Pilihan Makanan Laut untuk Berbuka di CITTA Mall

Hai dan Asslamualaikum korang.

Masih terlalu awal nak ucapkan Selamat Hari Raya, tapi juga tak terlalu lambat nak ucapkan Salam Ramadhan. Macam mana dengan bulan Ramadhan ni? OK atau KO?

Haritu aku dengan suami ke Citta Mall untuk jalan-jalan mencari apa yang best nak makan berbuka di Citta Mall sambil jalan-jalan membeli belah. Ni pertama kali juga aku datang sini, itu yang kami berdua ambil masa satu hari untuk explore Citta Mall.

CITTA Mall terletak di Petaling Jaya yang membuatkan ianya merupakan salah satu kompleks membeli-belah yang berlokasi strategik. Apa yang aku nampak, macam-macam korang boleh dapat kat sini, daripada untuki diri sendiri, orang lain dan perhiasan rumah semua ada.


A BEAUTY SECRET STUDIO

Kami berdua sampai awal di CITTA Mall sebab plan nak singgah di salon kecantikan "A Beauty Secret Studio" untuk sesi memanjakan rambut. Dah lama juga aku nak potong rambut bagi pendek sikit, suami pun memang nak cuci rambut kat salon. Harga potong dan cuci rambut pun not bad.


BUBBA GUMP

Bubba Gump merupakan restoran yang menghidangkan makanan laut dan barat. Menu kat sini kebanyakannya susah jugak nak cari di sekeliling Kuala Lumpur. Yang paling best, restoran ni ada banyak tempat duduk yang disediakan, jadi kalau datang berbuka kat sini, mesti ada tempat punya.

Aku suka dengan konsep restoran ni. Kalau korang masuk je sini, mesti rasa macam tengah makan kat kawasan perlabuhan yang ada banyak kapal peranginan macam dalam tv tu.



Sebagai menu untuk buka puasa, kami berdua order yang berat sikit, tapi tak berat sangat. Menu ini kami berdua kongsi bersama sebab ye la, aku pun teringin nak rasa apa yang suami aku order. Memang sedap la makanan kat sini.

1. Shrimp Sampler 
2. BBQ Back Ribs
3. Captain's Fish and Chips
4. Spanish Artichoke Dip


SARI RATU PRIMA

Tak puas rasanya orang Melayu kalau berbuka tapi tak ada nasi. Itu yang suami aku ajak makan sini. Apa yang aku suka dengan restoran sebab mereka menghidangkan masakan lauk campur khas dari negara seberang.

Siapa peminat masakan Padang mesti cuba restoran Sari Ratu Prima sebab ramai jugak orang yang singgah makan kat sini recommendkan aku makan kat sini.


Banyaknya pilihan lauk! Rambang mata betul. Jangan risau sebab harga makanan ikut apa yang korang makan dan percayalah, berbaloi dengan kenyang dan puas hati makan. Segala hidangan yang korang tak pernah makan pun ada kat sini.


UNIQUE SEAFOOD

Pencinta makanan laut macam aku semestinya kalau pergi mana pun last-last cari makanan laut jugak. Kebetulan haritu aku teringin nak makan masak telur masin. Terjumpa pulak restoran makanan laut ni. Singgah la kejap.

Nampak dari luar macam mahal je, bila masuk tengok harga not bad sebab harga standard ikut berat apa yang kita order, dan paling best, apa yang kita order tu sangat fresh. Even masa makan pun akan rasa manis-masin laut.


Tengok la betapa sedapnya menu yang kami berdua order haritu. 

1. Grilled Lamb Rack with Black Pepper Sauce
2. Baked Tiger Prawn with Salted Egg Yolk
3. Unique Style Chili Crab
4. Salt and Pepper Squid



HARVEY NORMAN

Lepas dan rasa lebih segar dengan rambut baru, maka kami pun jalan-jalan cuci mata kat dalam CITTA Mall, tetiba nampak pulak kedai Harvey Norman ada buat sales sempena nak raya nanti. Baru teringat ada beberapa barang yang kami nak survey dan beli.

Eh, banyak pulak la kan barangan elektrik dan eletronik tengah ada sales dah murah. Barang pun masih baru lagi. Sebab harga macam tu, maka kami berdua end-up terbeli beberapa barang, termasuk yang kami rancang nak beli nanti.

Harvey Norman bukan saja jual peralatan elektrik dan eletronik sahaja tau, malah ada juga perkakas dan barangan untuk rumah yang korang boleh beli kat sini. Alang-alang ada promosi ni baik pergi cepat sebelum habis.



Masa cuti korang suka berjalan kat mana?

Post a Comment

1 Comments

Rawlins GLAM said…
Tak sangka kan banyak benda boleh buat dan tempat makan kat citta mall. Semua ada!

FOLLOWERS