Pernah tak kadang-kadang rasa macam malas gila nak syampu rambut tapi nak rambut sentiasa wangi? Mesti pernah kan? Kadang-kadang nak mandi pun rasa malas je nak basahkan rambut. Buat pulak kalau korang yang jenis pakai tudung.
Haritu aku mencari juga dry syampoo, tapi asyik habis stock je. Nasib baik terjumpa dengan Hajarose Kuala Lumpur Hair Mist ni. Hajarose KL ini merupakan satu syarikat Malaysia yang baru je melancarkan wangian rambut mereka.
Wangian rambut atau hair mist keluaran Hajarose Kuala Lumpur ada dua wangian yang memang wangi sampai 2-3 hari boleh tahan iaitu:
1. Melur: Tak cuba lagi, tapi dengar review memang sedap bau dia.
2. Teratai Biru: Aku cuba yang ini sebab nak juga tahu bau Teratai Biru macam mana.
Kalau korang order hair mist dari Hajarose Kuala Lumpur , ni la rupa packaging yang korang akan dapat. Walaupun botol kaca, jangan risau sebab deorang memang akan betul-betul balut parcel korang supaya masa dapat tu tak pecah.
Nozel semburan untuk botol hair mist ni memang jenis yang mudah nak pakai, mudah nak sembur. Setakat ni, bila aku spray, tak ada pulak terkena-kena kat tangan.
Botol dia pulak memang botol yang mahal, bukan jenis senang pecah, setakat jatuh sekali dua tu memang tak ada la nak pecah. Selain tu, kalau la korang terdesak perlukan minyak wangi, spray je hair mist ni. Wangi gila.
Bahan utama:
Panthenol, Vitamin B5, Vitamin E.
Bahan-bahan di atas ini berfungsi untuk menyegarkan rambut dan juga melembapkan rambut secara semula jadi dari luar dan dalam.
Ramuan:
Air, Alcohol Denat, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Polysorbate 20, PPG-20 Methyl Glucose Ether, Fragrance, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Benzophenone-4, Disodium EDTA.
Harga:
RM 39.90 (50ml)
Pendapat peribadi:
1. Hair mist ni agak melekit, jadi perlu basuh tangan lepas apply kat rambut.
2. Wangian dia memang wangi sangat, tapi mengikut suami aku, wangian dia wangi yang tak memeningkan kepala, maksudnya, dia suka lettew.
3. Cara nak pakai memang senang, lebih kurang macam nak pakai minyak rambut je, spray je, tak pakai bilas dah.
4. Bau wangi selalunya tahan dalam 2-3 hari. Boleh juga kalau nak spray hari-hari sebab hair mist ni ada bahan yang membantu untuk melembapkan rambut.
5. Sesuai untuk korang yang free hair atau yang pakai tudung. Ye lah, kengkadang berpeluh-peluh bau masam je kan, tapi tak sempat nak cuci rambut.
Hajarose Kuala Lumpur
Website: www.hajarose.com
Instagram: hajarosekl
Facebook: hajarosekl
Whatsapp: 012 7071725
17 Comments
Adriana
http://www.adrianathani.com
Yes, indeed, but I bagi this one kat my mom, dia tak tahan bau wangi. :D