7 Tips Terbaik Cara Jodohkan Orang dari Lunch Actually

Hello korang,

Korang ada tak ada rasa macam nak jodohkan (matchmaking) kawan yang single dengan membe. Contoh: Aku ada kawan perempuan yang single, then aku rasa ada kawan lelaki aku ni sesuai dengan dia jadi aku nak jodohkan la mereka ni. Mana tau kot la sesuai.

Tapi aku terfikir, deorang okay ke aku buat macam ni. Walaupun aku suka mereka bersama, tapi deorang okay ke kalau aku kenenkan? Kang tak pepasal kena marah then bergaduh pulak kan. 

Terima kasih kepada syarikat "Lunch Actually" sebab sudi jemput aku untuk menghadiri bengkel "Matchmaking Masterclass" tempoh hari. Banyak input yang aku belajar. Tak sangka, agensi dating macam ni dah wujud kat Malaysia.


Dalam kelas Matchmaking Masterclass kali ini lebih fokus kepada topik: Discover the Lost Art of Matchmaking yang dimana founder Lunch Actually sendiri, Ms Violet Lim akan kongsi tips beliau dalam skil jodohkan orang ni.


7 Tips Terbaik Cara Jodohkan Orang

1. Minta Izin

Sebelum korang nak bawa member pegi jumpa yang mungkin bakal pasangan dia tu, paling-paling bagitau la dia, mintak kebenaran bagitahu tujuan korang. Ye la, tak semua orang okay dengan cara kita. Mungkin la dia memang tak bersedia nak ada pasangan lagi ke kan.

2. Kita Bukan Tuhan

Maksudnya, kita ni boleh ramalkan dan cuba jodohkan, tapi tak semestinya mereka tu serasi. Kadang-kadang kita rasa kawan yang sesama main game akan lebih serasi, padahal deorang taknak pasangan main game jugak.

3. Perbaiki Skil Matchmaking Anda

Seseorang matchmaker yang baik adalah mereka yang mengambil masa untuk mengenali skil dan kata hati mereka. Mereka perlu sensitif dan ada pandangan dari pelbagai aspek dan perspektif.

4. Belajar Apa Yang Mereka Mahu, Tahu Apa Yang Mereka Perlu

Matchmaker patut mengambil masa untuk lebih mengenali orang yang mereka nak jodohkan tu sebab nak jodohkan orang ada banyak faktor kita kena tahu. Contoh: hobi, hubungan lalu, kepercayaan mereka, dan banyak lagi.

5. Memberi Kasih-Sayang Memang Sukar

Belajar untuk cakap secara lembut dan memujuk. Setengah orang, nak calon pasangan dia tinggi la, kurus la, pandai la tapi itu semua bukan faktor untuk hubungan yang berjaya dan bermakna. Jadi tugas kita kena nasihat mereka.

6. Memahami Halangan

Tak mudah untuk seseorang bukak cerita mengenai kehidupan peribadi dia, tapi itu salah satu tugas sebagai matchmaker. Korang perlu tahu, kenapa mereka macam tu, dan apa halangan yang mereka hadapi contoh macam tak yakin atau fobia dengan pengalaman lalu.

7. Paling Penting, Jadi Non-Judgemental

Point paling penting sekali jangan senang-senang kita nilai seseorang tu dari perangai dia bila 1-2 kali jumpa. Kita kena kenal pasti cara dia dengan pelbagai faktor. Kotla dia bad mood ke apa semua tu mempengaruhi rasa mereka.

Sebagai matchmaker, kita kenalah jadi pendengar yang baik, tanpa mengadili masalah mereka, dan pada waktu yang sama jangan mudah milai seseorang.

Officially a certified Cupid!

Siapa yang nak aku jodohkan atau nam minta nasihat pasal pasangan, meh la tanya aku. Dah ada sijil jodohkan orang ni. Hewhew


Siapa sebenarnya Lunch Actually ?

"Lunch Actually" merupakan agensi menjodohkan orang yang pertama dan terbesar di Asia dengan pengalaman 13 tahun dalam menjodohkan pelanggan mereka yang kebanyakan berasal dari Singapura, Hong Kong, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Tujuan mereka untuk membuka syarikat dating yang selamat dan selesa ini adalah khas untuk orang yang berkerjaya yang sibuk sampai tak ada masa nak cari pasangan hidup. Sampai ke harini, mereka dah berjaya jodohkan hampir 90,000 pasangan di seluruh Asia Tenggara.


Untuk korang yang masih single, berkerjaya yang mencari pasangan hidup, tapi segan nak berjumpa dengan orang dan tak ada masa nak cari, boleh la telefon dan singgah ke pejabat Lunch Actually untuk konsultasi secara percuma.

Lunch Actually
Alamat: Suite A-29-10, Level 29,
Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama, 
Bangsar 59000, Kuala Lumpur
Contact: +603 2282 8310
Email: klcupids@lunchactually.com

Untuk informasi korang, Lunch Actually ada pejabat di 6 lokasi di seluruh Asia Tenggara dan 2 pejabat di Malaysia (Kuala Lumpur & Pulau Pinang).

Post a Comment

12 Comments

Sunshine Kelly said…
I have heard about this before, perhaps will intro to my single friends to try it out.
good we can let singles to know this. Me too find my hub from internet.
Mhownai said…
This is like a speed dating or something? This is really thrilling!
Em said…
Even though I did not attend the masterclass, I am happy to read all the tips that you have shared. Am single myself, so not qualified to be a matchmaker. HAHAHA
Jia Shin Lee said…
This is so fun! If I was single hahahaha
Tengkubutang said…
amboih.. ada juga macam ni yea.. boleh lah carikan jodoh orang lepas ni .. heee..
Hahaha. What a good tips to be a cupid. Thanks for sharing :)
Betty's Journey said…
Will sharing this with my single friends. Hope they can find their Prince or princess.
仙妮 said…
Ha...ha...I trust you can be a pretty Cupid! Yeah! Great tips sharing here. Cheers, SiennyLovesDrawing
Miera Nadhirah said…
Interesting.. ideal for those yang betul tak ada masa. But kesian also..too much work makes jack a dull boy... Find time to meet people and fall in love naturally lah
Absolute Yana said…
wow...there's even a service like this now? my whole company should sign up for this..because they were the ones who persuaded me to be with a guy which is my boyfriend now..hhahhahaha
Sharon Lee said…
This kind of class actually not that bad as well! If I got friend needed, I will propose you to him/her la haha

FOLLOWERS