Alatan Penting Untuk Aktiviti Scuba

Di entry lepas, saya ada cerita pasal yang saya dapat peluang untuk ke kelas SCUBA. Serius itu merupakan pengalaman yang tak dapat saya lupakan sampai bebila. Klik sini "Pengalaman BerScuba".

Pada entry ni pulak, saya akan cerita sikit apa yang korang perlukan, dan beberapa alat dan peralatan yang penting untuk berscuba.


Memula skali korang mestila carik tempat nak scuba kan. Kalau tak ke pulau-pulau, kat swimming pool pun boleh. Asalkan korang ada alatan sendiri dah tak menggangu orang lain yang nak swimming.


Seterusnya, kalau dah ada tempat tu, korang perlukan pakaian yang sesuai untuk berscuba. Ada je orang yang scuba ni pakai bikini atau tak pakai pape pun, tapi saya takut nanti kene gigit dengan kuman-kuman air. HAHA


Jangan lupa untuk dengar briefing kumpulan kalau korang pergi dengan kumpulan, dan kalau korang pergi dengan buddie, iaitu dengan partner, pastikan bincang balik tanda-tanda sign dalam air. Tak kan nak cakap dalam air kot kan?


Kat sini ada alat yang lengkap yang saya akan cerita dengan lebih lanjut kat bawah. So, korang perlukan mask atau snorkel. Ini membantu untuk korang melihat dalam air dan membantu bernafas dalam air dengan ketinggian tidak melebihi 12 inchi.


Seterusnya tabung selam atau tangki gas. Ada yang pakai oxygen dan ada jugak yang pakai sejenis udara alami yang kita hirup kat alam ni. Yang macam dawai-dawai tu saje je. Untuk tak nak bagi bercalar.


Ini pulak adalah Buoyancy Compensator Device / BCD atau senang cakap life jecket korang masa dalam air nanti. Jacket ni boleh mengapungkan korang dan boleh jugak menenggelamkan korang. Jacket ni lah nanti yang korang pakai nak bawak tangki gas tu sekali.

Kat BCD ni ada jugak regulator yang akan menyalurkan udara dari tangki gas ke korang lah. Yang deorang pakai letak kat mulut tu.


Seterusnya adalah fins atau kaki katak atau apa-apa yang korang panggil. Ini penting sebagai kasut korang dalam air dan jugak supaya korang mudah nak berenang macam ikan dalam air tu nanti.

Nampak tak yang macam tali-tali tu? Itu pulak merupakan pemberat. Pemberat ni berbeza ikut berat badan korang, lagi berat korang, lagi berat lah pemberat yang korang kene pakai. Benda ni dia akan diikat di pinggang, yang macam belt tu.


Ok, ini adalah beg scuba untuk meletakkan peralatan scuba korang. Tangki gas takde lah nak letak sekali kan. Itukan berat, tak silap nanti beg korang yang koyak dulu.


Dan, jangan lupa, kalau korang nak pergi scuba kat mana-mana pulau tu, korang kene ada lesen atau sijil scuba ni. Pastikan sijil atau lesen korang tu valid dan rancanglah aktiviti scuba korang dengan teliti. Make sure ada orang tahu yang korang pegi scuba kat mana. Penting ni. Kotla korang hilang pegi memana ke nanti.


Jadi, korang dah ready. So, jum berSCUBA ^____^
 

Post a Comment

3 Comments

Story Nadya said…
best best dapat scuba . teringin hehe
Unknown said…
lessen ada tamat tempoh ke?

FOLLOWERS