Pameran SeniKome Peng Heng khas untuk korang yang berminat nak belajar dan tahu tentang kesenian dan kebudayaan di kawasan Pantai Timur yang terdiri daripada 3 negeri utama iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.
"SeniKome" membawa maksud "Seni kita". Perkataan 'Kome' tu sendiri berasal daripada dialek yang kebanyakan digunakan oleh penduduk tempatan Pahang dan beberapa negeri lain di Malaysia.
"PengHeng" pula merupakan nama yang ditulis dalam dokumen sejarah Dinasti Ming pada zaman 1520-an yang merujuk kepada kawasan Pantai Timur di Semenanjung Tanah Melayu.
Orang ramai yang datang ke Pameran Kesenian & Kebudayaan Pantai Timur SeniKome Peng Heng dapat menyelamati banyak nilai masyarakat di Pantai Timur sebab pameran ini menampilkan banyak benda yang menarik.
Kawasan Pantai Timur cukup kaya dengan budi bahasa, etika, kesenian dan masyarakat yang masih memegang erat kepada adat dan tradisi yang diwarisi. Ciri-ciri yang terdapat dalam komuniti ini unik sebab mereka selami apa yang ada dengan alam semulajadi.
BUDAYA KITA

Arca Pergerakan Silat
Arca pergerakan silat ini direka oleh ahli seni, Raja Shahriman. Dibuat dengan menggunakan bahan besi yang diarca sampai jadi pergerakan silat macam ni. Antara pergerakan yang dipamerkan adalah langkah tari keris laksamana dan langkah pencak silat pusaka.

Pameran Keris
Pameran keris yang menampilkan pelbagai jenis keris yang dipakai oleh masyarakat dahulu kala, samada orang biasa, bangsawan ataupun kerabat diraja. Antara jenis keris yang dipamerkan adalah keris jenis lekuk-lekuk dan jenis lurus.
Muzik Gamelan
Wayang Kulit
Wayang kulit ni sangat popular dulu sebab zaman dulu manada panggung wayang. Nak buat persembahan wayang kulit kena ada 4 elemen utama iaitu: Muzik, Pentas, Tol Dalang dan Watak.
Disebalik tabir Wayang Kulit
Jebak Puyuh
Jebak Puyuh merupakan satu alat perangkap burung puyuh yang digunakan orang dulu-dulu. Cara dia lebih kurang macam perangkap tikus, tapi ini takde la sampai boleh mati burung tu. Pertama kali jugak aku nampak jebak puyuh.
Kain Batik
Kain batik ini ada 2 jenis yang popular iaitu jenis kain batik cop dan lukis. Yang selalu mahal tu sebab dia lukis, kalau lukis tu macam limited edition sikit la sebab nak lukis balik kan susah. Selalu orang lukis atau cop tu pakai lilin, dan lepas warnakan baru deorang cuci lilin tu.
Kain Songket
Kain Tenun
Mesin Tenun
Baru aku tahu yang kain songket dan tenun tu lain. Dia lebih kurang sama, tapi sangat lain sebenarnya. Songket dari Terengganu dan tenun adalah dari Pahang.
PERMAINAN TRADISIONAL
Teng Teng
Congkak, Dam & Kercang
Wau & Layang-Layang
Sebelum datang sini aku tak tahu pun apa beza wau dan layang-layang ni. Tahu la depa ni berbeza, tapi tak tahu macam mana nak bezakan dia. Rupanya senang je, wau tu depan dia rupa bulat sikit, layang-layang pulak depan dia jenis macam segi tiga tu.
ORANG KITA
Kawasan pameran orang kita menampilkan pameran khas untuk masyarakat Melayu Orang Asli. Menarik tau bila dapat ilmu tentang kaum mereka, ada 3 puak besar kat Malaysia iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto dan cara deorang boleh hidup dalam hutan.
Pelbagai jenis Sumpit
Kerchang
Kerchang macam puzzle. Ada kayu tu, dia diikat dam dimasukkan dengan tali tu. Selalu digunakan oleh orang Asli yang tersesat dalam hutan. Kepercayaan mereka, kalau mereka berjaya keluarkan tali tu daripada kayu, makanya takde la sesat dah.
Harga Tiket
Dewasa: RM8
Kanak-kanak: RM6
Pakej keluarga: RM25 (2 dewasa, 2 kanak-kanak)
SeniKome Peng Heng
Tingkat 3, First World Plaza,
Resorts World Genting.
Website: www.rwgenting.com/SeniKome

14 Comments
nampak simple je tempat ni,tp menarikk
ReplyDeleteokay pameran2 seni akak suka ^^
ReplyDeleteThis looks interesting with traditional malay artwork. Would go have a look when I go to Resorts World Genting.
ReplyDeleteThis looks interesting with traditional malay artwork. Would love to have a look the next time I'm at Genting.
ReplyDeleteWhat an impressive gallery. Until when is their show?
ReplyDeleteLove it here.. so much to learn and be reminded of all those old skoll kind/traditional games
ReplyDeleteharga tiket murah la, worth to pay a visit !
ReplyDeletemenariknya. suka tengok hasil sejarah dulu2.
ReplyDeletethis is very artistic. the fees is not expensive
ReplyDeleteTempat yg strategik utk pameran. Genting kan very trouristy. Nice one.
ReplyDeleteI was really amazed by the abstract art on display. Looks very powerful but it is up to the viewer how he or she interprets it.
ReplyDeleteInteresting to have visit this Pameran! I never know we have this at Genting! Love they also focus on our culture showcase =)
ReplyDeleteMiss our traditional game like congkak. Is hard to find it unless venture the rural area or at musuem. I hope this still maintain until our generation.
ReplyDeletebestnya kalau dapat pergi tempat2 macam ni.. pasti akan turut tak lepaskan peluang bergambar banuak2 kat sini.. unik dan antik semua ni.. bestnyaa
ReplyDeleteSila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^