Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramadhan bakal tiba dan semestinya sekarang ada yang dah mula survey kat mana nak berbuka. Untuk pertama kalinya, Hotel The Grand Campbell akan menawarkan buffet sepanjang bulan Ramadhan khas untuk pelanggan mereka.
Buffet Ramadhan di Hotel Grand Campbell menjanjikan keseronokan dan keselesaan dalam juadah berbuka puasa dan korang boleh makan sebanyak mana yang korang nak makan dengan hidangan sedap yang dihidangkan.
Buffet Ramadhan ini akan diadakan di Dewan Bunga Raya, tingkat atas sekali banggunan Kompleks Campbell. Hotel ni dekat dengan Jalan Tunku Abdul Rahman tau, kalau datang hari Sabtu, boleh la singgah cari barang Raya kat sana.
Buffet Ramadhan ini akan diadakan di Dewan Bunga Raya, tingkat atas sekali banggunan Kompleks Campbell. Hotel ni dekat dengan Jalan Tunku Abdul Rahman tau, kalau datang hari Sabtu, boleh la singgah cari barang Raya kat sana.
Susunan meja makan di Dewan Bunga Raya, Hotel The Grand Campbell ekskusif. Walaupun meja rasa macam tak muat nak makan 10 orang, tapi sebabkan susunan dan meja tu besar, menyebabkan orang rasa lebih selesa. Sesuai datang dalam kumpulan besar.
Menu yang ditawarkan juga khas yang dimana setiap hari, menu takkan sama. Hari Isnin lain, Selasa pun lain, boleh refer website mereka untuk hidangan juadah berbuka yang akan dihidangkan. Tapi, jangan risau, kambing golek, ayam percik dan ikan bakar ada setiap hari.
Juadah yang dihidangkan adalah banyak, bermula dengan pembuka selera, sambal, sup, hidangan lauk panas, panggangan, manisan dan minuman.
Antara hidangan juadah berbuka puasa yang akan ditawarkan adalah:
Nasi Beringin
Gulai Sotong Nenas
Kari Udang dan Nenas
Kari Ayam
Kambing Masak Jintan
Stir Fries Mussel with Thai Saute
Rojak Buah dan Ulam-Ulaman
Sup Asam Pedas Daging
Mee Kari
Kuih Muih
Makanan Ringan, Keropok, Kekacang dan Jeruk
Nak datang sini sesuai datang ramai-ramai sebab lagi ramai datang, lagi murah. Korang boleh pilih untuk booking sebelum datang atau walk-in. Tapi kalau walk-in tetiba full, jangan bising ya. Baik book dulu sebelum datang.
Tarikh: 26 Mei - 24 Jun 2017
Masa: 7.30PM- 9.30PM
Harga: RM 55 (Dewasa), RM 35 (Kanak-kanak)
Promo: Beli 10 orang, percuma 1 orang.
Campbell Complex 98, Jalan Dang Wangi,
50100 Kuala Lumpur.
Contact: 03 26941717
Website: www.grandcampbellhotel.com
Email: info@grandcampbellhotel.com
Selamat menyambut bulan Ramadhan :)
10 Comments
Cheers, SiennyLovesDrawing