Aku tak pernah berbuka puasa kat Bangi Golf Resort (BGR) sebelum ni. Excited juga nak merasa makan kat sini sebab dengar review banyak cakap makanan sini sedap dan harga pun murah je.
Untuk buffet berbuka puasa pada tahun ini, Bangi Golf Resort bakal menghidangkan lebih daripada 200 jenis juadah istimewa dan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Menu yang dihidangkan memang merupakan yang dimasak khas untuk orang Malaysia.
Restoran Bangi Golf Resort telah mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM. Jadi tak perlu risau nak bawa seluruh keluarga makan kat sini sebab dan tentu Halal dan bersih. Makanan pun sedap dan fresh pulak tu.
Selain daripada lokasi Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort yang selesa dan luas, mereka turut menyediakan kemudahan yang lain seperti parkir percuma dan surau untuk umat Islam menunaikan solat Maghrib sebelum makan.
Pemberian meja adalah berdasarkan bilangan orang yang hadir, dan jangan risau sebab ruang antara meja korang dengan sebelah agak luas. Tak perlu risau kalau terlanggar ke apa.
Lebih menarik lagi, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari. Kiranya korang bolah makan dari lepas Azam Maghrib sampai 9.30 malam!
Antara 200 juadah yang akan dihidangkan, kat bawah ada beberapa hidangan yang aku dah cuba dan aku rasa patut korang cuba nanti kalau berbuka kat Bangi Golf Resort. Semua hidangan yang ada memang terbaik dari ladang. :)
Kambing Bakar
Aku rasa yang buatkan Kambing Bakar kat sini lain daripada yang lain adalah sos dia. Rasa sos dia masam-manis-pedas yang bila cicah dengan kambing, dan makan dengan nasi memang sedap. Daging dia pun korang boleh pilih nak potonga yang nipis atau tebal.
Peri-Peri Chicken Drumlets
Nasi Lemak Istimewa
Nasi lemak merupakan salah satu menu khas untuk buffet berbuka puasa pada tahun ini. Menu ini bukan sahaja dihidangkan dengan hidangan side dish yang biasa, tapi juga ada hidangan campuran lain seperti ikan dan ayam.
Menu ini akan dihidangkan dengan Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masam Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.
Ayam Bercili Masak Ketumbar
Ikan Masak Ayam Kari
Telur Rebus Goreng Masak Tomato
Mee dan Sup
Untuk korang yang tak makan nasi atau dah makan nasi tapi lapar lagi, ada gerai stall yang menghidangkan mee yang disediakan di buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Banyak jenis mee yang ada daripada mee Melayu, Mamak, sampai lah ke hidangan Barat pun ada.
Mee Rebus
Golden Sand Spaghetti Carbonara
Mee Soto
Sup Kambing Mamak
Sup ni hot sebab sedap. Kadang-kadangkan, bila kita makan sup kambing, ada je bau hanyir, yang ni aku jamin tak ada bau pape, bau wangi sup kambing je. Aku suka rasa dia sebab pedas yang tak pedas sangat. Ada juga disediakan roti untuk korang makan dengan sup.
Satay Ayam dan Daging dengan kuah kacang
Pencuci mulut
Ada banyak seleksi pencuci mulut yang akan memberi kepuasakan untuk pengunjung nanti. Pilihan yang ada adalah seperti Spanish Churros, aneka kek (Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake dan aneka puding (Tropical Nectar Caramel Surprise, Banana-na).
Pelbagai jenis kuih-muih traditional
Pelbagai jenis Swiss Rolls
(Red Velvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate)
Pelbagai jenis puding dan agar-agar
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort (BGR) tahun 2017.
Tarikh: 29 Mei 2017 - 23 Jun 2017
Harga: RM58 (Dewasa), RM28 (Kanak-kanak)
Restoran Bangi Golf Resort
No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Contact: 1-700-71-7558
Website: www.bgrrest.com
Facebook: bangigolfresort
Instagram: @bangigolfresortofficial
Till then, Selamat Berpuasa :)
14 Comments