Hai korang

Dah lama saya tak buat resepi kan. Haritu kat ofis, sedang bosan², tetiba membe ada idea nak buat something, nak buat PUDING ROTI. Bende ni kiteorang penah buat dulu masa belajar kat kolej. Lepas set time dan beli barang, keesokan harinya kiteorang pun mulakan projek ni.


Masa : 10 minit

Bahan-bahan:

(1) Roti
(2) Susu sejat / susu cair
(3) Kismis
(4) Pilihan- Gula secukup rasa
 

Cara-cara membuat :

1- Ambil roti dan carik-carikkan macam ni. Jangan besar dan jangan kecik sangat. Nanti susah nak gaul. Sila guna bekas yang lebih selesa.



2- Tuang susu sejat atau susu cair. *Pilihan: Boleh jugak pakai susu cair Dutch Lady, tapi susu tu tawar sikit, so kene tambah gula kalau nak*.


3- Gaulkan. Memang dia akan nampak lembek je. Kalau nak tau rasa die manis ke tawar, amik sikit dan rasa.


4- Lepas habis gaul sampai rata semua roti tu kene susu, masukkan kismis dan gaulkan sampai rata lagi.


5-Sediakan tray untuk bakar. Oleskan dengan butter sikit di sekeliling tray tu untuk mengelakkan daripada puding melekat ke tray. Then masukkan adunan tadi. Ratakan.


6- Masukkan dalam pembakar kek/roti selama 10 minit atau kurang. Cukup sekadar nak bagi die keras dan kering sikit. Saya pakai oven je dalam 10 minit.


7- Siap! Sila hidangkan. Korang jugak boleh taburkan gula aising. Tapi, makan macam ni pun sedap jugak :D


Selamat mencuba and have fun! ^___^