Assalamualaikum dan hai.
Cabaran hari ke 7 ni memang membuatkan aku agak pening kepala dan malas sebab topik dia macam aku tak ada idea nak tulis pasal apa. Lepas tu, hari ni pulak cuti. Jadi malas tu berganda. Hihi :D
Cabaran Hari 7: Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda
Bercakap tentang pendidikan atau pelajaran ni, aku ke tadika sejak umur aku 5 tahun lagi. Tadika aku ni cikgu dia baik-baik dan penyayang. Seriously. Aku ingat lagi, kiteorang belajar tentang moral, agama, dan matapelajaran basic lain. Jarang ada tadika yang nak ajar semua doa-doa harian. Sampai sekarang aku ingat doa-doa tu. Tadika Ummi.
Sekolah rendah aku Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau. cikgu kat sekolah ni penyayang dan caring. Selalu bantu aku dalam pelajaran terutama cikgu Maths aku. Aku jenis kalau tak faham, aku akan tanya, kalau tak faham lagi, aku akan tanya sampai lah faham. Dan cikgu ni akan ajar aku sampai aku faham tanpa marah-marah atau berleter :D
Sekolah menengah aku ada 2, masa aku tingkatan 1-3 aku sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St George atau St. George Girls School. Kat sekolah ni lah yang deorang latih aku jadi atlit sampai aku boleh ke peringkat kebangsaan dan marathon peringkat antarabangsa. Macam-macam sukan aku masuk. Olahraga, hoki, taekwando dan banyak lagi.
Aku lukis masa final exam Pendidikan Seni masa tingkatan 2. |
Then tingkatan 4 sampai habis SPM aku sekolah dekat dengan rumah sebab nk tolong mama jaga adik. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri, Balik Pulau. Walaupun sekolah ni kat kampung, aku pergi sekolah jalan kaki hampir 3KM setiap hari, tapi suasana dia memang mendamaikan.
Perbezaan antara sekolah bandar dan kampung memang sangat besar. Dulu sekolah bandar takda pun bacaan Yassin tiap-tiap Jumaat sebab tu maybe sekolah Inggeris. Dulu sekolah bandar sekolah perempuan saja, jadi pemakaian tudung tak wajib.
Lepas tu, kat sekolah kampung bila aku selalu naik pentas *sebab wakil sekolah dan menang*, then confirm kene kacau dengan budak lelaki. Terutama kalau aku menang pertandingan taekwando. Zaman sekolah dulu aku tak bercinta atau couple pun sebab malu. Maklumlah, 3 tahun aku kat sekolah perempuan.
Bila lepas SPM pulak, parent aku tak pernah nak paksa aku. Just abah aku pesan "Abah bagi pendapat ja. Hang pilihlah nak mana pun, asalkan jangan menyusahkan abah". Sampai aku pulak rasa bersalah nak pilih bidang aku nak belajar dulu. At last, aku pilih bidang Perubatan.
Overall, aku rasa sejauh mana pun pendidikan seseorang tu, yang paling penting adalah skill dia. Contoh: Dia ada ijazah computer, tapi tak reti nk repair computer. Zaman sekarang orang pandang skill. Gaji pun depend kat pengalaman. Unless korang keje kerajaan. Abah aku kerja sendiri and Mama kerajaan. So aku nampak mana pro dan cons dia.
As for aku, aku ada future planning untuk dalam 5 tahun akan datang. Nak dapat banyak pengalaman dulu, tengok market, and inshaAllah. Darah orang berniaga masih dalam badan aku.
Till then.
#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari
6 Comments
Yeap. skill tu juga penting :)
Thank you :)
Yes, sangat penting zaman sekarang.
Salam kenal :)