Belajar Tentang Tanaman di Taman Warisan Putrajaya

Salam sejahtera dan hai korang,

Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia, kerana sudi menjemput saya untuk sertai trip Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Khas Kuala Lumpur- Putrajaya. Banyak percutian agro yang ada kat Putrajaya rupanya eh.

Haritu, saya dibawa untuk singgah ke Taman Warisan Putrajaya yang berkeluasan 35 ekar di Presint 16 Putrajaya. Pertama kali sebenarnya datang sini, padahal tempat ini telah dibuka sejak dari tahun 2003 lagi.

Apa yang menariknya, taman ini diwujudkan untuk mempamerkan perkembangan tanaman komersil negara yang telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dari dulu hingga sekarang seperti tanaman pokok getah, pokok kelapa sawit, herba dan rempah ratus.

 


Masuk dalam taman ini, tak sangka bersih dan eloknya mereka jaga tempat ini. Sekeliling Taman Warisan Putrajaya walau tepi jalan penuh dengan tanaman pokok dan tumbuhan herba.

Lagi best, orang ramai yang nak petik dan ambil/ makan herba ni boleh je ambil secara percuma. Tapi jangan lah sampai ambil semua dan huat jual pulak. Ada pokok kunyit, pegaga, daun semambu dan banyak lagi. Daum semambu popular untuk rawat demam campak.


Kalau datang dan tak larat nak berjalan, atau kotlah datang dengan anak kecil ke, boleh sewa kereta buggy dengan harga RM25.00 sahaja. Satu buggy boleh muat dalam 6 orang macam tu. Ok la tu kan. Nak jalan pun sebenarnya takde lah jauh mana, tapi naik buggy boleh enjoy lagi.


Lebih daripada 170 spesis tumbuhan dan pokok ada di kawasan tanah berbukit ini menjadikan pengunjungnya akan dapat satu pengalaman dan ilmu tentang pertanian dimana korang boleh hayati dan belajar menghayati sejarah warisan pertanian negara kita.

Lebih menarik, bukan saja korang dapat melihat pokok-pokok yang ada kat sini, malah ada juga sesi interaktif, demonstrasi dan aktiviti berkaitan dengan pertanian. Siapa yang nak belajar macam mana proses getah, mai datang sini.


Antara buah-buahan yang terdapat dalam taman ini adalah cempedak, rambutan, pulasan, delima, jambu udara (air epal), buah sukun, petai, asam jawa, lada dan banyak lagi. Lagi terkejut bila dapat tengok pokok buah koko dan biji kopi pun ada.


Tanah lot padi pun ada sebagai contoh nak tunjukkan kepada pengunjung, macam ini lah tanah padi zaman dulu. Konsep tanaman padi jenis bertingkat memang popular. Teknik ini terbukti mampu menjimatkan kawasan kegunaan padi tu.

Bila sampai musim, plot sawah padi ini memberi peluang untuk mengetahui macam mana padi ditanam dan dituai. Korang pun boleh cuba tanam padi tau.


Gambar di bawah nampak macam jalan biasa je, padahal kat tengah tu ada pokok Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. 2 tanaman herba ini memang popular dan selalu digunakan oleh orang zaman dulu sampai sekarang untuk pelbagai kegunaan, paling popular untuk memberikan tenaga.


Masa di Taman Warisan Putrajaya, banyak ilmu menarik yang saya dapat seperti macam mana nak bezakan pokok nangka dan cempedak. Selalu kalau tengok dan bau isi buah dia baru kenal kan, kali ni deorang ajar macam mana nak tahu dari pokok terus.

Cempedak dan nangka tergolong dalam keluarga yang sama. Perbezaan antara cempedak dan nangka boleh dilihat dari segi saiz buah, struktur isi dalam, dan tangkai daun. 

Biasanya buah cempedak membesar memanjang dan lebih kecil dari buah nangka yang membesar secara membulat. Daun cempedak kelihatan sama dengan daun nangka pada pandangan mata kasar, tapi daun cempedak ada bulu bulu halus dipermukaan daun. 

Daun Pokok Cempedak lebih lurus ke atas.

Daun Pokok Nangka dia macam melengkok ke bawah.

Pokok buah paling kegemaran saya, Pokok Ciku.


Replika rumah pekebun getah ni pun dibuat khas untuk tunjuk kat pengunjung macam mana rumah orang dalam kawasan estet getah pada zaman dulu. Tapi ni dah moden sikit, tapi dalam dia masih ada beberapa elemen zaman dulu.

Tau tak, kat bahagian saya ambil gambar ini, merupakan tinggalan Estet Perang Besar pada 1989 yang dah berusia 20 tahun. Pokok ni memang real original kat sini, rare pengalaman ni. Kalau orang tanya, kat mana nak tengok pokok getah di Putrajaya, sini lah lokasi dia.


Pertama kali tengok Pokok Misai Kucing depan mata.


Ada pelantar Dek Peninjau di Taman Warisan Putrajaya yang membolehkan korang untuk tengok permandangan di sekitar Presint 16. Cantik permandangan dari atas ni. Boleh lepak-lepak. Sayang masa pergi tu nak hujan, jadi tak boleh lepak lelama.

Walaupun panas, rasa angin kat pelantar ni kuat. Dah naik sampai ke sini, nak turun pun dah malas rasanya. Seriously lawa betul permandangan dia.



