Tuesday, January 7, 2020

Belajar Jadi DJ Radio di Konti BFM, Kidzania KL

Selamat sejahtera korang!

Siapa yang tak tahu tentang KidZania. Dah lama nak bawa adik saya ke sini dan baru-baru ni masa cuti sekolah, baru saya ada kesempatan bawa adik-adik ke KidZania untuk bermain. Seronok betul deorang main haritu.

KidZania merupakan sebuah pusat keluarga yang menyediakan pengalaman interaktif dan pembelajaran khas kepada kanak-kanak. Selain daripada bergembira di KidZania, kanak-kanak juga berpeluang untuk mencuba pekerjaan impian mereka.

Seronok di KidZania sebab kanak-kanak yang ada rasa ingin tahu bagaimana sesuatu pekerjaan boleh ambil peluang untuk rasa sendiri pengalaman tu. Contoh macam nak kerja sebagai polis, posmen, bomba dan kalau nak jadi DJ pun boleh datang ke KidZania.


Kebetulan, pada 5 Disember 2019 haritu, KidZania Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan stesen radio perniagaan (business radio station), BFM 89.9 Radio

Pelan yang BFM ada di KidZania adalah untuk melengkapkan anak-anak dengan kemahiran penting pada masa depan seperti meningkatkan keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi dan menajamkan pemikiran mereka.

Lagipun, ramai kanak-kanak yang selalu tertanya-tanya macam mana DJ yang di dalam radio bercakap dan bagaimana sesebuah stesen radio berfungsi. Dengan adanya BFM di Kota KidZania mampu memberikan ilmu dan pengalaman yang baru untuk mereka.



Zaman sekarang walaupun ada banyak kemudahan teknologi komunikasi dan internet berkelajuan tinggi, radio tetap menjadi satu saluran komunikasi yang penting.

Pusat siaran radio seperti BFM sudah ada banyak pengalaman dalam menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan pandai mencari jalan untuk menarik minat pendengar dari awal kewujudan mereka hingga sekarang.

Bukan saja mereka dapat peluang untuk bekerja didalam konti, malah mereka juga boleh melihat pekerjaan ini dari sudut yang berbeza selain daripada menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang persekitaran, perniagaan dan sedikit sebanyak tentang politik.



Saya pun siap cuba bermain dengan role-play yang ada di BFM, KidZania Kuala Lumpur. Bagitahu kat anak korang, jangan takut nak join sebab tak susah langsung. BFM siap sediakan skrip dah, kita tinggal baca ikut flow saja.

Selain daripada dapat pengalaman beradi di dalam konti, mereka yang singgah ke BFM juga boleh dapat peluang untuk belajar tentang produksi, persiaran broadcast, kemahiran temuduga selain daripada bergembira dengan yang lain.



Harga tiket masuk KidZania Kuala Lumpur:
Kanak-kanak Umur 2-3 tahun: RM 44.00
Kanak-kanak Umur 4-17 tahun: RM 89.00
Dewasa: RM 48.00

Waktu operasi:
Ahad-Jumaat: 10AM-5PM
Sabtu & Cuti sekolah: 10AM-7PM
Isnin: Tutup kecuali cuti sekolah.


KidZania Kuala Lumpur
Curve NX, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
 Website: www.kidzania.com.my
Facebook: www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur
Instagram: www.instagram.com/kidzaniakl



With love,

1 comment:

  1. Kidzania memang satu peluang yang menarik buat kanak-kanak. Sambil bermain, dapat belajar dan memberikan lagi keyakinan diri kepada mereka. Love this place untuk bawak anak-anak buah lagi.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^