membaca dalam English.
- Mereka akan diajar untuk membaca, perkataan baru, tatabahasa, perbendaharaan kata, menulis, mendengar, bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
- Sesuai untuk anak-anak yang berumur 11 tahun dan keatas.

Saya sempat lihat sesi pembelajaran anak yang berada di Kategori 2 ini. Walaupun mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama percakapan mereka, tapi mereka memang boleh bercakap English dan nampak yakin.

Mereka juga akan diberikan latihan untuk digunakan dan dipraktikkan semasa dirumah. Belajar bahasa penting tau sebab kena selalu pakai, baru lebih yakin.


Lebih menarik lagi, kalau hantar anak untuk belajar di KLC, kita sebagai ibubapa pun boleh memantau sejauh mana prestasi pembelajaran anak melalui aplikasi yang mereka sediakan untuk ibubapa pelajar di KLC.

Aplikasi ini akan menunjukkan prestasi, dan sesi pembelajaran yang anak kita belajar pada setiap sesi yang mereka hadir. Jadi mudah lah untuk ibubapa untuk pantau samada pencapaian mereka bagus ke, perlahan atau tak membantu langsung.


Setiap satu-satu tempih, ibubapa juga akan dipanggil oleh pihak KLC untuk sesi evaluasi. Masa ini lah kita nak tengok prestasi English anak tu bertambah baik atau tidak. Saya suka bila ada sesi parent-teacher macam ni supaya kita kenal anak dan cikgu yang mengajar tu juga.

Masa ini lah kita boleh tahu samada anak perlukan lagi kelas tambahan atau mereka sedang memberikan progress yang baik atau tidak. So far, semua testimoni yang saya dengar bagus-bagus.


Harga pakej pembelajaran bahasa Inggeris/ English di KLC Language Centre Puchong memang sangat berpatutan. Kalau ibubapa yang biasa tahu harga tu, mesti terkejut dengar tawaran ni.
 
Harga pakej belajar bahasa Inggeris di KLC Language Centre Puchong:
Korang boleh contact atau walk-in sahaja ke pusat pembelajaran mereka.

Setiap sesi pembelajaran mengambil masa 45 minit dan boleh ambil 2 sesi satu hari. Disarankan untuk datang ke sesi pembelajaran sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Nota: Setiap kali korang daftarkan anak disini, korang akan jimat RM100 untuk yuran pemdaftaran dan dapat baju uniform KLC bernilai RM55. Kalau anak korang tak naik prestasi, korang boleh dapat kelas ganti secara percuma!

Staff dan tenaga pengajar di KLC Language Centre Puchong.

KLC Language Centre Puchong
(Kids Planet Education Sdn Bhd)
No 3, Jalan Puteri 4/8, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.
Contact: 016-2130283
Website: www.englishlanguage.com.my


Till then,

19 comments:

  1. Menarik. Sebab cikgu yang mengajar pun, tak ambil pelajar terlalu ramai dalam 1 sesi. So, cikgu boleh nampak kalau pelajar ada masalah ke apa kan.
    Huhuhu.. Hrga tu byar seKaligus ke?

    ReplyDelete
  2. Cantik tempat dia. Nampak baru sangat dan nampak selesa. Tapi puchong jauh sikit lah. Kalau tak nak jugak hantar aneeq pergi.

    ReplyDelete
  3. Alamak terasa lak kita nak pergi belajar semula bahasa inggeris ini kita memang tak pandai sangat kalau bab nak buat karangan kalau nak sebut tu boleh lah sikit-sikit pengakuan ikhlas tau heheheh

    ReplyDelete
  4. Menarik sesi pembelajaran dia. Tapi jauh ke sana tu.. nak juga buka satu kat Kajang.hehe tapi dengan adanya kelas sebegini kita mampu menghantar anak2 untuk belajar Bahasa Inggeris. Senang dan mudah pula nak semak prestasi anak2 melalui aplikasi ye.

    ReplyDelete
  5. Wah nampak menarik ni.Sekarang ni penggunaan bahasa inggeris sangat penting. Bila baca satu kelas cuma ad 4 orang je rasa mmg mudah la murid nk dapat apa yang diajar. Rasa nak masuk skolah balik.hehehehhe

    ReplyDelete
  6. Tempat dia selesa dan selamat. Kebanyakkan kalau tengok pusat tution mesti di tingkat dua dan dalam bangunan rumah kedai. dah ada pilihan yang selesa macam ni dan tahap keselamatan terjamin tak la rasa risau nak hantar anak-anak.

    ReplyDelete
  7. Suasana belajar yg sangat kondusif dan selamat pasti menjadi pilihan ibu bapa di luar sana. Indeed yes, english sangat penting di dunia masa kini. Tak sempurna tak apa asalkan kita tahu berkomunikasi dan faham. Nama pon second language so semestinya tak boleh untuk capai tahap sempurna

    ReplyDelete
  8. I'm thinking to enrol my daughter in these classes, she tried out the trial class the other day and it seems nice.

    ReplyDelete
  9. Wah bagusla, nak anak pandai, atau beljaar english boleh ke sini. B. English pun sekarang penting. Ajar dari kecik biar sennag nanti dh besar kan. Bagus tempat ni, tengok cantik dan bagus je.

    ReplyDelete
  10. Nampak tempat KLC ni pun menarik kan. Selesa dan suasana yang rasa tenang. Ibubapa pun tak takut nak hantar anak datang ke sini kan.

    ReplyDelete
  11. Adakalanya mengajar/belajar dengan waktu yang singkat lebih cepat sampai/difahami. Tapi harga yuran agak mahal kn. Pada yang berkemampuan bolehlah hantr anak disini sebab ada kemudahan juga keselesaan untuk parents so win win la

    ReplyDelete
  12. Nampak menarik environment belajar camna.. nak nak boleh one to one dgn tenaga pengajar.. boleh la focus pd topic yg lemah kan??

    ReplyDelete
  13. Menarik ni, guru boleh fokus pada pelajar dengan lebih jitu. Bahasa inggeris sekarang penting untuk di kuasai kerana amat berguna di masa hadapan.

    ReplyDelete
  14. bagus ni untuk penduduk-penduduk yang berdekatan. Dah la cantik tempatnya. Tempat yang cantik menyumbang kepada pembelajaran..

    ReplyDelete
  15. Jauh sangat..kalu x boleh hantar aeysha ke sana utk perbetulkan mana salah silap bahasa inggeris dia...walaupun dia lebih fasih cakap dr mak dia..:)

    ReplyDelete
  16. I wish many parent hantar anak they all ke sini. Memang important kot belajar English especially in this competitive world.

    ReplyDelete
  17. Wowww menariknya...tpi part harga tu tekan ailio jap...huhuhu...tpi padan la dengan facilities and cara pengajaran dia tu kan

    ReplyDelete
  18. Memang elok jika kelas bersaiz kecil untuk engagement yang lebih maksima di kalangan pelajar dan pengajar. Kelas dia nampak sangat kondusif je

    ReplyDelete
  19. Will sharing this with my friend as she looking for English centre for her daughters. Congrats to the center for it opening.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^