Uji Kemampuan Diri Di Anlene #WEAREMORE Viper Challenge

Hai dan salam sejahtera korang,

Haritu masa Anlene ada buat cabaran Anlene #WEAREMORE Viper Challenge di 1 Utama Shopping Centre, saya dan kawan saya sempat la sertai cabaran ni. Konon nak menguji kelasakan dan ketahanan badan.

Cabaran ini memang diadakan untuk orang awam secara percuma. Nak sertai pun mudah je, hanya perlu daftarkan diri ke mana-mana hari event, dan selesaikan cabaran dalam masa yang terpantas. Menarik juga la hadiah yang ditawarkan.




ANLENE #WEAREMORE VIPER CHALLENGE

Cabaran yang kami perlu selesaikan adalah 5 halangan ni. Boleh tahan mencabar betul cabaran ni. Tak boleh bayangkan kalau yang betul-betul masuk Viper Challenge yang dekat Cyberjaya tu lasaknya macam mana.

Tapi Alhamdullilah sebab berjaya selesaikan cabaran ni. Tak sangka sebenarnya dapat habiskan. Elemen cabaran Anlene #WEAREMORE kebanyakannya adalah elemen keseimbangan badan, ketahanan fizikal, dan kekuaatan otot dan tulang.



Antara cabaran yang paling mencabar adalah cabaran memanjat ni. Tak sia-sia masa zaman sekolah dulu selalu memanjat, tak adalah kekok sangat nak menanjat. Paling penting saya tak gayat dan dapat naik dan turun bersama dengan rakan sepasukan.

Seronok panjat ni. Bukan sahaja kena ada kekuatan di bahagian tangan dan kaki, malah mental pun kena kuat. Kalau fikir badan lemah nanti tak boleh nak naik sampai ke atas. Dahla kena turun pula selepas tu. Gayat oi.



Cabaran seterusnya pula merupakan cabaran kekuatan atas badan. Tapi disebabkan saya tak sampai nak capai tayar di atas tu, maka saya diberikan kelonggaran untuk melompat dan mencapai tayar tu je. Yang rakan saya pula kena habiskan cabaran macam biasa.

Walaupun melompat biasa, pun penat. Apatah lagi yang buat cabaran tu betul-betul. Saya pun capai sipi-sipi jari sahaja. Ada juga yang kena lompat beberapa kali untuk capai. Memang mengah habis dah masa ni.



Sampai di cabaran terakhir ni jujur cakap saya pun dah lunyai sebab penat gila. Tapi nampak usaha saya nak habiskan cabaran. Penat tau nak tolak badan untuk lepasi tayar ni. Dahla tak cukup tinggi, tapi sebanarnya key dia kena pantas. Baru mudah.



Yay! At last saya berjaya habiskan cabaran pertama bersama rakan sepasukan dengan masa 2 minit 42 saat. Lepas tak puas hati tu, saya buat lagi sekali secara solo, dapat lah masa yang lebih baik iaitu 2 minit 16 saat.

Ada peserta cabaran dapat dalam masa 1 minit lebih pun saya terkejut. Memang power lah mereka ni. Bukan peserta lelaki je power, yang awek-awek pun power juga.


ANLENE WELLNESS CHECK

Dah selesai cabaran tu, dah habis cool down sikit, saya pun pergi ke kaunter untuk tengok samada tulang saya kuat ke tak lagi. Bagus betul ada event macam ni sebab dapat buat semakan tulang secara percuma.

Macam haritu, saya dapat tengok samada tulang saya sihat atau tidak. Boleh nampak ketumpatan tulang, fleksibiliti badan dan kesihatan jantung macam mana. Untuk yang jarang ke hospital macam saya, bagus buat semakan kesihatan macam ni.




ANLENE READY-TO-DRINK MILK WITH 50% MORE NUTRIENT

Lepas dah habis buat cabaran dan semakan kesihatan secara percuma, boleh lah dapatkan barangan dan sample susu Anlene secara percuma. Sedap susu Anlese ni sebab pekat. Paling saya suka dengan perasa coklat dia.

Lagi best, Anlene yang terbaru ni mengandungi 50% lebih nutrient yang baik untuk tulang, sendi dan otot. Sesuai lah untuk kita dan orang yang berumur lanjut. Saya beli beberapa kotak untuk hadiah buat ibu bapa saya.


Untuk maklumat lanjut:
Website: www.anlene.com/my
Cari di hashtag laman sosial: #WEAREMORE

Till then,
 

Post a Comment

1 Comments

Blog said…
nice artikel..thank you
http://ammandroid.com

FOLLOWERS