Kejap je masa berlalu, dah lebih 2 minggu kita berpuasa kan? Baru-baru ni aku berkesempatan untuk membawa keluarga suami aku untuk makan kat buffet ramadhan hotel kegemaran mereka yang mereka selalu pergi tiap-tiap tahun, De Palma Hotel Ampang.
Buffet Ramadhan di Hotel De Palma Ampang pada tahun ini menghidangkan lebih daripada 200 menu. Walaupun pertama kali datang berbuka puasa kat sini, tapi aku puas hati dengan menu pilihan yang disediakan.
Dalam 200 menu tu, ada menu masakan kampung, masakan pantai timur, juadah warisan, masakan barat, gerai makanan, makanan kantonis dan mamak dan yang aku rasa unik kat sini, mereka ada sediakan biskut tong, jeruk dan serunding ayam dan daging. Sedap pulak tu.
Kambing Golek Bakar
Lepas parkir kereta di Hotel De Palma Ampang yang terletak di sebelah Ampang Point (bayaran parkir dikenakan), terus masuk ke lobby dan pergi ke tingkat 2 untuk dewan makan. Korang juga boleg walk-in untuk berbuka kat sini, tapi lagi selamat kalau korang tempah dulu.
Meja juga akan disediakan mengikut jumlah orang yang korang datang bersama. Korang tak boleh duduk di meja pilihan sendiri, pastikan carik meja nombor korang. Masa makan tu ada juga persembahan muzik tradisional.
Pilihan air kat sini pun ada banyak sebenarnya, tapi yang aku rasa korang perlu cuba adalah Teh tarik belanga dan Kopi O. Seriously sedap sebab rasa dia pekat, tak manis dan tak pahit sangat. Cukup-cukup rasa la orang cakap.
Mereka sediakan nasi putih dan Nasi Briyani untuk pengunjung. Of course aku pilih briyani dia untuk dimakan bersama pilihan lauk yang ada. Oh, jangan lupa cuba kurma dengan kari dia. Sedap !
Nostalgia juadah warisan (pulut, serunding)
Urap & Kerabu, Aneka Keropok & Rempeyek
Yong Tau Fu
Roti Jala
Roti Canai dan aneka kuah
Bubur Manis, Pengat dan Bubur Lambuk
Antara menu yang lebih simple kat sini adalah pasta, char kuey teow speciality de palma, mee goreng mamak speciality de palma dan Sup Celup Periuk Besar. Sup ni best sebab ada banyak betul side dish dia siap ayam carik, daun-daun dan ulan serta sos sup.
Kebab Arab Shawarma
Goreng-goreng Kak Yah
Cekodok goreng dia terbaik. Cukup tepung dan pisang, baru je lepas goreng, makan panas-panas sedap betul. Berapa kali aku repeate amik cekodok ni aje. Peminat pisang dan keledek goreng pun boleh singgah gerai ni.
Goreng Rangup Berempah, Western Delight, Ayam Gantung Kantonis
Pelbagai kuih-muih tradisi Melayu
Bagi aku, puas hati la berbuka kat sini. Harga RM85 tu kira berbaloi la dengan apa yang aku makan. Tah berapa kali aku makan kuah durian dengan bubur dan cicah dengan roti dia. Berapa kali juga aku repeat pergi cari makanan.
Nak lagi murah?
Khas untuk pembaca blog: nurulzayani.blogspot.com, korang akan dapat diskaun sebanyak 10% kalau korang bagitahu nama blog ni semasa pembayaran.
Senarai Harga Buffet Ramadhan di Hotel De Palma
De Palma Ampang
Dewasa: RM 85.00
Kanak-Kanak: RM45.00
Rumbia Coffee House
Hotel De Palma Ampang,
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point,
68000 Ampang, Kuala Lumpur
Contact: 03-42707070
Email: fnb@depalmahotel.com
Facebook: www.facebook.com/depalmahotels
3 Comments