Kriteria Kerajaan Tempatan di Malaysia

Salam 1 Malaysia.

Hari tu aku kena buat homework untuk subjek Pengajian Malaysia aka Pengajian Am kalau kat form 6. Sebenarnya kerja ni senang je, tapi nak carik sumber die yang payah sikit. So, aku letak la kat sini untuk tatapan junior² aku nanti ;D

Kena carik pasal kriteria kerajaan tempatan yang terbahagi kepada 3 iaitu :
i) Dewan / Majlis Bandar raya
ii) Majlis Perbandaran
iii) Majlis Daerah


Bagi pentadbiran di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kriteria yang digunapakai bagi penentuan status PBT adalah seperti berikut:


Majlis / Dewan Bandaraya

(a) Pusat pentadbiran sesebuah negeri;
(b) Penduduknya tidak kurang dari 1 juta orang;
(c) Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil tahunannya tidak kurang dari RM 80 juta;
(d) Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat;
(e) Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh;
(f) Merupakan pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab-maktab, universiti-universiti dan perpustakaan;
(g) Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting.

Majlis Perbandaran
(a) Bandar utama seperti pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah;
(b) Penduduknya tidak kurang daripada 100,000 orang;
(c) Jumlah hasil tahunannya mesti tidak kurang dari RM 10 juta;
(d) Mempunyai pusat pentadbiran yang sedia ada;
(e) Keperluan penduduknya lebih tertumpu kepada perkhidmatan perbandaran yang berkualiti berbanding dengan projek-projek pembangunan prasarana;
(f) Tahap kecekapan pengurusan yang tinggi berasaskan perkara seperti pungutan cukai, penguatkuasaan dan pemberian perkhidmatan.

Majlis Daerah
(a) Lain-lain kawasan selain bandar-bandar utama;
(b) Penduduknya kurang 100,000 orang;
(c) Jumlah hasil tahunannya kurang dari RM 5 juta;
(d) Keperluan penduduk lebih kepada projek-projek pembangunan prasarana berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS