Isu Halal-Haram Air Mineral Spritzer

Pernah dengar tentang isu air Spritzer tak halal sebab kononnya kat Jalan Air Kuning Off, Taiping tu ada jerat cina? Saya tau pasal isu ni sebab mama saya yang cakap sebab dia baca artikel kat facebook. Oleh sebab tu, saya memang tak minum apa jenis air yang datang dari sumber Jalan Air Kuning Off.
Sabtu lepas, beberapa blogger telah dijemput oleh pihak Spritzer melalui BroFramestone untuk melawat kilang Spritzer yang terletak di Jalan Air Kuning Off, Taiping, Perak

Perjalanan bermula pada jam 8.30AM dari One Utama yang mengambil masa lebih kurang 2 jam telah diharungi degan pelbagai aktiviti seperti kuiz di dalam bas. Rare kan? Sampai je kat Taiping, benda pertama yang kiteorang buat adalah, MAKAN :D

Kredit: Hafiz Rahim
Selesai makan, bas pun gerak ke Kilang Spritzer. Turun je bas, seriously ramai staff Spritzer yang sambut kami dengan sangat mesra dan ramah sampai saya yang malu. Dalam hati saya *Eh, ramai jugak akak Melayu eh*.



Tahu tak korang, yang selain daripada Air Mineral, Spritzer jugak ada produk lain seperti Pop, Tinge, Fibre, Cola dan Sparking. Korang boleh pilih nak yang berkabonat atau tau. Saya paling suka Spritzer Fibre. Yummy~ :D


Pasal kes yang jerat cina tu, staff Spritzer sendiri yang terangkan kepada kiteorang. Siap bawak kiteorang ke tempat dimana punca air diambil lagi. Memang tak ada pun jerat cina kat sekitar situ. Kalau ada pun, kat bawah, Itu pun lebih kurang 10 minit dari kilang tu dengan menaiki kenderaan.

Dalam bangunan ni ada paip air yang di salurkan ke 400 kaki dari bawah tanah.
Replika pam air di dalam bangunan tadi.
Demi menjaga kualiti dan kebersihan punca air, kami tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan punca air tu. Lepas tu, kami dibawa masuk ke dalam kilang untuk melihat sendiri cara pemprosesan air in. *Tiada gambar semasa di dalam tempat pemprosesan*

Kat bawah ni ada gambar daripada Google yang menerangkan kedudukan sebenar punca air dan jerat cina tu. Punca air tu dekat dengan Loji Lembaga Air Perak ade lah, bukan dengan jerat cina. Thank you Hafiz Rahim.


Kedua-dua gambar Google, kredit: Hafiz Rahim
Sebenarnya, tanpa korang tahu, jenama Air Mineral Spritzer ni telah mendapat banyak pengiktirafan malah telah disahkan oleh badan² yang boleh dipercayai seperti, 
(1) JAKIM - Klik untuk lihat halal atau tidak
(2) SIRIM
(3) HACCP
(4) Kementerian Kesihatan Malaysia.


Korang boleh baca detail #SpritzerBloggerTrip ni dengan lebih detail kat blog² kat bawah ni.
(1)  http://hafizrahim.com/isu-panas-spritzer-terjawab/
(2) http://www.eazyizzuddin.com/2014/03/blogger-melawat-ke-kilang-spritzer.html
(3) http://akubiomed.com/air-mineral-spritzer-kandungan-osa-tinggi/
(4) http://www.benashaari.com/2014/03/spritzer-minuman-pilihan-aku.html
(5) http://ayuejean.blogspot.com/2014/03/hakikat-sebenar-spritzer.html
(6) http://ariffshah.com/punca-air-mineral-spritzer/
(7) http://www.deqnoor.com/2014/03/merungkai-punca-air-spritzer-tiada-apa.html
(8) http://kisahtatie.blogspot.com/2014/03/RAHSIA-DISEBALIK-KILANG-SPRITZER.html
(9) http://www.yanty.my/2014/03/punca-air-minuman-spritzer-bukan-dari.html
(10) http://www.broframestone.com/2014/03/kontroversi-sumber-sebenar-air-spritzer-didedahkan/
(11) http://denaihati.com/air-spritzer-diragui-kesuciannya
(12) http://aliffcullen.net/blog/2014/03/06/aktiviti-lawatan-ke-kilang-spritzer/

Oh. Kepada Spritzer, thank you sebab layan kami dengan baik sekali. Andd, thank you untuk goodie bag, bagi rasa air percuma dan cenderamata. 

Kepada korang yang teringin jugak nak buat lawatan sambil belajar kat sini, boleh lah contact pihak Spritzer pada waktu pejabat untuk melihat sendiri. Kami tak tipu dan takda apa pun yang Spritzer nak sorok.

 

Post a Comment

15 Comments

Anonymous said…
Harap semua kontroversi tak jawab. Bangga negara mempunyai aset air mineral yang berkualiti tinggi.
@AkuBiomed
tak jawab atau terjawab? :D
Eimma said…
wow! bestnya yani dapat mlawat kilang spritzer ;)
lizz said…
Malaysia ni selalu sangat buat kontroversi macam ni. susah nak membangun negara.hahaha!

http://www.lizarazak.com
Azlan Strider said…
owh...pergi jugak melawat kilang spritzer aritu ek..ade perasan trip nie kat IG ayu jean..hehehehe

Regards,
-Strider-
Azlan Strider said…
owh...pergi jugak melawat kilang spritzer aritu ek..ade perasan trip nie kat IG ayu jean..hehehehe

Regards,
-Strider-
Kekzamanis said…
Akak mmg air mineral favourite ada 2 je.. Satu Spritzer.. Satu lagi Bleu.. =)
Best tau. Staff die sangat ramah. Sopan.
Haha. Memang. Ramai sangat tv dan radio bergerak.
Aah. Pegi jgk. Mcm rugi je kalau tolak peluang mcm ni kan.
Unknown said…
assalamualaikum...

pernah juga minum air jenama ni tapi jarang2.
Geng Borak said…
gunakan tanpa rasa ragu ragu... jom spritzer!!!
Santan Manis said…
Nice info tuan rumah! :) Jom jemput singgah ke blog SM :D

http://santanmanis.blogspot.com/2014/03/nostalgia-sangat-dengan-gula-gula-nie.html
AL said…
Seronoknyaaaa..... dapat air free. :P

FOLLOWERS