Jenama syarikat rantaian antarabangsa KOI Thé yang asalnya dari Taiwan dari tahun 2006 yang kini sedang menempa nama di kebanyakan negara Asia seperti China, Indonesia dan Singapura ini telah berjaya membuka cawangan yang pertama di Malaysia.
KOI The menawarkan pelbagai jenis pilihan minuman berasaskan teh. Ada teh biasa, teh hijau, teh buahan dan paling spesial, macchiato. Menu minuman ini boleh didapati dengan harga bermula dari RM5 hingga RM13. KOI The hanya menjual minuman sejuk dan tiada minuman panas.
Sama macam kebanyakan cafe, KOI The turut menyediakan ruang untuk lepak lepas kita beli air. Apa yang aku suka tentang ruang yang disediakan adalah, ruang tu luas, tak sempit. Jadi nak minum pun tak adala rasa macam sesak je.
Dekorasi dalaman pun cantik. Ala-ala modern macam tu. Tak tahu la aku outlet mereka kat Taiwan macam ni jugak ke apa, tapi aku suka. Terutama figura teh yang besar gedabak tu. Rare kot.
Konsep dia layan diri, dimana korang perlu beratur untuk order minuman pilihan korang. Lepas order, kena tunggu, dah lepas siap ambil di kaunter semula.
Ada 2 pilihan saiz minuman kat sini, besar dah kecil. Ini pun unik juga sebab selalunya kalau cafe lain, kecil dia tu besar juga. Ini memang betul kecil, sesuai la dengan aku sebab nak minum, tapi taknak minum banyak sangat.
Macam biasa, korang juga boleh pilih kandungan paras gula atau ais nak banyuak mana. Nak kurang ke, lebih ke.
Saiz besar dan kecil di KOI The |
Antara minuman yang aku sarankan untuk korang cuba adalah seperti kat bawah. Aku letak harga sekali untuk saiz besar dan kecil.
Milk Tea RM7/ RM9.50
Grass Jelly Milk Tea RM8.50/ RM11.50
Golden Bubble Milk Tea RM6/ RM9
Aku suka yang ini sebab 'bubble' atau kita kenal dengan nama 'pearl' dia sedap. Bubble dia memang sungguh-sungguh rasa homemade. Bubble dia kecik je, saiz mini comel je. Teh dia jangan cakap la, rasa pekat macam Taiwan-Thai punya teh.
Black Tea Macchiato RM6.50/ RM10.50
Aku terkejut yang rasa Black Tea Macchiato ni sedap sangat, malah antara banyak-banyak minuman, ini paling aku suka. Walaupun nama dia macam air ni pekat pahit je, tapi sebenarnya tak langsung. Pandai deorang campurkan susu dengan teh hitam untuk rasa yang balance.
Kalau teringin nak cuba kedai bubble tea yang terbaru kat Malaysia boleh la singgah di cawangan KOI The di 1 Utama, KLCC dan Sunway Pyramid.
KOI Thé Malaysia
LG 329 (new wing), 1 Utama Shopping Mall.
Website: www.koithe.com
Email: malaysia@koicafe.com
Till then,
14 Comments