Okay, setakat ni aku hanya cerita pasal cafe best kat SkyAvenue, kat mana nak cari makanan sihat kat SkyAvenue dan port dessert best kat SkyAvenue kan? Kali ni, meh aku nak tunjuk kat korang, kat mana restoran makanan yang best untuk korang makan berat kat sini.
Sebenarnya di SkyAvenue Mall, Resorts World Genting ada banyak lagi restoran yang aku sendiri tak dapat nak explore lagi. Untuk non-Muslim ada juga restoran makanan yang tidak Halal dan juga menghidangkan daging khinzir dan arak.
Kali ni aku nak highlightkan tujuh restoran yang menarik perhatian aku sebab makanan dia sedap dan unik, harga yang berpatutan dan suasana masa korang makan tu rasa best dan tidak terlalu sesak dengan ramai orang.
1. DC Comics Super Heroes Cafe
Lot T2B-06, Tingkat 3, SkyAvenue
Aku pernah nampak beberapa cawangan DC Comics Super Heroes Cafe disekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Selangor, tapi tak pernah masuk sebab aku tak tahu samada mereka jual makanan yang Halal atau tak, lagipun takut jugak mahal kan.
Rupanya makanan kat sini Halal wei. Bonus jugak suasana kalau korang masuk cafe restoran ni korang mesti akan jadi excited macam budak kecik, buat pulak korang yang peminat DC Heroes. Sampai ke pinggan dan cawan hidangan deorang pun ikut tema tau!
Crunch Time Cappuccino RM 11.00
Gotham City Choco Milkshake RM 20.00
Hahaha Oreo Milkshake RM 19.00
Aku suka betul dengan shake yang deorang hidangkan ni. Shake dia betul-betul blend halus sampai korang takkan dapat rasa pun seketul ais, korang hanya akan dapat rasa creamy dia dan coklat dia je. Bonus jugak aku suka dengan cawan yang dia pakai.
Superman Punch Burger RM 28.00
Salah satu yang paling popular kat sini. Korang boleh pilih nak burger ayam atau daging. Daging home-made dia memang sedap sangat dan rasa tak terlalu kering. Dihidangkan dengan 2 keping patty bersama dengan sos bolognaise dan kentang goreng.
Katana Sliced Hawaiian RM 27.00
Inti pizza ini ada keju, kepingan ham turkey, nenas, capsicum merah dan hijau dan biji zaiton. Yang lagi best tu sebab roti yang dia pakai untuk buat pizza ni tak terlalu tebal, sampaikan kat hujung dia tu memang rangup.
Martha's Lava Mac RM 20.00
Martha's Lava Mac merupakan hidangan berasaskan tomato baked cheese macaroni dan sedap dimakan masa panas-panas. Memang deorang hidangkan panas-panas pun, cumanya dah makan kat tempat 6,000 kaki tinggi dari paras laut, memang cepat jugak sejuk.
2. Dome
Lot T2B-46&47, Tingkat 3, SkyAvenue
(Dari atas kiri ke kanan)
Latte (R) RM 15.80 / (L) RM 16.90
Wild Mushroom RM 23.10
Spicy Olio Pasta RM 28.10
Fish & Chips RM 38.50
Dome bukan lagi nama yang asing bagi kita. Kalau ada duit lebih sikit, singgahla makan di restoran yang eksklusif ni. Makanan jangan cakap lah, memang sedap dan banyak pulak tu. Bonus: Sesuai untuk yang datang dengan pasangan yang nak dating dan mencari tempat yang lebih private.
3. Paparich
Lot T2C-06, Tingkat 4, SkyAvenue
Stevia White Coffee RM 8.90
Nasi Briyani with Curry Chicken + Sambal Prawn RM 21.90
Hidangan nasi briyani ini khas dan hanya boleh didapati di Paparich di SkyAvenue Mall sahaja. Rasa briyani dia bagi aku sangat exotic, macam pelik sikit sebab tak rasa briyani yang aku selalu makan, tapi kari ayam dia best.
Hainan Steamed Chicken Rice RM 19.90
Tak dapat sangkal lagi dah yang nasi ayam di Paparich memang sedap. Salah satu makanan pilihan aku kalau singgah kat Genting Highland. Nasi ayam sini Halal dan sedap, dengan harga yang mampu bayar. Porsi pun banyak juga.
4. Richdad
Lot T2-17, Tingkat 1, SkyAvenue
Konsep restoran 'Gourmet Food: Indulge in Good Eating', menghasilkan pilihan makanan yang unik yang susah korang nak jumpa kat restoran yang lain. Menu yang dihidangkan macam-macam ada dan kebanyakan makanan adalah hasil olahan makanan kepada versi yang lebih moden.
Grilled Chicken Masak Merah RM 29.00
Rendang Beef Rice RM 28.00
5. Babajia
Lot T2-16, Tingkat 1, SkyAvenue
Bubur Cacar RM 7
Sesuai dimakan sebagai pembuka atau penutup hidangan. Bubur ni rasa dia manis, dibuat dengan sago, lobak merah, ubi keledek manis, gula melaka dan sedikit santan.
Char Kway Teow RM 20.00
Nyonya Laksa RM 18.00
Aku recommend korang untuk cuba antara char kway teow atau nyonya laksa dia. Betul tak tipu, memang sedap, apatah lagi untuk korang yang suka dengan masakan baba-nyonya yang dah lama nak cuba, singgah la sini dan rasa sendiri.
6. Tampopo Delicieux
Lot T2-20&21, Tingkat 1, SkyAvenue
Peminat makanan Korea/Jepun tu mesti kene singgah makan kat sini satu hari. Restoran Tampopo sebenarnya sudah menerima banyak anugerah atas masakan yang dihidangkan. Ramen mereka sendiri telah diiktiraf sebagai Best Ramen di Singapura pada tahun 2016
Chicken Katsu Curry Rice RM 38.50
Mini Chicken Ramen RM 38.80
Beef Udon RM 38.80
Tempura Moriawase RM 34.00
7. KyoChon 1991
Lot T2-33, Tingkat 1, SkyAvenue
Crunchy Chicken with Soy (R) RM 23/ (M) RM 33/ (L) RM 52
Garlic Fried Rice RM 8.00
Ayam yang dihidangkan di Kyochon 1991 dijamin bebas daripada sebarang antibiotik dan hormon ayam dan sebab itulah ayam mereka lebih rangup dan sihat. Bahan yang mereka pakai adalah merupakan asas yang sihat, digoreng dalam minyak canola dan tiada MSG digunakan.
Ayam dia jangan cakap lah, untuk yang suka pedas tu, makan yang spicy dia, memang spicy betul. Dihidangkan sekali dengan set nasi bawang putih (sedap juga), sup kosong dan sedikit salad.
PENGHARGAAN
Pada 15-16 Julai 2017 yang lepas, aku join 36-Hours Food Trail bersama dengan beberapa rakan blogger yang lain (Sis Ellie, Bro Adam, Sis Miera, Abg Khir) atas jemputan daripada PR Resorts World Genting. Terima kasih sebab sudi jemput suami dan aku untuk join makan-makan ni :)
Nota penting: Restoran yang dinyatakan diatas kebanyakan TIDAK mempunyai sijil Halal tetapi ada perakuan sah Halal oleh supplier daging dan ayam mereka. Kebanyakan pekerja mereka pun orang Islam, jadi korang boleh makan kat sini dengan tanggungjawab dan keyakinan sendiri.
Till then,
14 Comments
Also it's Clear about the prices