Buffet Ramadhan Restoran Pot&Pan, PICC

Assalamualaikum,

Menjelang dengan ketibaan bulan Ramadhan yang kurang dari sebulan, Restoran Pot&Pan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sekali lagi akan menehidangkan hidangan buffet sebanyak lebih dari 300 juadah hasil masakan chef berpengalaman PICC.

Juadah berbuka puasa di PICC pada tahun 2017 adalah bertemakan "International Iftar" yang dimana akan menghidangkan makanan masakan antarabangsa dan masakan tradisi Melayu.


Menu khas yang akan dihidangkan oleh Restoran Pot&Pan, PICC adalah Nasi Briyani Buloh, Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Istimewa. Hidangan ini akan menjadi pilihan untuk korang yang mencari kelainan dalam hidangan berbuka puasa.


Nasi Briyani Buloh

Nasi briyani ini lain daripada lain sebab ianya dimasak didalam buloh. Pertama kali aku makan nasi briyani style lemang. Tapi dengar info, tak adalah deorang bakar nasi tu sampai 12 jam macam lemang, hanya dalam 30 minit saja. Tapi memang sedap.



Ikan Bakar Istimewa

Pertama kali juga aku makan ikan bakar yang disalut dengan garam bukit. Garam ni membuatkan ikan tak bau hanyir dan isi lebih lembut. Masa makan, garam letak tepi dan makan isi saja, percaya lah, tak ada rasa masin langsung.

Kaki Lembu Panggang


Selain itu, terdapat juga juadah berbuka tradisi masyarakat Melayu yang hot dan kan mendapat perhatian seperti Kari Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis dan Nasi Dagang.

Masakan lauk-pauk ini sedap dimakan bersama dengan nasi putih atau dengan nasi briyani tadi. Sedap juga kalau nak makan begitu saja tanpa nasi. 


Daging Hitam Manis



Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi

Untuk pengunjung yang tak suka makan masakan berat dan nak yang lebih ringan seperti, boleh cuba aneka jenis sup, aneka mee, makanan Arab dan masakan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu, Daging Bakar, Ayam Percik dan Solok Lada.

Sup Ekor


Nasi Kerabu

Jangan lupa cuba pelbagai jenis pencuci mulut yang dihidangkan di buffet Ramadhan Restoran Pot&Pan, PICC nanti. 

Khas untuk penggemar hidangan kuih tradisi pemanis mulut ala kampung pun ada dihidangkan seperti pengat pisang, pengat nangka, bubur kacang hijau durian, talam cendol, kuih lapis, wajik durian dan talam keladi. 

Aneka kuih tradisi Melayu

Selain itu, ada juga hidangan pemanis mulut yang lain seperti putu mayam dengan gula Melaka, kek pandan, tat keju, pulut mangga, puding coklat serta banyak pilihan kuih yang lain. Boleh pening kepala nak pilih kuih apa nak makan.

Tak dilupakan, menu buah-buahan dan salad untuk penutup hidangan atau untuk korang yang sedang jaga makan yang nak makan makanan yang lebih sihat :D

Aneka buah-buahan

Yang lagi menarik untuk Ramadhan tahun 2017, Restoran Pot&Pan, PICC akan mengagihkan 1000 bungkus bubur lambuk percuma kepada orang ramai pada 29 Mei 2017 (4PM-5PM) di pintu masuk utama PICC. Singgah la sana nanti untuk ambil ya.

Bubur Lambuk

Promosi:
13 April - 15 Mei 2017: Diskaun 15% untuk belian awal.
21 April - 15 Mei 2017: Diskaun 20% untuk pembelian atas talian di (www.ticketonline.my/picc)

Harga
RM98 (Dewasa), RM49 (Kanak-kanak)

Restoran Pot&Pan
Level concourse, Putrajaya International Convention Centre (PICC),
Presint 5, Putrajaya.
Booking: 013-5299496/ 03-88876000
Website: www.picc.com.my
Facebook: www.facebook.com/piccmalaysia

Till then, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :)

Post a Comment

12 Comments

mula nak Ramadhan ni banyak la yeeee buffet2 bukak posa.. menarik2..
Faeez Azmi said…
Nasi Briyani Buloh mesti cuba!
Rawlins GLAM said…
OMG! I want to try Nasi Briyani Buloh dan Daging Hitam Manis.
cindyrina said…
Aduhai!!! Cobaaannn!!! Nasi Briyani Buloh tu something new for me.
Sherry said…
1st time to see nasi briyani buloh. looks good the food, shall buzz my dear on where to dine buffet.
Tengkubutang said…
cobaan.. Dugaan betui singgah blog time time gini.. semuanya dok tayang gambar makanan.. hahahaha
Sunshine Kelly said…
I think last year i buka puasa there before, their food are quite good.
Em said…
I've never seen or tasted nasi briyani buloh before. Although I try not to eat too much, I don't think I can resist this temptation if I were to be there.
That Nasi Briyani Buloh though. Sedapnya
Betty's Journey said…
Ramadhan always a wonderful month as we can enjoy nice food. Selamat berpuasa
Beautynthebear said…
tempting for Nasi Briyani Bulohhhhh yummm
Ivy Kam said…
Look at all the delicious dishes, can't wait to berbuka puasa there :)

FOLLOWERS