Tuesday, December 10, 2019

Cara Sertai Pertandingan Makan & Menang Marrybrown

 Hello dan salam sejahtera korang,

Siapa kat sini peminat makanan di restoran Marrybrown? Kebetulan dah lama saya tak makan di Marrybrown, maka haritu saya bawa mama dan adik lunch di Marrybrown IOI Puchong alang-alang kami berjalan disitu.

Dengar cerita Marrybrown ada anjurkan PERTANDINGAN MAKAN & MENANG KAW KAW yang berlangsung dari 28/11/2019 sehingga 12/1/2020. Seronoknya orang yang masuk berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM380,000!

 

 Nak masuk pertandingan Makan dan Menang Kaw Kaw mudah je, caranya:
 
1. Belanja RM25.00 di Marrybrown untuk dapatkan kad peraduan,
2. Cari kod unik di belakang kad Makan & Menang Kaw Kaw,
3. Layari "mbcontest.marrybrown.com" atau imbas kod QR,
4. Masukkan kod unik pada borang serta lengkapkan buritan peribadi,
5. Muat naik resit pembelian bersama dengan borang sebagai bukti pembelian.


 

Ada banyak pilihan makanan yang ada di restoran Marrybrown. Harga setiap set pun banyak yang murah-murah dan bawah RM10. Saya recommend korang untuk cuba betul dengan Chicken Burger dan Fried Chicken dari Marrybrown.

Antara yang lain korang boleh cuba adalah Fish Fillet Burger, Cheesy Chicken dan Tower Burger. Menu lain yang wajib korang cuba pula adalah Durian Ball dan Fried Banana. Ni kira antara menu yang wajib korang rasa kalau makan di Marrybrown.


 


Untuk kami bertiga, kami pesan Set Ayam Goreng Spicy, Durian Ball, Fish Fillet Burger, Chicken Burger, Bubur Ayam MB dan Mee Kari MB. Ayam goreng memang fav saya di Marrybrown sebab rasa dia yang unik.

Saya pula suka ambik yang set Kiddy Meal sebab dapat mainan. Mama punya excited nak bawa balik mainan yang kami dapat sebab nak bagi kat anak buah. Tengok la muka mama, happy kenyang dan dapat mainan. Haha.



Selalunya nak habiskan RM25 tu, kalau beli set untuk 2 orang dah boleh settle. Kalau tak ada teman nak bawa, belanja la kawan datang makan di Marrybrown. Mana tahu kot ada rezeki nak menang hadiah sehingga RM380,000, tak pun dapat kerete Proton X70 ke.

Lagi seronoknya, selain daripada berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul, Pertandingan Makan & Menang Kaw Kaw turut ada hadiah mingguan. Hadiah mingguan pun not bad, ada hadiah wang tunai, TV LG 65-inch, Go Pro Hero8,  Vivo V17 Pro dan baucar Marrybrown.


Marrybrown Malaysia
Website: www.marrybrown.com
Facebook: www.facebook.com/marrybrownMalaysia
Instagram: www.instagram.com/marrybrownMalaysia


With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^