Antara aktiviti bulanan di taman ini adalah Bazar Warisan yang menawarkan segala benda yang berkaitan dengan pertanian seperti buah-buahan, anak pokok, pokok hiasan, pokok bunga, baja, peralatan berkebun, pasu dan kotak penanam serta produk agro.

Korang yang suka tanam pokok kat rumah atau yang tetiba berminat nak tanam pokok buah kat rumah boleh beli anak pokok di kawasan tapak parkir Taman Warisan Putrajaya. Haritu saya usha, harga not bad juga. Senang je kot, tinggal balik tanam je.


Waktu operasi:
Isnin-Ahad: 8.30AM-5.30PM
Jumaat: 8.30AM-12.15PM, 2.45PM-5.30PM

Harga tiket:
Dewasa: RM8.50, Kanak-kanak: RM6.50

Taman Warisan Putrajaya
Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Contact:  03-8887 7772


Till then.

Post a Comment

20 Comments

Hans Hanis said…
wahhh
seronok nih dapat tengok banyak tanaman2 yang ramai tak tahu
Eyqa Hasnan said…
Kadang-kadang best jugak bila pergi taman yang cenggini. Tapi eyqa sampai sekarang tak reti beza nangka dan cempedak. Hahahahaa
Shiv B said…
How lovely- I didn'y know that this place was in Putrajaya. I love anything to do with nature and this seems like a good place to explore and take a good look around. Plus the experience looks very relaxing as well and you can learn so much from it. Love the picturesque background, will need to give them a call and check it out :)
nikkhazami said…
susah nak ajak bdak2 datang tempat mcam ni. tapi tempat ni nampak interesting.
adianiez AIDA said…
putrajaya memang byk tempat utk kita lawat.
and aida tau dah pasal tmn ni just lom berkesempatan berjalan di putrajaya.
menarik jugak area ni.
aman. damai. hijau...
tempat yg wajib kita bwk anak-anak. belajar pentingnya tumbuhan.
Hasif Hamsyari said…
wahhh sukanya tengok suasana menghijau macam ni. tenang dan sejuk je rasanya. Hihi... Apa yang lagi best, nampak macam banyak port menarik untuk bergambar. Instagrammable lah katakan. Haha.
Absolute Yana said…
I am amazed...i didnt even know there was such place in Putrajaya. Well, for starters it's good way for teaching the younger and older ones about nature and at the same time, add on more greens to the city.
Byk betul pokok hehe bgs ni bawak anak2 gi tgk pokok2 sambil diorg belajar jenis2 pokok..blh jadi tempat ni sbgai lawatan sekolah..
Maya said…
Comelnya pokok misai kucing tu. Serius memang nampak macam misai kucing. Sesuai untuk bawa anak-anak untuk kenal tanaman kat sini
Ana Suhana said…
Bagus bawa seisi keluarga dtg ke sini. Boleh belajar dan kenal banyak tanaman. Harga tiket murah sangat. Berbaloi datang. Kalau tak larat sewa je buggy. Puas hati kan.
Pernah masuk sini sekali kalau x silap. Yg menarik ada pelbagai jns pokok.. ada kawasan getahbdan padi jugakkan
Syafiera Yamin said…
wah menarik ni, banyak kali pergi putrajaya taman botani, belum jejak lagi taman warisan ni. banyak pula pokok pokok tempatan di situ, apa pun pokok pokok tu mostly ada di kebun my mom, hehehhe.. bolehlah datang melawat bawa balik sebiji nangka besar... misai kucing tu pun kami ada tanam selalu buat air teh, tapi bagi yang nak anak-anak dorang kenal jenis tanaman bolehlah singgah taman warisan ni, persekitaran nampak selesa dan bersih sejuk mata memandang.
Jia Shin Lee said…
Recently I am quite interested with plants, maybe it's my mummy hormons working out but I was thinking of picking up gardening as my new hobby, this place is really interesting, I should really pay a visit and check it out.
Dikbee said…
pernah mai sini bawak anak buah jenjalan time cuti sekolah. excited diorg dapat tengok banyak jenis pokok. Maklum la, kat kampung pun bukan semua pokok ada. so, kat sini diorg boleh belajar jenis-jenis pokok.
Fiza Rahman said…
Best sangat ni. Orang bangi pon tak sampai sini lagi. Wah... Pokok getah tu. Ada lagi kat kawasan bandar yer. Boleh lah bawak anak-anak kat sini. Buat lawatan sambil belajar kan.
Betty's Journey said…
Nangka and ciku also my favourite food but planting the tree is not easy to take care. That why I prefer buy. While misai kucing can consider to plant at home. is god to lower down cholesterol .
dr-Life said…
Really love to see all this green green environment whereby many places nowadays over-develop. All your photos taken so nice.

Rach
Wah menarik ni nak bawa anak2 lihat kehijauan alam. Harga pun tak mahal. Tapi nampak mcm nak kena sewa kereta buggy since tak larat nak dukung baby yg dh makin berat ni. Hihi. Btw thank you for sharing this ya :)
Arisa Chow said…
Putrajaya seems so peaceful, i would like to go explore their park and learn about nature too! Seems so relaxing
Sunshine Kelly said…
I selalu pergi Putrajaya tak tau pun ada taman macam ini kat sana. Best juga for weekend activities with family, can relax, exercise, tak photos and picnic juga. The ticket juga berpatutan less than RM10 per person ok la tu. I am amazed with the replika rumah pekebun getah a good spot for photos.

FOLLOWERS