Althea Exclusives: A'bloom Meringue Puff, Mask Sheet & BHA Blackhead Blaster

 Hai dan salam sejahtera korang,

A'bloom merupakan satu jenama eksklusif dibawah Althea yang baru sahaja dilancarkan pada April 2019 yang lepas. Untuk kali ini, mereka telah memperkenalkan rangkaian produk eksklusif yang berkualiti yang ditawarkan dengan harga yang mampu milik.

7 produk baru terdiri daripada A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue Puff, A'bloom Baby Meringue Puffs dan 4 A'bloom Mask: Moisturizing Watermelon Mask, Nourishing Avocado Mask, Brightening Lemon Lime Mask dan Anti-Blemish Peach Mask.

Produk A'bloom kini boleh didapati secara online di laman web Althea.


A'bloom Perfect Skin Expression With Meringue Puffs

Kalau korang beli puff ni di laman web Althea, mereka akan jual seperti: 1 Giant Meringue Puff, atau set Baby Meringue Puff (3 biji). Kalau nak ikut rekomendasi saya, saya sarankan untuk korang beli je dua-dua set puff ni sebab masing-masing ada kegunaan dia.

Merupakan alat kecantikan pertama keluaran A'bloom dari Althea yang bentuknya diinspirasikan oleh bentuk biskut/ kek meringue. Dikeluarkan dalam warna pastel sesuai untuk kegunaan harian oleh semua orang.


Ada 2 cara nak gunakan Meringue Puffs iaitu:
1. Basahkan puff dengan air untuk dapatkan hasil yang lembap dan glossy,
2. Pakai puff yang kering untuk dalatkan hasil makeup yang matte dan rata.

Material Meringue Puffs:
Meringue Puffs diperbuat daripada span bukan latex dengan sifat hydrophilic (yang akan membesar 1.5 kali lebih besar daripada biasa) apabila direndam dengan air.


Review: 
⇒ Meringue Puffs senang sangat nak pakai dan sangat lembut. Merupakan puff yang terbesar yang pernah saya jumpa setakat ni.

⇒ Personal fav saya adalah yang mini sebab bila dan besarkan dengan air, puff tu lebih mudah nak pakai dan sangat lembut. Saya suka dengan efek aplikasi yang rata yang puff ini berikan setelah selesai makeup.

⇒ Puff yang besar sesuai untuk kawasan yang luas seperti kawasan pipi, dagu, dahi. Nak mudah, gunakan mini puff untuk blend. Untuk dikawasan tepi hidung dan mata, pakai mini puff untuk senang blend produk ke muka.



 


 A'bloom Refreshing Skin Mask Pack

A'Bloom Refreshing Skin Mask Pack kaya dengan aktioksidan buah-buahan dan tenaga tumbuhan yang boleh membantu masalah kulit seperti hidrasi, nutrisi, memutihkan dan merawat kulit. Tahap PH didalam mask juga membantu menguatkan lapisan kulit.

Mask ini diperbuat daripada 100% fabrik yang natural dan mesra alam, sesuai digunakan untuk mask esen buah-buahan. Mask ini juga diformulasikan dengan teksturnya yang lebih pekat supaya kulit muka dapat manfaatnya.


1. Watermelon Moist Mask
⥁ Buah tembikai yang mengandungi hampir 92% kandungan air sangat sesuai digunakan untuk melembapkan dan melegakan kulit dalam cuaca yang panas.
⥁ Mengandungi asid aminoic (Citrulin & Betain) yang membantu kulit untuk kekal hidrat, melembapkan dan tidak kering.
⥁ Mask juga mengandungi ekstrak lavender yang membantu melegakan kulit yang sensifit.

2. Peach AC Control Mask
⥁ Buah peach kaya dengan Vitamin A yang mampu mengimbangi minyak dan air pada kulit.
⥁ Membantu me-normalkan kulit dengan membuang sel kulit mati dan menggantikannya dengan kulit yang lembut dan lembap.
⥁ Mask mengandungi ekstrak tea tree yang membantu membunuh bakteria dan menjaga serta merawat kawasan muka yang bermasalah.

3. Avocado Nourishing Mask
⥁ Avocado kaya dengan protein yang menghalang proses penuaan dan memberikan antioksidan serta Vitamin E- tocopherol.
⥁ Meresap dengan lebih baik kedalam kulit, dan membuatkan kulit nampak bersih dan anjal.
⥁ Ada campuran ekstrak bunga raya yang mengandungi Antocyanin, sejenis antioksidang yang menghalang proses penuaan kulit.

4. Lemon Lime Whitening Mask
⥁ Buah lemon dan lime mengandungi kandungan Vitamin C yang membantu memulihkan dan menjaga kulit daripada sinaran UV.
⥁ Fungsi Vitamin C yang menghalang pengeluaran melanin dan memberi kesan pemutihan dan pencerahan pada kulit.
⥁Mask juga mengandungi ekstrak teh hijau yang kaya dengan Vitamin C yang membantu mengawal pengeluaran melanin dan penjagaan kulit.


Kegunaan:
⇒ Ada kesan sejukkan dan produk cepat meresap kedalam kulit.
⇒ Mampu melembapkan muka sehingga keesokan hari.
⇒ Ada macam bau sitrus untuk kesan yang menyegarkan.
⇒ Bahan kandungan yang natural membuatkan mask ini cepat meresap kedalam kulit dan kesan yang tahan lebih lama.
⇒ Kesan pemutihan pada mask lemon lime boleh nampak sejurus selepas penggunaan.

Cara pakai:
Bersihkan muka dan pakai toner. Keluarkan mask dan letakkan dimuka dan biarkan selama 10-20 minit. Dah siap, buka mask dan urutkan kesan lebihan air mask ke kulit muka sampai habis meresap. Sapu pada leher juga kalau ada lebih.



 A'bloom BHA Blackhead Blaster

A’bloom BHA Blackhead Blaster merupakan stik membuang blackhead dan whitehead  yang mudah dan boleh digunakan setiap hari. Selain daripada membuang kotoran pada muka, A’bloom BHA Blackhead Blaster juga mampu membuang sel kulit mati pada wajah.

Produk ini mengandungi bahan yang mampu membersihkan pori muka dari dalam dan membuang sel kulit mati, serta mampu mengurangkan kesan iritasi dan kemerahan pada kulit. Bau dia pun wangi je, sebab ada minyak Tea Tree Leaf.


Cara pakai: 
Lembapkan kulit dan letakkan stik A'bloom BHA Blackhead Blaster terus ke kawasan muka yang nak letak dalam gerakan pusingan selama 30 saat. Selepas tu, bilas dengan air.

Kegunaan:
⇒ BHA membantu membersihkan liang pori muka dengan membuang sel kulit mati.
⇒ Kandungan biji apricot boleh membantu mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan
⇒ Kandungan arang mampu meresap kotoran di dalam liang pori.
⇒ Daun tea tree membantu melembutkan kulit, mengurangkan kesan kemerahan dan iritasi.

Review:
⇒ Saya suka dengan A'bloom BHA Blackhead Blaster sebab produk ini tak kasar pada kulit muka, sesuai dipakai setiap hari. 

⇒ Kalau katakan muka jenis yang banyak white/blackhead tu, tak sesuai sangat nak guna sebab kesannya yang tak kuat.



Semua barang diatas boleh didapati di: my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom

Althea Malaysia
Website: my.althea.kr
Instagram: www.instagram.com/altheakorea


With love,

Post a Comment

1 Comments

Faeez Azmi said…
Sy nak try yg Watermelon Moist Mask :P

FOLLOWERS