Assalamualaikum dan hello :)
Tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan, SELAMAT HARI WANITA kepada semua wanita, terutamanya kepada mama dan ibu mertua dan semua wanita hebat yang ada di muka bumi ini.
Ada yang best dan ada yang tak best jadi wanita, yang bestnya, kita ada hari khas untuk menyambut dan memperingati jasa dan usaha kaum kita dalam pelbagai aspek. Lelaki mana ada kan? HAHA.
Banyak tahu peranan wanita dalam kehidupan kita sebab wanita ni lah ibu, isteri, anak, kakak, adik, sahabat, ketua dan pemimpin. Pentingnya wanita sampai ada kata-kata seperti:
★ Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
★ Beind every sucessfull man is a women
★ Wanita menjunjung separuh langit (Kata-kata orang Cina)
Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International.
Aku berpeluang untuk menyambut hari wanita bersama-sama dengan Stellavingze International. Ramai betul wanita hebat yang turut serta dalam majlis makan malam sempena dengan Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International 2017.
Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International diadakan untuk mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.
Antara panel dan wanita hebat yang turut serta pada sambutan hari wanita anjuran Stellavingze International adalah:
- Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
- Datin Azizan binti Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
- Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
- Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International.
Melalui ucapan daripada Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha, peranan wanita amat penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia yang menyumbang kepada modal insan yang berharga kepada negara.
Datin Azizan pula berkata wanita yang cemerang adalah aset negara yang paling berharga. Beliau menyeru wanita di Malaysia untuk meningkatkan ilmu dan kebolehan dalam mengecapi impian masing-masing.
Stellavingze International
Stellavingze International diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang merupakan seorang usahawan wanita yang telah membawa syarikat miliknya menerajui pasaran global.
Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Awards Women in Bussiness dan The International Diamond Prize for Excellence Quality (ESQR). Datuk Stella Chin juga merupakan seorang ibu, isteri dan anak.
Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.
Kursus Stellavingze International
1. Stellavingze Smart Star: Peningkatan Nilai Kewanitaan
Objektif: Membantu wanita dalam mengurus diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak dan mempunyai kehidupan yang seimbang dan indah
Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star termasuk kelas imej, iesihatan dan kecantikan, pembentukan minda dan rohani, pengurusan rumah tangga, interaksi bersama anak, formula kehidupan
2. Stellavingze Guiding Star: Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti
Objektif: Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya, mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya.
Kursus dan Latihan: kelas imej perniagaan, latihan skill perniagaan, kursus ekslusif home party MELILEA, latihan profesional kesihatan dan kecantikan, kelas pengurusan perniagaan, kelas kualiti kepimpinan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Stellavingze International, boleh layari:
Stellavingze International Sdn Bhd
L3, No 6, Avenue 3, The Horizon
Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Contact: 03 2262 1116
Email: aliceyeoh@stellavingze.com
Website: www.stellavingzeinternational.com
Untuk menjadi sukarelawan,
Website: starladies-international.com/news
With love,
20 Comments