Kursus Kahwin Datuk Keramat (Bukit Aman)

Assalamualaikum bride-to-be.

Entry ni pasal macam mana aku jumpa tempat untuk kursus pra-perkahwinan. Sebenarnya, nak dijadikan cerita, minggu yang aku pergi kursus ni merupakan minggu terakhir untuk bayaran RM 80. So sekarang ni bayarannya adalah RM 120.

Kalau korang mencari kursus kahwin area Kuala Lumpur (Datuk Keramat /  Danau Kota / Gombak), aku seriously recommend Kursus Kahwin di Datuk Keramat (LINK) ni. Aku baca review semua best je, servis layanan kepada aku masa aku tanya soalan pun nice je. Kiranya aku suka la cara deorang organize dan sebab aku nak kawen, so wajib pergi amik kursus ni.


Sebenarnya boleh je kalau nak walk-in, tapi kalau full memang korang tak dapat masukklah sebab dia ada limit maksima orang. Jadi baik book je, bukan kena bayar extra pun. Masa aku kursus kat sini, masih lagi Kursus Kahwin Bukit Aman tapi sekarang dah pindah kat Datuk Keramat so nama dia pun tukarlah Kursus Kahwin Datuk Keramat. Lokasi dia kat Masjid Al-Akram Datuk Keramat which korang akan nampak banner Kursus Kahwin Datuk Keramat kalau korang dah sampai kat sana.

Personal Review:

1. Memula sekali mesti la sebab lokasi yang dekat untuk aku pergi. Dewan kuliah yang selesa, ber air-cond dan kerusi yang syok penting jugak.
2. Masa: Aku memang nak half day hari ahad, kebanyakan tempat mesti ahad tu full day, so ni salah satu sebab jugak.
3. Food! Makanan yang disediakan not bad. Siap ada pencuci mulut wei.
4. Paling penting! Penceramah yang Ya Allah, seriously tak bosan langsung. Tapi tipu la kalau aku cakap semua best kan. Ada la sorang dua yang tak best sangat maybe sebab topik dia bosan kot.
5. Penceramah aktif: Sebab aku suka orang tanya-tanya soalan dan aku angkat tangan so best la bagi aku. Kalau korang takut kene tanya soalan, duduk belakang-belakang sikit, Tapi soalan penceramah tu tanya bukan susah pun.
6. Pusat kursus ni available every weekend (kecuali kalau masjid tu ada event dan hari raya) so korang boleh pilih mana-mana weekend yang korang free.
7. Korang boleh contact mereka untuk request weekdays kalau korang susah nak pergi Sabtu dan Ahad.

Sekarang yuran dan RM 120 seorang tau.

Guide untuk korang yang nak ke kursus kahwin:

1. Sila pakai pakaian yang menutup aurat. Kalau perempuan lebih baik jubah atau baju kurung dan sila pakai tudung.
2. Kebanyakan tempat kursus kahwin akan sediakan 3 kali makan-makan percuma (2 kali lunch dan 1 minum petang).
3. Korang takkan dapat sijil kursus hari tu, mungkin mengambil masa 7 hari paling cepat.
4. Kebanyakan tempat kursus kahwin akan sediakan buku, file dan pen / pensil.
5. Sila bawa RM 120 seorang untuk yuran, selalunya bayar on the spot.

Note: Untuk setakat ni, masih lagi tiada ujian kefahaman Agama Islam dan masa kursus masih lagi 1 hari setengah. (update 31.01.2016).

Kursus Kahwin Datuk Keramat
Lokasi: Masjid Al-Akram Datuk Keramat


Selain daripada sekarang lokasi mereka kat Masjid Al-Akram Datuk Keramat, mereka jugak ada Kursus Kahwin Gombak di belakang Pasaraya Ong Tai Kim dan juga Kursus Kahwin Danau Kota di Medan Selera Danau Kota. Boleh rujuk banner untuk info lanjut.

 

Contact detail:

Kursus Kahwin Datuk Keramat (dahulunya Kursus Kahwin Bukit Aman):
Whatsapp / SMS / Telefon: 010 786 9471
Website: kursuskahwinkl.net
Facebook: Kursus Kahwin Datuk Keramat
Instagram: kursuskahwinnet

Post a Comment

6 Comments

Beeha Azman said…
hai sis, saya follow . :D
y i e n said…
Teringat pulak kenangan pegi kursus kawen dulu *4 tahun lepas
marhaeink said…
Saya pun ambil kursus under dorang.
Ye ke? Best kan kat sini.
Lama dah tu kak. Silibus pun maybe dah lain.

FOLLOWERS