Saya Cuba LED Phototherapy & Detox Treatment

Hai korang,

Awal tahun haritu, saya dah berazam, kalau boleh setiap bulan nak buat facial. Mama pesan, bila usia dah masuk mid-20, kena rajin jaga kesihatan kulit muka selain daripada kesihatan dalaman. Saya pula jenis yang suka dengan aktiviti luar.

Terjumpa spa kecantikan di Alam Damai Cheras, memang dekat dengan rumah saya. Pertama kali pergi haritu untuk buat "Pengalaman Mencuba Rawatan Sulam Bedak Korea" terus jatuh hati dengan servis yang mereka tawarkan harga murah dan servis berkualiti.

Kalini saya nak cerita tentang Pengalaman Mencuba Rawatan LED Phototherapy & Detox Treatment di The Beauty Expert Academy Spa Cheras.


Antara faktor yang saya pilih spa ini adalah sebab mereka hanya tawarkan servis kepada pelanggan wanita sahaja. Maka, takde la rasa segan nak datang buat facial atau rawatan badan lain sebab tahu kat sini pelanggan semua wanita je.

So, yang mencari spa muslimah di kawasan Cheras atau spa muslimah di kawasan Kajang, The Beauty Expert Academy Spa Cheras adalah pilihan yang tepat sebab mereka menawarkan servis spa terbaik di Alam Damai Cheras.

Macam biasa, nak datang lebih baik buat temu janji. Nak datang walk in pun boleh, tapi kalau tak suka menunggu, baik buat temu janji. Proses pendaftaran dan konsultasi mudah je. Masa ni staff akan tanya tentang progress kulit kalau pernah datang.

Masa ni juga kita boleh bagi tahu tentang apa yang kita nak. Contoh haritu saya nak buat rawatan sebab nak bersihkan kulit, kulit banyak jerawat baru nak naik sebab setiap hari pakai makeup dan mungkin tak bersihkan muka dengan bersih.



Itu yang Kak Mas suggest saya untuk cuba Rawatan Detox dan LED Phototherapy, sesuai dengan masalah yang saya hadapi, untuk bersihkan kulit muka daripada blackhead, whitehead dan jerawat dan seterusnya nak bagi hidrasi kepada kulit.

Oh ya, Kak Mas, atau nama sebenar beliau, Mastura binti Idris merupakan pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras dan RoyalQ Asia. Dilahirkan di Terengganu, Kak Mas merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman dalam bidang spa ni.


Step 1: Membersihkan muka dengan Cleansing Milk
Step 2: Peeling Milk Scrub
Step 3: Extraction whitehead & blackkhead

Macam biasa di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, mereka akan buat proses membersihkan muka sebelum rawatan. Details step korang boleh baca di post saya yanglepas (DISINI). Proses step 1-3 penting untuk setiap rawatan detox dan deep cleansing.


Step 4: Rawatan LED Phototherapy

Rupa-rupanya, ada banyak pilihan cahaya LED untuk merawat pelbagai masalah kulit muka. Cahaya LED memang terbukti mampu menganjalkan kulit, mengurankan kedutan, anti penuaan, dan membantu kulit merawat dengan sendiri.

Macam kes saya, mereka gunakan LED Biru untuk membantu masalah kulit kusam, penat, mengecilkan pori, kulit kering, masalah eye bag, tona kulit yang tidak sekata dan meningkatkan pengeluaran kolagen.

Kolagen ini lah yang akan kurangkan garis halus pada wajah, kedutan dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Lagi best, rawatan LED Phototherapy juga tak sakit langsung dan mampu meningkatkan kesihatan kulit.


Lepas tu, boleh la bergambar macam Stormtrooper dalam Star Wars. Nasib baik saya tak bawa pedang LED sekali, kalau tak, boleh lari orang kat sana. HAHA.

 

Step 5: Detox Facial Treatment

Proses ini pula membantu untuk mempercepatkan lagi proses pengeluaran toksin dari kulit dan seimbangkan kandungan air di wajah supaya muka tak nampak bengkak. Perasan tak kalau kita tak cukup tidur, esok tu kalau bangun muka nampak bengkak? Ha, macam tu lah.

Sebab ini kali kedua saya buat, maka kesan dia tak nampak obvious macam pertama kali haritu. Haritu lagi nampak banyak perubahan bengkak air pada muka. Sekarang kulit saya dah sihat sikit daripada haritu.

Rawatan ini juga penting selain daripada nak membantu kulit kita buang toksin, ia juga boleh mengaktifkan kolagen pada wajah dan mengecilkan pori supaya muka nampak licin dan rata je. Kalau toksin semua dah keluar, barula kulit sihat dan berseri.


Step 6: Detox Mask

Dah siap rawatan semua, akhir sekali, mereka letakkan detox mask yang termasuk dengan mask muka, mata dan leher. Proses ini dalam 20 minit. Sempat lah nak terlelap sebab bila pakai mask ni rasa tenang dan sejuk. Lepas 20 minit, mask tu akan kering. Then baru buka.

Detox mask ini fungsi dia untuk membantu pengeluaran toksin dari wajah. Toksin dan kotoran itu lah yang membuatkan muka nampak kurag berseri dan jerawat naik. Selalunya sebab kulit penat dan tak cukup bernafas. Ye lah, setiap hari makeup.



Saya suka betul dengan kulit muka lepas buat rawatan kat sini. Kalini, takde mengelupas dan elok je tak ada jerawat naik dah bersih. Suami saya siap cakap "Eh, duduk rumah pun makeup ke? Flawless semacam je kulit", sampai macam tu sekali. Saya happy sebab kulit sihat :)


Saya nak ajak korang untuk join saya jadi ahli VIP di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Kelebihan, diskaun 50% pada bulan kelahiran, diskaun 15% untuk rawatan dan paling penting lepas 6 kali datang, akan dapat hadiah misteri, dan special invitation untuk kelas kecantikan yang mereka anjurkan.

Jom lah, RM15 sahaja untuk daftar, setiap tahun pula hanya perlu bayar RM5 sahaja.
Spa muslimah terbaik di Alam Damai Cheras ini juga turut menyediakan rawatan kecantikan lain selain daripada rawatan Sulam Bedak, seperti:

- Rawatan muka
- Rawatan badan
- Urutan dan mandian
- Rawatan BB Glow & Sulam Bedak
- Rawatan 'Lady Boss'
- Pakej ibu bersalin
- Pakej spa untuk bakal pegantin
- Pakej eksklusif untuk pegantin  


Waktu operasi:
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM), Sabtu & Ahad (10AM-6PM)

The Beauty Expert Academy Spa Cheras
 No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.
Contact: 03-95467094/  013-2576447 (Whatsapp)

Facebook: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
Instagram: www.instagram.com/thebeautyexpertcheras


With love,

Post a Comment

2 Comments

YanSaflina said…
best nya! dekat sangat dengan rumah ni.:D
Faeez Azmi said…
Pergh muka jd kpop terus ��

FOLLOWERS